Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

Pertanyaan Tentang Kentang & Resdung  (26/12/12)

  Semalam ada sms dihantar kepada konsultan kami seperti berikut:

  "Askom nk tnye org elegik n resdung, boleh mkn kentang x? Kentang gatal x?"

  Yang bertanya tidak menyatakan apakah simptom atau masalah yang dihadapi. Dia mungkin alergik atau mungkin menghidap 'seduan' atau resdung.  (kami tidak berhasrat untuk bercerita berkaitan sinusitis atau rhinitis, dll.)
   
  Persoalannya ialah mengapa bertanya dari hal kentang? Apakah beliau merasa sakitnya melarat apabila memakan kentang?

  Inilah yang tidak diceritakan. Adakah beliau merasa gatal di muka, mata, telinga, hidung dan kulit. Kerap bersin, selesema dan hidung tersumbat. Tekak berlendir, berkahak dan berbau. Hidung berdarah dan bernanah. Sesak nafas atau lelah (asma)?

  Apakah deria bau beliau sudah kurang berfungsi. Sakit dan bernanah di rongga pipi. Ataukah jerawat bernanah dan berdarah, ada pening berpusing, atau lelainnya? Emosinya? Tuan/puan, ini semua penting diambil rekod di dalam rawatan homeopati.

  Pernahkan anda rasa melarat selepas memakan kentang, yang digoreng, dibakar, dimasak gulai maupun dimasak pedas? Bagaimana dengan french fries yang anda beli di KFC, Mcdonald atau lelain restoran makanan segera, apakah ada tanda-tanda kemelaratan kepada sakit anda?
   
  Sepanjang pengalaman kami tidak pernah ada kaum kerabat, rakan-rakan atau pesakit yang mengadu dari hal kentang.

  Malahan ubi kentang dikatakan kaya dengan vitamin seperti B1, B2 dan B3 serta mengandungi sedikit protein dan zat besi. Ada pendapat mengatakan ubi kentang juga dapat mencegah beberapa penyakit dan membantu dalam pelepasan tenaga daripada makanan yang kita makan.   

  Menurut pakar pemakanan, ubi kentang turut mengandungi potassium dan vitamin C yang mampu menjamin sistem ketahanan badan di samping mengandungi serat. Kandungan mineral di dalamnya juga dapat membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Manakala karbohidrat kompleks tinggi yang terdapat pada ubi kentang merupakan sumber baik untuk tenaga. (http://www.bharian.com.my/articles/Keistimewaankentang/Article/print_html)
   
  Jadi, mengapakah kawan kita ini mengalami alergi, atau resdungnya melarat?

  Oleh kerana konsultan tidak sempat bersembang, beliau mengatakan bahawa dalam kes resdung umumnya tidak timbul soal pantang larang terhadap kentang.
   
  Tetapi sekiranya pesakit berkenaan memakan kentang yang dimasak dengan campuran pelbagai perencah, maka mungkin perencah atau tambahan (additives) itu yang menyebabkan pesakit mengalami alahan.

  Seperti umpamanya sekiranya pesakit resdung memakan kentang masak sambal, dan di dalamnya ada pula ikan bilis. Ataupun orang yang alergi itu makan kentang goreng masak kicap, dan kicap itu tidak lain dari kicap kipas udang.

  So.., bagaimana agaknya? Takkah hebat penangannya sekiranya anda seorang penghidap resdung kronik.

  Jadi dalam hal ini, kentang itu sendiri pada umumnya tidak ada masalah alergi. Kalau sekadar goreng, bakar atau dicampur sedikit garam seperti kentang goreng KFC, rasanya selamat.
   
  Sekian daripada kami. Dan jika anda sedar, paparan artikel sekarang sudah berwajah baru. Ada waktu solat sekali.

  WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 12 Safar 1434 H.