Besut, Setiu
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:43
 
 Subuh
5:53
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:12
 
Asar
16:34
 
Maghrib
19:05
 
Isyak
20:20

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

 

BANJIR BURUK DI BESUT & SETIU (27/12/12)

  Perkembangan banjir di Terengganu sejak dua hari lalu nampaknya bertambah buruk. Berdasarkan laporan Portal Banjir MKN, pada jam 5 petang semalam, bilangan mangsa banjir di Terengganu ialah seramai 5,297 orang daripada 1,338 keluarga yang ditempatkan di 93 pusat pemindahan.

  Pada waktu ini (10 malam), data MKN menunjukkan jumlah mangsa di negeri ini telah meningkat kepada 11,489 orang. Ini merupakan jumlah tertinggi bagi sebuah negeri di Malaysia yang berdepan dengan banjir 2012. Daerah Hulu Besut dan Setiu adalah kawasan paling buruk mendapat kesan banjir.

  Meskipun pada waktu sama, Kelantan dan Pahang juga menerima tempias banjir akibat hujan yang turun tidak henti-henti, namun berdasarkan jumlah mangsa yang dipindahkan, jelas sekali Terengganu berada dalam keadaan dua kali ganda lebih buruk berbanding negeri lain, seperti Kelantan dan Pahang.

  Dengan keadaan banjir yang buruk ini, kami berharap orang ramai menyahut seruan Kementerian Kesihatan supaya berhati-hati dengan kemungkinan masalah kesihatan dan pelbagai penyakit berjangkit yang selalu mengiringi bencana banjir.

  Umumnya penyakit berjangkit yang selalu dibimbangi merebak ialah penyakit taun (kolera) dan kepialu (tifoid).
   
  Penyakit taun, yang dikatakan berpunca daripada jangkitan bakteria Vibrio cholerae, selalunya merebak melalui air dan makanan tercemar. Ia boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala muntah dan cirit-birit. Pesakit yang mendapat jangkitan bakteria mungkin mendapati najisnya keluar seperti air kanji ketika memasak nasi.

  Demam kepialu (tifoid) juga merupakan penyakit yang paling kerap menyertai dan berlaku di kalangan mangsa banjir. Ia dikatakan terjadi akibat jangkitan bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

  Kepialu seringkali dikaitkan dengan masalah keracunan makanan. Bakterianya disebarkan melalui najis pesakit dan tangan pembawa yang mencemarkan bekalan air atau makanan.

  Pesakit demam kepialu boleh mengalami sakit perut yang teruk, cirit-birit dan demam panas yang akan berlanjutan sehingga beberapa minggu. Dalam keadaan yang parah atau tidak dirawat dengan segera, pesakit mungkin mendapat simptom-simptom yang lebih teruk.

  Pesakit mungkin meracau, pengsan, koma dan mungkin meninggal dunia jika kekurangan air di dalam badan tidak diganti dengan segera.

  Justeru, jika pesakit mengalami sakit perut, merasa loya, muntah, cirit, demam, selsema, eloklah dapatkan rawatan dengan seberapa segera. Sementara itu, pesakit digalakkan banyak minum air bersih khususnya air mineral.

  Mangsa banjir harus elakkan diri daripada minum air yang tidak dimasak atau makanan yang sudah beberapa jam tidak berada di dalam peti ais.

  Kematian boleh berlaku jika pesakit tidak minum atau tidak diberikan air dan garam galian secukupnya bagi menggantikan air yang hilang ketika muntah atau cirit.
   
  Mereka yang tidak mengalami banjir atau masalah kesihatan, bantu-bantulah mereka yang menghadapi saat-saat sukar ini. Apa lagi jika mangsa itu terdiri daripada yang berpenyakit kronik seperti lumpuh, pesakit buah pinggang yang memerlukan dialisis dan sebagainya.

  Bagi mereka yang berada jauh dari kawasan terlibat, bantuan kewangan juga boleh dihulurkan.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Admin HBI / 14 Safar 1434 H.