Besut, Setiu
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:43
 
 Subuh
5:53
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:12
 
Asar
16:34
 
Maghrib
19:05
 
Isyak
20:20

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

 

BANJIR DI PANTAI TIMUR  (25/12/12)

Hari ini semua bercuti sempena perayaan Hari Natal. Namun cuaca Hari Krismas ini masih seperti hari-hari sebelumnya.

 Di Kelantan dan Terengganu, hujan masih tidak berhenti sejak sepuluh hari yang lalu. Jika hujan sebegini lebat dan berpanjangan berlaku di Pantai Barat terutama di kawasan tengah seperti Kuala Lumpur, sudah pasti banjir besar berlaku dalam bentuk banjir kilat, dan berkemungkinan besar sangat ramai penduduk yang terlibat.

  Bahkan mungkin ramai yang tidak dapat menjalankan kerja seperti hari-hari biasa serta mungkin banyak jabatan terpaksa ditutup. Maklumlah, hujan dari pagi hingga ke malam sepanjang 10 hari dan berhenti sekejap-sekejap sahaja.

  Namun di Pantai Timur, suasana dan saluran aliran banjirnya beserta dengan keadaan sungainya berbeza. Kebanyakan banjir yang biasa berlaku adalah disebabkan air hujan yang turun dari kawasan hulu.

  Namun akhir-akhir ini kebanyakan banjir berlaku disebabkan sistem saliran yang tidak mantap. Jika ia berlaku semata-mata disebabkan oleh keadaan hujan setempat dan bukannya akibat hujan yang turun dari kawasan hulu, situasinya tidak teruk sangat. Banjir ini hampir serupa dengan banjir di kawasan bandar-bandar di sebelah tengah dan Pantai Barat.

  Hari ini, Bernama dan Sinar Harian melaporkan keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk di sebelah pagi dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
   
  Dikatakan sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
   
  Sementara itu, di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.    

  Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air. Pada waktu sama sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.
  
  Buat waktu ini, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di Kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3 meter (m).
   
  Laluan sepanjang dua kilometer di Kilometer 68.1 hingga 70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.
   
  Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air
sedalam 0.6m.

Admin HBI / 12 Safar 1434 H.