LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

7 RAHSIA KEJAYAAN STEVE JOBS

Admin:

 
2012

April 12

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

 

 

 

Sessions with Ron Miller 16-17 April 2012

Mungkin anda sudah membaca buku yang menerangkan mengenai rahsia kejayaan Steve Jobs. Jika anda berminat, terdapat juga video di dalam Youtube yang cuba memaparkan secara ringkas mengenai prinsip-prinsip atau kunci kejayaan beliau itu.

  Antara rahsia-rahsia yang disebut-sebut itu, nampaknya pada dasarnya tidak jauh daripada kunci kejayaan individu-individu lain yang pernah menempa nama dalam sejarah. Begitu juga dengan mereka yang sudah tersenarai nama di dalam bilionaire.

  Ringkasnya, prinsip-prinsip yang menjayakan mereka semua, khususnya Steve Jobs ialah:

  1. Buatlah apa yang anda suka. Seseorang tidak dapat menghasilkan sesuatu melainkan orang itu menginspirasikan dirinya sendiri, demikian pendapat Steve Jobs. Katanya, "People with passion can change the world for the better". Bahkan katanya, "Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di bawah impian seseorang". Justeru jika anda masih belum menemui apa yang anda suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri".

  2. Berikan impak kepada dunia. Ini berhubungan dengan seseorang yang mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan inovasi. Inilah yang menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad.

  3. Hubungkan benda-benda (perkara-perkara) yang mencetuskan kreativiti. Katanya, "Kreativiti hanyalah menghubungkan benda-benda itu". Maksudnya orang yang mempunyai pengalaman yang luas kerapkali dapat melihat perkara-perkara yang orang lain lupa atau tertinggal. Inilah yang berlaku kepada Steve yang pada mulanya meminati kaligrafi, tetapi akhirnya membawa kepada penghasilan komputer pertama,  Macintosh.

  4. Bersedia mengatakan "Tidak" terhadap seribu perkara. Kata steve, "Inovasi terhasil daripada mengatakan TIDAK kepada seribu perkara.

  5. Hasilkan pelbagai pengalaman baru dengan gila-gila. Syarikat Apple sendiri pada hakikatnya tidak menumpukan kepada penghasilan satu produk sahaja. Hasilkan apa saja yang bermakna kepada kehidupan. Contohnya ialah sebuah stor Apple yang diinspirasikan oleh Steve Job telah menarik 17,000 pelanggan sehari dan menyumbangkan pendapatan terbesar bagi setiap inci luasnya. Stor itu dikatakan membantu memperkayakan (pengalaman) kehidupan semua yang melawatnya.

  6. Kuasai pesanan. Anda mempunyai seribu idea, dan meskipun anda tidak dapat menyampaikan idea-idea itu dengan berkesan, jangan kisahkan sangat. Teruskan sampaikan informasi, beri didikan, ilhamkan dan hiburkan sebagaimana yang dibuat oleh Steve di dalam satu sesi penerangan. Ini merupakan teknik komunikasi yang digunakan oleh CEO Apple, Steve Jobs. Jelasnya, berfikirlah secara visual. Gunakan kedua-duanya, iaitu perkataan dan gambaran untuk menyampaikan maklumat dengan cara paling berkesan.

  7. Akhir sekali, jual impian, bukan produk. Ramai pengguna tidak kisah sangat mengenai produk kamu, tetapi mereka sangat kisahkan diri mereka, harapan, dan cita-cita mereka. Steve mengajar kita bahawa jika kita membantu pengguna mencapai impian mereka, maka kita akan berjaya memenangi hati mereka.

  Demikian antara rahsia Steve Jobs yang konsultan HBI dapat kongsi bersama. Tulisan ini dihasilkan selepas konsultan kami pulang daripada kursus "Leading Change.." yang dikendalikan oleh Ron Miller di hotel Quality, KL.

   Wa Llahu 'alam.

[10.00 pg, 18 April 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.