Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Perlukah Kita Bergantung Kepada Amah Indonesia?
Hari ini Perdana Menteri menyebut bahawa perjanjian telahpun ditandatangani dan isu gaji minimum RM700 dan amah melaksanakan satu tugas rumah sahaja tidak wujud dan tidak patut timbul.

  Semalam apabila Utusan Malaysia melaporkan mengenai penetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700, isu itu telah menjadi polemik besar di kalangan masyarakat dan aktivis di Malaysia.

  Laporan yang menyatakan ada satu perjanjian baru untuk kerja, gaji dan upah lebih masa amah Indonesia telah dibantah oleh beberapa kumpulan di Malaysia, mengikut laporan media tempatan.

  Berikutan itu, Malaysian Insider turut melaporkan bahawa Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan agar menilai kembali keputusan berkenaan amah dari Indonesia hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan.

  Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata ketetapan tersebut akan menimbulkan kesukaran dan membebankan pihak majikan di Negara ini.

  “MBM melihat hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia seperti berat sebelah dan banyak menguntungkan amah, sebaliknya membebankan pihak majikan."

  “Dalam tempoh jangka panjang, MBM berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja Indonesia.”

  Demikian kenyataan beliau yang turut menyeru agar rakyat Malaysia beralih kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia kepada negara-negara lain yang bersesuaian dan tidak mengenakan syarat ketat.

  Kami juga turut menyeru agar isu ini dbincangkan di peringkat nasional agar masalah keperluan amah ini dapat diselesaikan secara global dan bijaksana. Ini adalah justeru urusan memasak, mengasuh bayi dan mengemas rumah boleh dilakukan oleh isirumah sendiri.

  Isu yang berdepan dengan generasi baru ini wujud berikutan majoriti ibu bapa isirumah bekerja dan tuntutan kerja memerlukan masa yang lebih disumbangkan oleh kedua ibu dan bapa. Bagaimanapun, jika teramat perlukan amah sekalipun tentu rakyat Malaysia sendiri boleh diambil bekerja.

  Apa lagi jika ada ketetapan gaji minimum sampai melebihi RM700 sebulan, pasti kekosongan ini boleh menarik sebahagian rakyat Malaysia sendiri, sama ada dari kalangan yang menganggur ataupun yang tinggal di pendalaman. Mungkin pihak berkenaan boleh menyediakan tempat latihan khusus buat bakal amah ini seperti mana yang dilakukan oleh Indonesia juga.

  Demikian juga, dalam keadaan tiada rakyat Malaysia boleh melakukannya, kita tidak semestinya mengambil amah itu daripada Indonesia sahaja. Pilihan juga boleh dibuat di kalangan pendatang daripada Thailand dan Filipina sebagai contoh.

 WaLlahhu a'lam.

[008.20 mlm, 18 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.

 

 

 
 

Mac 2012

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia