LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

PERSIAPAN SAMBUTAN HARI GURU

27 April 2011

Sambutan Hari Guru atau Hari Pendidik merupakan acara tahunan di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan di Malaysia. Umumnya sambutan dibuat pada 16 Mei (tarikh Hari Guru seluruh Malaysia), tetapi di Kolej MARA Banting sambutan dibuat lebih awal kerana mulai 4 Mei 2011, para pelajar Tahun 2 akan menduduki peperiksaan International Baccalaureate (IB). Demikianlah keadaannya setiap tahun.

Pada tahun ini, Kolej yang terkenal dengan pusat IB terbesar di dunia dengan pencapaian mengatasi purata pencapaian peperiksaan IB oleh institusi-institusi di seluruh dunia itu menyambut Hari Pendidik pada hari Rabu, 27 April 2011. Untuk tujuan itu pelbagai persiapan diusahakan oleh pelajar-pelajar yang sememangnya berdikari dalam melaksanakan setiap aktiviti.

   
         
   

Kalau sebelumnya tumpuan ialah pada acara yang dirancangkan sebagai klimaks program, kali ini para pelajarnya meletakkan majlis makan tengahari sebagai kemuncak acara. Program sambutan hanya bermula selepas mereka menyediakan jamuan untuk para guru atau pensyarah mereka.

   

Foto-foto merakamkan kerja keras dan kreativiti pelajar KMB dalam mempersiapkan majlis untuk sambutan Hari Guru / Hari Pendidik di Kolej MARA Banting pada 26 April, sehari sahaja menjelang sambutannya pada 27 April 2011.

Namun dalam apa saja program, nilai yang sebenar dapat dilihat ialah pada persiapan, masa yang dihabiskan dan hasil yang diperoleh. Sebagai persediaan pada 27 April, kami rakamkan di sini betapa pelajar-pelajar IB berkenaan bekerja keras bagi menjamin program yang bakal diadakan keesokannya berjaya dan memberi kesan kepada para tamunya.

Dan itu merupakan petanda nilai cinta dan kasih mereka kepada guru-guru yang mendidik mereka supaya menjadi insan berilmu dan berjaya.

 

 -  Admin drhatta.com.

 

HTML Comment Box is loading comments...

MCA DAN OBESITI

Hari Guru (Pre)

Obesiti lagi

Manual Cinta Eman Manan

Obesiti Melayu Baru

ABCs of Repertorization

Learn To Live

1M Peduli Sekolah Kebangsaan

Seminar Roger Van Zandvoort CUCMS

Kris Dayanti Hamil?

Rebecca Black

Laman baru konsultan HBI

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 19 April. 2011