LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

DENGGI BERDARAH: DAPATKAN RAWATAN SEGERA

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

Kata En Nasir Mohamad, 45, bapa kepada pemain hoki kebangsaan, Azrin Rizal Nasir, 22, “Keadaan anak saya semakin pulih walaupun pada awalnya agak lemah. Semua pihak tidak perlu bimbang kerana dia semakin stabil,”

  Azrin Rizal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak Rabu lalu selepas disyaki menghidap demam denggi berdarah berikutan beberapa simptom dialami pemain posisi midfield berkenaan.

  Beliau yang baru saja pulang ke negara ini pada 19 Mac selepas menyertai skuad hoki negara dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Dublin, Ireland, bulan lalu disahkan demam oleh Institut Sukan Negara (ISN) ketika mendapatkan rawatan pada hujung bulan lalu.

  Bapa Azrin mengatakan, ketika mengambil Azrin Rizal di Kuala Lumpur, keadaan anaknya agak lemah berikutan tidak lalu makan beberapa hari selain suhu badan agak tinggi.

  “Berikutan itu saya membawanya mendapatkan rawatan sementara di Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang) ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.

Doktor hospital berkenaan menasihatkan saya merujuk ke HSB bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mendapati ada simptom demam denggi berdarah,” katanya.

  Justeru, kami daripada HBI mengingatkan semua pelanggan agar sentiasa prihatin dengan simptom-simptom demam denggi khususnya denggi berdarah.

  Secara umumnya beberapa simptom yang selalu dikaitkan dengan denggi ialah: i. demam kuat secara mengejut ; ii. demam berterusan ; iii. sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata ; iv. ruam atau bintik merah di kulit ; v. pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi ; vi. pesakit juga mungkin mengalami sakit kepala ; vii. hilang selera makan ; serta viii. muntah-muntah dan sakit perut.

  Simptom-simptom itu mungkin diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah, kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan.

 Dalam sesetengah keadaan, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam.

  Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi seperti di atas wajar mendapatkan rawatan segera. Lazimnya pesakit yang disyaki denggi akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan meminum air dengan lebih kerap.

  Pesakit akan dimasukkan ke wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah dan semasa menjalani sesi rawatan pesakit akan diberi  rawatan utama iaitu terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan cecair  badan dengan cara mengambil kuantiti air dengan banyak.

  Sekiranya pesakit tidak mahu  atau tidak mampu minum, air  akan ditambahkan melalui cecair intravena, yang mana diberikan bagi tujuan menghalang kekeringan air dalam badan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya kuantiti platlet darah turun dengan mendadak. (http://www.majalahsains.com/2010/04/demam-denggi-wabak-membunuh/)

  Di dalam perubatan alternatif homeopati, rawatan boleh dibuat awal atau dicegah dengan mengambil penawar tertentu. Untuk mendapat info lanjut sila klik: Info Sihat-Demam Denggi.

 

  Wa Llahu 'alam.

[8.55 pg, 8 April 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

April 12

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

 

Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.