LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 
P
etang Ahad ini, ketika konsultan kami melihat Youtube khusus berkaitan "Imam Hoslan: Kenapa Saya Baling Kasut" , beliau agak terkejut mengetahui kehadiran Oki Setiana Dewi ke Kelantan. Hanya selisih haribulan sahaja ketika beliau dan keluarga pulang bercuti ke Kelantan.

  Dan sememangnya dalam tempoh lawatan Oki Setiana Dewi itu, konsultan kami tidak berkesempatan online justeru aktiviti yang padat berkaitan urusan kerja.

  Namun rakaman yang menunjukkan artis Indonesia itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani itu menarik perhatian sekali. Pertama-tamanya, Oki Setiana Dewi telah menyatakan bahawa beliau amat berterima kasih kerana diundang untuk melawat Kelantan.

  Kemudian katanya, "Pertama kali saya datang ke Kelantan bersama ibu saya dan manager saya, ketika datang ke Kelantan saya sudah mendengar kuliah dan ceramah agama dari masjid ke masjid yang lain, kemudian tadi pagi saya sempat solat subuh di Masjid Muhammadi, dan banyak sekali jemaah di sana, kemudian err.. saya sempat mengikuti kuliah ..bersama Tok Guru , dan saya sangat menghormati beliau kerana pertama kali bertemu saya sudah bisa melihat betapa zuhudnya beliau, betapa tawadhu'nya beliau sehingga.. sangat pantas sekali rakyat Kelantan mencintai.. Tok Guru."

  Demikian antara petikan rakaman itu dan di akhirnya beliau menyatakan "bahagia sekali dapat hadir di negeri seumpama ini". Kami percaya ini merupakan kata-kata yang jujur dan ikhlas daripada beliau terhadap negeri serambi Mekah pimpinan Tok Guru itu.

  Sebagai rakyat Kelantan, maupun rakyat Malaysia, wajarlah kita semua turut berbangga atas pujian itu.

  Sebagaimana yang kita semua tahu, Oki Setiana Dewi merupakan pelakon filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang pernah disiarkan di TV Astro tidak lama dulu. Filem itu dikatakan diambil dari novel Islami terkenal hasil karya Habiburrahman El-Shirazy. Oki telah diberi peranan sebagai ustazah Ana dalam filem tersebut.

 

  Biarpun kelewatan, kami memuatkan berita ini dan sajak Oki Setiana Dewi yang dideklamasi beliau sendiri di akhir lawatan dan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan di mana beliau berkesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.

Sajak puisi beliau seperti di bawah:
 

Negeri Kelantan Seindah Namamu

 
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali

                        - Oki Setiana Dewi

 Wa Llahu 'alam.

[5.00 pagi, 24 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


   

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

 

Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.