Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

Agenda Menerbitkan Buku Ke 10  (29/12/12)

  Selepas agak lama tergendala, bermula semalam konsultan kami menyentuh semula fail virtual yang dicadang cetak kira-kira dua atau tiga tahun yang lalu.

  Meskipun disebutkan di sini dua tiga tahun nan lalu, namun buku itu telah mula dirancang dan disusun koleksinya sejak tahun sebelum terbitnya buku "Penyakit Kanak-kanak" lagi (maknanya hampir sepuluh tahun).

  Bahkan tidak keterlaluan disebutkan di sini, agak ramai juga yang bertanya apakah ada buku berikutnya yang akan keluar. Sesudah sembilan buah buku diterbitkan oleh HBI, masih kedengaran pembekal farmaseutikal homeopati, kenalan peminat dan mereka yang dahagakan warisan ilmu perubatan ini dalam bahasa ibunda bertanya.
   
  Salah seorang orang kuat Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) iaitu Setiausaha Agungnya, Dr (H) Haji Razali bin Mohd Daud sendiri sempat bertanya soalan yang sama apabila kami bersua di dalam satu seminar homeopati antarabangsa yang berlangsung di City Villa, Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2012 yang lalu.

  "Ada lagi ke buku Doktor yang akan diterbitkan?"

  Pantas saja konsultan kami menjawab, "Ada. Insya Allah tahun depan (2013)."

  Justeru agak banyak projek yang tertangguh, termasuk projek menerbitkan buku Saringan Organon Homeopati yang masih dalam proses editing, kami merasa terpanggil untuk melihat dan memperbaiki kembali koleksi artikel yang dikumpulkan di dalam buku ke sepuluh itu.
   
  Buku yang mengandungi lebih banyak artikel sebagai tambahan kepada artikel yang pernah tersiar di dalam majalah sebelumnya ini dikemaskinikan lagi dengan bahagian "Saranan Rawatan".

  Dengan adanya bahagian Saranan Rawatan di hujung artikel itu, maka mungkin ia akan memberi lebih banyak kebergunaan kepada para pelajar dan pengamal homeopati yang baru.

  Seperti yang kita semua tahu. Tidak semua kita membaca semua buku-buku homeopati. Tidak semua juga arif tentang bahasanya. Ramai juga yang membeli tetapi tidak sepenuhnya membaca, mentelaah atau mengkaji buku-buku tentang penyakit, terapeutik dan materia medika.

  Melakukan (membaca, mengkaji, mentelaah, menghafal, mengamal) sedikit-sedikit memang ramai. Sekalipun kita buka klinik, itu jugalah yang berlaku. Kerana kebanyakan kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan harian.

  Tuntasnya, kami percaya dan yakin buku baru yang bakal diterbitkan itu juga ada daya penariknya. Mungkin ianya lebih menarik daripada buku "Penyakit Kanak-kanak dan Rawatan Homeopati".

  Jelasnya, tajuk buku nampak hampir sama, namun pembicaraan topiknya pasti berlainan. "Saranan Rawatan" tentu akan menjadi perhatian pembaca nanti. Demikian dijelaskan oleh konsultan dan pengamal virtual HBI, Master Trainer MHVI, Mohamed Hatta.

  Bilakah ia akan dicetak dan berada di pasaran? Itu, kami memang belum pasti. Yang confirmnya, tahun 2013 "Simptom-simptom Penyakit dan Rawatan Homeopati" akan dipromo di internet.

  Insya Allah. Kita tunggu dan lihat.

    Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 16 Safar 1434 H.