Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

Info Online Hujung Tahun 2012 - Teruskan Demi Pelanggan  (31/12/12)

  Hari ini, sebelum menutup tabir tahun 2012, kami dapat dua maklum balas daripada pelanggan yang relevan untuk dikongsi bersama.

  Pertama ialah mengenai penawar Active IQ. Secara individu, ramai pelanggan yang memberi respons positif, baik dari segi harga, perubahan sikap pengguna Active IQ (khususnya anak-anak/pelajar) dan sambutan kaum keluarga dan rakan taulan.

  Pada hari ini, sebuah sekolah menengah yang telah dua kali melanggan penawar ini khusus untuk pelajar Tingkatan Tiga telah memberi maklum berkaitan pencapaian pelajar-pelajar sekolahnya yang merisaukan.
   
  AlhamduliLlah. Katanya, jika sewaktu ujian percubaan dahulu berada di ranking 41, dalam ujian sebenar telah meningkat ke ranking 35.

  Apabila beliau ditanya berkaitan pencapaian tahun sebelumnya. Katanya, tahun sebelumnya kemajuan lebih jauh lagi dari segi peningkatan pencapaian justeru Active IQ diambil lebih awal.

  Daripada penjelasan beliau yang dikenali sebagai cikgu Zaini, kami berpuas hati kerana kami sedia maklum bahawa pelajar-pelajar di sekolahnya diambil dari kalangan pelajar yang mendapat UPSR 3A ke atas berbanding dengan kebanyakan sekolah lain (yang dirankingkan) yang semuanya terdiri daripada pelajar kategori UPSR 5A.

  Maka, tahniah daripada kami atas pencapaian membanggakan itu. Bukan tujuan untuk membanggakan tentang produk ini. Yang penting pelanggan mendapat kemajuan daripada penggunaannya, walaupun sedikit. Segalanya terserah juga kepada usaha, bimbingan guru dan program, serta dengan izin Ilahi pastinya.
   
  Kedua, talian kami berdering dari jam 8.30 pagi lagi justeru ada seorang pelanggan ingin bertanya berkenaan masalah ayahnya. Beliau terpaksa membuat tiga kali panggilan kerana terpaksa bertanya akan hal ayahnya bagi mendapatkan senarai simptom yang diminta.

  Menariknya sistem online ini ialah kerana ayahnya berada di Kuala Lipis, Pahang. Beliau berada di Shah Alam. Sementara konsultan kami sedang bercuti berhampiran Taman Melawati.

  Namun pelanggan yang berada di Shah Alam dapat berhubung dan bertanya kepada konsultan. Bagi simptom yang tidak jelas beliau terpaksa bertanya semula kepada ayah atau keluarga ayahnya di Kuala Lipis. Yang pentingnya ialah, selepas tiga kali konsultan kami dihubungi, cukuplah simptom yang dipinta buat kami berikan saranan rawatan.

  Kami difahamkan bahawa ayahnya menghadapi hernia kronik, tetapi apabila berjumpa doktor, beliau hanya diberikan ubat pain killer. Sebabnya ialah ayahnya masih dalam rawatan sebagai pesakit jantung serta pernah membuat bypass.

  Apabila kami bertanya lebih lanjut, berkemungkinan hernia yang dimaklumkan itu belum begitu kronik. Ia mungkin berlaku di tahap yang biasanya disebut sebagai angin pasang. Apabila angin pasang datang, bahagian di bawah pusat menuju ke pelipat paha akan tegang, mengeras dan menyakitkan.

  Bahagian ini pula boleh berlaku di sebelah kanan ataupun sebelah kiri. Ia juga boleh berpindah-pindah dari waktu mula-mula alami, maknanya waktu yang baru berlaku mungkin sudah berada di sebelah lain.

  Selalunya, apabila keadaan ini terjadi, saluran angin (usus) pesakit seolah-olah terhalang (obstruksi). Apabila konsultan bertanya akan keadaan ayahnya sama ada boleh bersendawa, berkentut atau ada buang air besar atau tidak - konsultan dimaklumkan angin atau najis sudah tidak keluar selepas ketegangan saluran itu berlaku.

  Jelas bagi konsultan bahawa itu adalah simptom angin pasang yang umumnya dapat dirawat dengan berkesan jika kes itu baru dan tidak ada komplikasi dengan penyakit lain.

  Hanya dua simptom tambahan yang berhubungan tetapi tidak begitu dijangka. Simptom itu ialah sakit ayahnya itu sentiasa melarat di sebelah pagi sekitar jam 3, dan anaknya mengesyaki sakit itu berlaku selepas ayahnya memakan sambal atau lauk yang pedas atau bercili.

  Oleh kerana ayahnya berada di dalam tempoh rawatan hospital, satu penawar yang penting terpaksa dikeluarkan daripada senarai supaya pengambilan ubatan hospital boleh diteruskan.

  Lantas, konsultan kami menyarankan penawar utama Cocculus dalam potensi sederhana, yang boleh dibeli di mana-mana klinik homeopati berdekatan. (Melainkan jika ingin dikurier oleh HBI. Tetapi sakit seperti itu memerlukan rawatan seberapa segera. Kurier dalam 2 hari boleh menyiksakan pesakit - jelas konsultan)

  Selain itu, ayahnya juga memerlukan Elasto1 bagi menarik kekenduran urat yang berlaku akibat angin pasang dan mengembalikannya kepada keadaan yang normal. Dia juga wajar diberikan Spasmo2 bagi tujuan mempercepatkan angin yang tersekat itu keluar dengan lebih mudah.

  Demikian sedikit info mengenai apa yang berlaku pada hari ini, mudah-mudahan dapat kita sama-sama ambil pengajaran.

  Sebelum menjengah tahun baru pada malam ini, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Kami akan meneruskan khidmat online seperti biasa sama ada menerusi telefon, sms, emel, facebook, blog, dsbnya.

  Sekali lagi kami ingin tegaskan, iaitu apabila teknologi datang, kita tidak boleh menghalang atau mengelaknya. Jika kita menentang atau mengelak, kita akan dibungkusnya dan terus ketinggalan.

  Apa yang perlu dibuat ialah kita mengambil manfaatnya dan gunalah ia bukan semata-mata sebagai pengguna akhir. Sebaliknya, jadikanlah juga ia sebagai alat dan komunikasi buat memberi khidmat lebih cemerlang kepada pelanggan.

  Insya Allah. Selamat menyambut Tahu Masehi 2013.

    Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 18 Safar 1434 H.