LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

"Salam Ramadan"

Selsema Siang

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

Cirit-birit Dan Keajaiban Ubat Homeopati (24/07/12)

Pagi ini sebaik saja selesai solat subuh di masjid, hujan di tempat kami turun dengan sederhana lebat. Guruh sekali-sekala kedengaran. Dinginlah sedikit cuaca pagi yang bening ini.

  Berkaitan isu semalam, bukan setakat kaedah yang kami sebutkan itu saja kelihatan baru (khususnya bagi yang baru menyedarinya) dan menimbulkan tanda tanya. Tentang rupa bentuk penawarnyapun, sesetengah anggota masyarakat yang pertama kali melihatnya akan ragu-ragu.

  Bahkan mungkin ada yang ingin membuat kuiri mengenai keberkesanan penawar homeopati. Juga mengenai bagaimana ia boleh digunakan tanpa menelan atau mengunyahnya.

  Sebenarnya.., isu kemam di bawah lidah atau kunyah penawar homeopatipun, ada orang pernah pertikai. Isu penawarnya manis juga dihairankan.

  (Tidak menghairankan, ketika saya diperkenalkan kepada sistem ini hampir 24 tahun dulupun, saya was-was pada awalnya)

  Sebelum puasa dulu, ada saya jelaskan kenyataan pengasasnya sendiri berkaitan kemampuan dan kawasan penawar homeopati bertindak. Dr. Samuel Hahnemann menulis,

  "Di samping lidah, mulut dan perut yang paling biasa menerima kesan pengambilan penawar, hidung dan organ-organ respiratori adalah reseptif terhadap tindakan penawar-penawar dalam bentuk cecair menerusi cara pembauan (olfaksi) dan penyedutan (penarikan nafas) melalui mulut. Begitu juga keseluruhan kulit yang ditutupi oleh epidermis adalah sesuai dengan tindakan larutan penawar, terutama bila salap gosok itu digunakan bersama remedi yang diambil secara internal."

  Apa yang saya lakukan ialah menggunakan penawar itu seumpama salap yang digosok pada bahagian luar kulit. Sebagaimana salap yang digosok itu memberi kesan ke atas bengkak-bengkak atau sakit perut, begitu jugalah dengan penawar homeopati yang diaplikasikan.

  Jika tidak, anda boleh mengambil satu lagi penawar homeopati yang popular, yang disebutkan sebagai analgaesic ointment. Anda boleh mengambil penawar ini dan menyapunya di sekitar perut.

  InsyaAllah, mungkin anda disegerakan untuk membuang air besar. Akan tetapi, selepas itu anda akan merasa semakin lega. Cumanya, penawar analgesic ini amat jarang kedapatan di klinik atau farmasi homeopati di Malaysia.

  Penawar ini dikeluarkan oleh Fr. Mullers Charitable Institution yang berpusat di India. Antara kandungannya termasuk mentol dan Capsicum.

  Seperti yang ramai sedia tahu (tetapi mungkin bukan anda), penduduk di India adalah yang paling ramai mengguna kaedah rawatan homeopati. Di sana, penawar homeopati dijual pada harga yang amat murah, dalam lingkungan kemampuan masyarakatnya. Sebahagian daripada penawar homeopati di Malaysiapun diimport daripada India dan Pakistan.

  Namun jika tidak ada penawar di atas atau rawatan di rumah tidak berkesan, anda harus bertandang ke pusat rawatan homeopati. Mungkin ada simptom lain yang mencetuskan diarea.

  Kadang-kadang, diarea serupa itu memerlukan penawar lain seperti Aloes, Argentum nit, Carbo veg, China, Cina, Dulcamara dan mungkin juga Gelsemium.

  AlhamduliLlah. Anak saya sendiri sembuh dengan Arsenicum album kerana jelas simptomnya.

  Antara simptom Arsenicum ialah cirit dan muntah-muntah, muka pucat, najisnya tebal, ada mukus hijau gelap atau coklat atau kehitaman. Pesakit keletihan, muntah sebaik lepas minum atau makan. Pesakit juga cenderung melarat selepas mengambil makanan sejuk.

  Pernah juga pada suatu musim puasa yang dah lama dahulu, datuk kepada anak-anak saya merasa pening dan berpusing-pusing kerana tersalah makan (sedut) siput yang dimasak.

  Itupun, beliau disembuhkan hanya dengan penawar Arsenicum album.

  Ada yang bertanya, "Bolehkah guna Homeo-ABC?". Jawabnya boleh. Khususnya, jika cirit-birit itu baru berlaku. Katakan bermula di sebelah petang. Selepas buang air besar saja (dalam tempoh satu jam), boleh terus ambilnya setiap sepuluh minit.

  Saya kira, cukup setakat ini, waktu sudah hampir jam 6.50 pagi. Salam puasa.

  Mudah-mudahan anda semua sihat wal 'afiat dan dapat meneruskan ibadah puasa dengan cemerlang pada hari ini.

 

drhatta.com / 4 Ramadhan 1433 H.

 

 

 

   

 

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 (advertisement)

 

"BIG OFFER"

Harga: RM12.00 shj.

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.