LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

PRODUK HOMEOPATI - UTAMAKAN KHIDMAT PELANGGAN

Admin:

 
2012

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

 

 

 

Hari ini kami terima sms antara lain berbunyi "Terima kasih atas info. Semoga harga tetap kekal wpun brg lain naik..Allah jua mmnlsnya."

  Kami terharu dengan respons sedemikian daripada ramai pengguna produk HBI, khususnya Active IQ, Hi-Fos dan Homeo-ABC. Memang harga kami tidak pernah dinaikkan sejak pertama kali ianya dikeluarkan pada tahun 2001.

  Misi kami seperti dulu jua, iaitu membekalkan produk alternatif (namun masih berkualiti) kepada pengguna yang mungkin kurang berkemampuan untuk mendapatkan produk homeopati, istimewa sekali produk minda yang harganya di pasaran dijual agak tinggi.

  Misi kami boleh dikatakan berjaya, meskipun kami terpaksa mengorbankan keuntungan bila saja harga barang terus meningkat. Umpamanya harga gula pada hari ini telah naik sehingga hampir 50 peratus, namun kami masih mengekalkan harga RM12 di pasaran. Bahkan harga kepada pengedar setiapun masih tidak berubah. Demikian komitmen kami biarpun produk homeopati ini dibuat berasaskan gula tebu (sukrosa) ataupun kadangkala daripada sugar of milk.

  Ajaibnya, dalam keadaan kebanyakan produk mengenakan caj kurier atau belanja pengeposan, kami mempromosi dengan kurier percuma untuk pengedar atau pembeli yang membeli lebih daripada RM100. Bahkan diberi lagi buku percuma untuk pelanggan, iaitu buku kecil Tip-tip Motivasi dan Minda.

  Mungkin kalian masih belum lupa bahawa kami bersama konsultan kami sedang dalam proses pembayaran terakhir kepada Bank Islam Malaysia Berhad yang menuntut kami membayar baki RM43,170 lagi pada bulan April 2012. Itupun kos yang amat berat bagi kami akibat penganiayaan penjenayah cek klon.

  Jenayah yang cuba menipu kerajaan dengan mengklonkan cek bank itu sebagai bayaran urusniaga dengan HBI telah meletakkan Bank, Kerajaan Negeri Pahang dan Konsultan kami sebagai mangsa. Tetapi justeru masing-masing tidak ingin menanggung sebarang kerugian, kesemua kos itu terpaksa ditanggung oleh HBI dan konsultan kami.

  Kami bukan saja terpaksa membayar keseluruhan kos tersebut, tetapi kami juga telah membelanjakan sejumlah yang agak besar kepada peguam kami. Meskipun menang, tetapi peguam kami akhirnya menjadi panel bank kerana itu barangkali lebih menguntungkan.

  Kejujuran orang lain boleh dibeli. Itu berlaku kerana ada pihak yang sanggup membeli keadilan dan kejujuran. Tetapi kejujuran kami kepada pelanggan masih dan akan tetap kekal. Justeru, kami juga tidak menaikkan sebarang harga dalam keadaan gawat ini.

  Kami hanya ingin memberi khidmat kepada pelanggan secara terbaik, jujur serta berasaskan prinsip yang seadil mungkin. Dan berkat doa sekalian pelanggan, kami berharap usaha kami ini berterusan dan akan terus mendapat sokongan.

   Wa Llahu 'alam.

[12.01 pg, 22 April 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.