LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

BERAS SINTETIK DARI CINA?

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 

 Hari ini AsiaNews dan dipetik oleh KL-today.com memuatkan berita mengenai beras sintetik. Pesannya, berhati-hatilah jika membeli beras yang berasal dari China, kerana berdasarkan laporan sebuah media dari Korea, The Weekly Hong Kong, beras yang mengandungi bahan plastik kini beredar luas di pasaran.

  Beras palsu yang terbuat dari bahan campuran kentang, ubi jalar, dan resin sintetik industri, pada awalnya dijual bebas di Kota Taiyuan, Provinsi Shaanxi, China. Beras itu memiliki zahir yang sama pada mata kasar, namun ketika dimasak beras itu akan terasa sangat keras dan sukar untuk dicerna.

  Kos pengeluaran yang sangat rendah dan menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi, dianggap sebagai punca beras ini dicipta. Menurut Asosiasi Restoran China, memakan tiga mangkuk nasi palsu ini akan sama seperti memakan satu bakul plastik. Petugas berkuasa China, sudah melancarkan penyelidikan diatas laporan ini.

  China memiliki rekod keselamatan makanan yang sangat rendah, pada tahun 2008 sebanyak enam bayi meninggal kerana meminum produk susu formula mengandungi melamin. Plastik itu akan menjadi lebih buruk pada tubuh kerana ianya akan membuatkan kegagalan buah pinggang.

  Demikianlah al-Kisah barangan murah dari negara tanah besar China. Pen-drive murah, digital camera murah, blackberry murah, komputer murah dan pelbagai produk yang telah menjajah banyak negara semuanya murah. Hakikatnya juga, semua itu adalah tiruan, sintetik.

  Agak-agak sama tak kualitinya dengan ubat sintetik hari ini? Synthetic drugs yang amat popular dan digunakan oleh berbilion manusia. Selamatkah ia? Tidakkah dadah seumpama ini pernah dikritik berkaitan kesan iatrogeniknya?

  Apapun.. Entahlah. Tetapi mungkin kewujudan beras sintetik ini boleh membuat kita fikir tiga kali sebelum menggunanya secara berterusan atau untuk tidak terlalu bergantung kepada apa-apa yang bernilai sintetik.

 

 

  Wa Llahu 'alam.

[10.00 pg, 11 April 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

April 2012

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

 

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.