LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Disember

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

November

Malaysia Kalah

Markisa

Dispens Ubat

Trafik Padang

Sesi Padang

Padang Indo

Berpantang

Khutbah Hijrah

Banjir

Selamat Duduki SPM

Tempah Kecemerlangan

Oktober 2012

Jem Trafik

Salam Aidil Adha

Penawar Chili

Kalendar Cuti PRU

Kelantan Juara

Bantah AES

Handfon Ke Sekolah?

Seminar Homeopati

Impak Hi-Fos

PMR Bermula

Angin Pasang

Pelajar Berhenti Belajar

Terkaya Di Malaysia

Perginya Dr.Nik

Sept 2012

Intipati Bajet 2013

Transform Bajet

Tuntutan Cuepacs

Rang U2 PTK

J.Hunt Sokong Homeopati

Hakikat Penawar

Testimonial Produk

Berhutang

Servis HBI Terbaik

Tukar Ubat

Harga Promo IQ

UPSR 2012

Servis Pelanggan

Kejayaan Orang Asli

Hanafiah Yunus

Timeline Homeopati

Ogos 2012

Hari Merdeka

Mati Pucuk

SMS Raya Dulu

SMS RAYA

Mr. Cook

Ofer Syawal

Salam Idul Fitri

Rawatan Online

Malam LailatulQadr

Obes Puasa

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme PerubatanSakit Kepala

Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

PBS: Pelajar Belajar Sendiri atau Penat, Beban, Sesak? (23/12/12)

  Apabila kami pulang dan ketemu ramai rakan-rakan di kampung, dalam banyak-banyak cerita itu, ada.. lah satu cerita mengenai keluhan sistem baru yang nak dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

  "Seperti biasa, dasar kerajaan selalunya dipengaruhi oleh persekitaran politik. Mereka buat dulu, bila tak berjaya baru pusing balik. Kalau menteri bertukarpun, dasar boleh berubah," demikian keluh seorang guru.

  Ramai yang risau justeru tahun hadapan (2014) Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dihapuskan. Semua tingkatan akan digantikan dengan sistem yang dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Bahkan sekarang, dikatakan Tingkatan 1 di sekolah menengah dan Tahun 1 dan 2 di sekolah rendah sudah memulai sistem itu.

  Kata seorang guru, "PBS itu maksudnya Penat, Beban, Sesak."

  Jelasnya, cikgu yang semakin penat dengan bermacam kerja, dibeban dengan kerja-kerja perkeranian yang tak dapat disiapkan kerana sistem yang lambat dan lembab.

  Katanya lagi, bagi pelajar pula, "PBS ialah Pelajar Buat Sendiri. Kerana cikgu semua sibuk, biarlah pelajar yang buat sendiri semua P & P."

  Nampaknya negara kita akan bermasalah bukan sahaja justeru PMR dan UPSR hendak digantikan dengan sistem PBS, tetapi lebih kronik lagi ialah semangat untuk memayakan (menvirtualkan) semua sistem kerajaan mungkin terbantut disebabkan keupayaan sistem dan server kerajaan tidak mampu menampung urusan kemasukan dan pengendalian data.

  Kata seorang guru agama di Selangor, "Mereka marahkan kita kerana tidak memasukkan data. Tetapi padang yang mereka sediakan tidak cukup besar buat semua guru dan seluruh kakitangan kerajaan. Bukak saja laman web, terus hang. Nak key-in, data tak boleh simpan" 

  Demikian rungutan yang kami dengar. Sekarang kami difahamkan, ada jabatan yang sukar memohon cuti, sukar membuat laporan penilaian prestasi dan pelbagai kerja lagi tergendala disebabkan sistem hrmis (salah satu sistem yang digunakan oleh JPA). Kesesakan ini ditambah lagi dengan kehadiran masalah PBS.

  Sejak daripada awal nampaknya masalah PBS dan kelembapan sistem komputer kerajaan ini masih belum selesai. Pada 3 Nov 2012 lalu, dilaporkan pihak kerajaan akan menambah baik sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru.

  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik.

  Kata TPM, "Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer."

  "Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan,"
 
  Demikian janji Timbalan Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas NUTP pada 3 Nov 2012. Hadir sama ialah Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. (http://cuepacs.blogspot.com/2012/11/kerajaan-tambah-baik-pbs.html)

  Sementara itu, kenyataan di dalam BeritaSemasa.com yang bertarikh 14 Nov masih berlangsung dan relevan hingga kini kerana masalah dan keadaan sistem tidak berubah. Kami petik sekali lagi kenyataan itu yang berbunyi:

  Kami menerima banyak emel rungutan dan aduan disebalik pelaksanaan PBS Tingkatan 1 (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini contohnya, Akibat daripada pelaksanaan PBS Tingkatan 1 ini kalangan guru dikatakan terpaksa bangun pagi-pagi untuk membuat key-in itu dengan harapan mendapat akses yang lebih stabil tanpa sebarang masalah ketika itu. Dan masalah bertambah teruk apabila…

Ada kalangan guru yang berjaya akses masuk ke sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) itu tanpa sebarang masalah. tetapi masalah mula timbul apabila guru klik-klik bagi mendapatkan  pelajar yang perlu dikemaksini, kerapkali ia akan “logout” dengan sendiri. Bersusah payah masukkan data, kemudian secara tiba-tiba sistem automatik log-out. Kena login & ulang semula proses itu. Itu baru satu orang pelajar, jikalau 30 orang pelajar terpaksa berhadapan dengan masalah seperti ini?

  • Seorang pelajar sekurang-kurang perlu ada 30 evidence secara anggaran, jikalau satu kelas ada seramai 30-40 orang pelajar? Itu baru satu kelas…
  • Semua kena masuk fail. Kemudian perlu dimasukkan pula dalam sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini. Sayangnya sistem….

  Seperti biasa, di Malaysia setiap kali bertukar Menteri Pelajaran sistem pendidikan turut akan berubah mengikut impian dan visinya. Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) ini yang dibangunkan dilihat penting kerana ia bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak hanya tertumpu pada peperiksaan semata.

Sedang kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kalangan guru supaya menggunakan sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini,  malangnya sistem yang disediakan tidak mampu menampung “trafik yang tinggi” pada satu-satu masa sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Sama juga masalah yang dihadapi pada sistem HRMIS.

  Masalah sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini juga telah di bawa ke Parlimen dengan harapan mendapat tindakan segera daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
  Dan kepada soalan seorang wakil Parlimen ini, janji pihak kerajaan adalah seperti di bawah:

  Soal Selidik PBS Tingkatan 1 PBS Tingkatan 1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!Salam

 

Jawapan Menteri Di Dewan Rakyat  Bagi Masalah Sistem PBS Tingkatan 1 KSSR?

Kami tidak rasakan pemberian elaun adalah jalan penyelesaian terbaik. Apa yang kalangan guru mahukan adalah, sila naiktraf prestasi server yang setimpal dengan jumlah guru yang ada ketika ini setanding dengan peruntukan berbilion-bilion yang diperoleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) setiap tahun…

Walaubagaimanapun nampaknya Kemnterian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk memperbaiki sistem perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ada sekarang ini dengan cara :

  1. Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) & Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). yang menarik dengan jawapan menteri adalah proses naiktaraf telah pun selesai pada akhir Sepetember 2012 dan dikatakan lebih stabil dan mudah diakses. Benarkah? Apa kata guru-guru yang menggunakan sistem PBS Tingkatan 1 online contohnya sekarang ini?
  2. Memperluaskan perkhidmatan capaian Internet melalui projek 1Bestari yang secara berperingkat-peringkatan sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet dis emua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbbs. Penganugerahan projek ini kepada YTL cukup kontroversi. Semak laporan yang kami sediakan di sini bertajuk : “1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM-TIME

(http://beritasemasa.com/pbs-tingkatan1-kssr)

   Apapun soalan dan jawapan yang diberikan di parlimen, persoalannya ialah sehingga ke hari ini, masalah yang dialami oleh guru-guru dan kaki tangan awam masih tidak dapat diselesaikan.

  Amat hairan dan ajaib kami rasakan apabila dibandingkan dengan capaian di internet kendalian masyarakat Barat.

  Kita boleh capai dan layari google, yahoo, msn, aol, youtube, facebook dan lain-lain 24 jam sehari tanpa masalah. Berjuta emel yang dihostkan oleh mereka masuk dan keluar (termasuk spam sekali) tidak langsung menjadikan sistem mereka lembab.

  Menakjubkan lagi apabila berberbilion gambar-gambar dimasukkan oleh pelanggan ke dalam facebook dan berbilion video diupload ke dalam youtube, keadaan masih mantap dan konsisten. Diskusi, komentar dan pelbagai respons dilayan tanpa sebarang masalah. Tak ada hang, tak ada jem trafik.

  Pendeknya, berbilion orang keluar masuk sistem mereka tanpa sebarang masalah. Tetapi.. Mengapa pula sistem kita yang hanya cuba menampung beberapa juta orang sudah mengalami masalah? Ke mana pergi berjuta atau berbilion ringgit yang dibelanjakan itu, atau apakah masih belum cukup bajet yang disediakan?

  Yang ini kita kena buat studi. Buat kajian. Jangan pakai rasa nak buat, terus buat. Uji dulu bang...  Jika tidak, inilah jadinya.

  Atau apakah ini nasib Malaysia? Sejauh mana kerajaan maya boleh bertahan jika masalah serupa ini sudah tidak dapat ditangani?

  Ke mana pergi saintis komputer kita. Sejauh mana keupayaan sistem kita. Sebesar mana padang server kita. Sampah masalah pasti semakin bertimbun jika tidak disisihkan dan diselesaikan satu per satu.

  Atau haruskah kita balik ke zaman kerja-kerja manual kita?

  Sekian.  WaLlahu a'lam.

 

Admin HBI / 10 Safar 1434 H.

 

 

 

 

   

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

(advertisement)

"BIG OFFER"

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

 

 

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.