Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Logo Halal Akan Dikuatkuasakan?
Pada 16 hb Mac 2012, akhbar arus perdana melaporkan bahawa mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berdepan hukuman denda dan penjara.

  Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

  "Kami akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah pendidikan untuk pastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerlan logo halal sahaja," katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

  Masyarakat dimaklumkan bahawa hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan diiktiraf.

  "Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011," kata pengarahnya.

  Sinar Harian juga melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya Jakim sahaja yang sah mengeluarkan logo halal, manakala logo lain termasuk yang dikeluarkan pihak swasta adalah tidak diiktiraf.

  "Penguatkuasaan logo halal Jakim akan bermula pada 1 Julai depan dan premis perniagaan yang menggunakan logo selain dikeluarkan Jakim boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011 (i) Seksyen 16," katanya.

  Menurut beliau, bagi individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat atau premis berdepan denda RM500,000.

  Datuk Seri Ismail Sabri berkata Jakim bersama kementeriannya telah menubuhkan satu jawatan khas pemantauan berhubung penggunaan logo halal itu di mana anggota  tersebut akan bertindak tegas ke atas premis perniagaan yang tidak mengikuti arahan dan peraturan yang dikeluarkan.

  Ini merupakan sesuatu yang baik untuk umat Islam. Mungkin nantinya tidak akan timbul ragu dan syak di kalangan umat Islam dari segi makanan halal dan haram.   Mereka yang cuba menipu, menyalahgunakan logo dan mempermainkan pelanggan Islam untuk tujuan keuntungan semata-mata akan berdepan dengan hukuman yang berat.

  Pihak berkenaan juga boleh mendapat hasil daripada kesalahan apabila peniaga berkenaan didakwa. Tetapi tentu itu bukan persoalan kewangan sahaja. Tanggungjawab yang dipikul oleh jabatan berkenaan amat besar justeru urusan pengeluaran logo halal bergantung kepada keputusan mereka yang mempunyai kuasa menentukan yang mana halal dan yang mana haram.

  Persoalannya sekarang ialah apakah semua premis perniagaan akan diwajibkan meletakkan logo halal JAKIM? Apakah ia hanya melibatkan perniagaan yang dikendalikan oleh orang bukan Islam yang ingin memasarkannya kepada orang Islam?

  Apakah logo halal ini melibatkan semua produk makanan di pasaran? Apakah status produk orang Islam yang memang sah halal tetapi tiada logo halal? Adakah akan ada logo lain ataupun syarat yang berbeza untuk pengusaha Muslim dari segi prosedur?

  Persoalan lain, tidakkah kandungan bahan dan cara proses itu (atau mungkin juga siapa pengusahanya) yang lebih wajar dipamerkan yang mana melaluinya pengguna muslim yang berpengetahuan dan berfikir boleh memilih?

  Kita difahamkan bahawa ramai masyarakat Islam yang belajar atau hidup di Barat memilih barangan berpandukan maklumat berkenaan. 

  WaLlahhu a'lam.

[011.59 mlm, 17 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.

 

 

 
 

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia