LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

PENYAKIT CINTA : HOMEOPATI PUN BOLEH RAWAT

Admin:

 
2012

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

 

 

 

Ada di kalangan pelanggan dan pengedar kami gemar bertanya. Antaranya ialah berkaitan saudara yang murung selepas kematian orang terdekat, perempuan putus cinta, isteri yang tidak henti-henti menangis dan termenung akibat suami terlibat dalam kemalangan dan beberapa masalah kejiwaan.

  Beruntung sesiapa yang sempat mempelajari, apa lagi mengamalkan homeopati. Hebatnya penawar-penawar yang diujibuktikan di dalam homeopati ialah segala rupa perasaan, fikir minda dan masalah fizikal dicatat sebagai simptom penawar.

  Perkara-perkara kecil seperti keadaan dan masa melarat dan lega pesakit juga diambilkira, sehingga nampak sangat pengamal itu prihatin terhadap pesakit. Di situlah wujud empati, yang bukan semata-mata menandakan pengamalnya memahami dan mengambil berat, tetapi adalah juga kerana unsur-unsur itu berguna dalam memberikan rawatan.

  Justeru, jika kedapatan masalah seperti ini, mungkin kes boleh diambil sebelum disaran kepada pakar jiwa atau ahli psikologi. Jika kes itu tidak kronik sangat, elok benar dirawat secara homeopati. Ini adalah justeru penawar yang diberikan bukanlah dadah seperti yang umum terdapat di dalam pil-pil penenang, anti kemurungan dan sebagainya.

  Jika diambil suatu contoh daripada repertori (panduan mengenal remedi) Kent, salah satu rubrik ada menyatakan secara langsung tentang "cinta" (LOVE), masalah berhubung dengannya dan remedi yang bersesuaian.

  Umpamanya jika terdapat seorang yang kecewa justeru cinta, Dr. Kent menyenaraikan remedi seperti Actae rac., Antimonium crud., Aurum., calcarea phos., causticum, coffeoa, hellonias, Hyoscyamus., Ignatia, kali carb., Lachesis, Natrum mur., nux moschata., nux vomica, Phos acid., sepia, staphysagria., tarentula.

  Bagi yang "sakit-cinta", ada senarai penawar seperti Antimonium crud. dan Tilia Europœa. Bahkan jika ada yang mengalami sakit cinta dengan rakan sejenis, ada juga disenaraikan penawar Calcarea phos., Lachesis, Natrum mur., Phosphorus, Platinum, dan Sulphur.

  Bagi jenis murung dan pendiam, mereka mungkin sesuai dengan penawar-penawar Ignatia., Natrum mur., Phosphoric acid., ataupun Phosphorus.

  Ini merupakan senarai simptom contoh yang mana menunjukkan bahawa jika ada kes, maka memang munasabah individu (keluarga pesakit) itu mempertimbangkan untuk membawa pesakit berkenaan ke pusat rawatan.

  Cuma yang perlu dipastikan ialah pengamal itu mampu dan berkebolehan mengambil kes dengan terperinci dan memberi penawar berasaskan keseluruhan simptom. Dan jika tidak mampu, harus jujur, jangan memandai mengatakan berkebolehan.

  Kami di HBI sentiasa memerhati dan menerima pertanyaan daripada pelanggan dengan dada terbuka. Ada kalanya kami membantu memperkenalkan klinik homeopathy mana yang terdekat dengan pelanggan dan boleh dirujuk.

  Ada kalanya kami menyarankan remedi yang bersesuaian jika pelanggan ada sedikit pengetahuan mengenai homeopati atau mempunyai tempat beliau mendapatkan bekalan penawar.

   Demikian khidmat kami untuk pelayar daripada Malaysia.

    Wa Llahu 'alam.

[5.00 ptg., 17 Jun 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.