LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

ISU CERDASKAN AKAL: HUJAH DR. AZIZAN SIRI 1

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 

Umur manusia berada pada tahap yang berbeza meskipun beberapa individu itu sama usia, sama latar belakang keluarga dan demikian juga dari segi pendidikan. Justeru, sesuatu hujah itu, meskipun boleh diterima oleh si A, namun bagi si B beliau tidak dapat menerimanya.

 Pernah berlaku dalam sejarah di mana Nicolas Copernicus (1473-1543) yang berbangsa Poland telah mengutarakan pendapatnya yang mengatakan bahawa bumi berputar mengelilingi matahari. Sedangkan pandangan beliau itu bertentangan dengan pendapat Ptolemy, pengkaji bintang Yunani yang masyhur

  Pendapat Ptolemy itu sudah mendapat tempat di hati masyarakat sejak 1,400 tahun yang lampau. Kerana itu, pihak Gereja telah menolak pendapat Copernicus dan menganggapnya sebagai bid'ah, sesat serta melarang sesiapapun menerimanya.

  Kemudiannya, Galileo Galilei (1564-1642), seorang pengkaji bintang Itali telah menerima pendapat Copernicus sambil mengemukakan hujah saintifik. Justeru, beliau juga dipanggil mengadap dan dibicarakan atas tuduhan menerima pendapat Copernicus. Beliau telah didapati bersalah menentang pendapat Gereja di Rom dan dipenjarakan seumur hidup.

  Demikian penjelasan yang pernah diberikan oleh Dr. Azizan tentang pertentangan pendapat yang berbeza sedangkan benar atau salah belum dapat ditentukan kerana kerdilnya ilmu manusia.

  Atas sebab itu, adalah lumrah apabila sesuatu rumusan dikeluarkan seperti remedi homeopati, tidak kira ianya remedi minda seperti Examo dan Active IQ, Hifos atau Homeo-ABC mendapat penentangan atau bidasan dari sesetengah kumpulan orang (tetapi kami sendiri belum menerima kritikan hebat sebagaimana Examo CKM 500).

  Kalaulah timbulnya pertentangan pendapat itu, ianya bukan saja biasa kerana tingkat pencapaian otak manusia itu berbeza, tetapi juga justeru pengalaman masing-masing orang adalah berbeza, bahkan juga justeru latar belakang pembelajaran dan ilmu masing-masing orang juga berbeza.

  Gembira sekali kami maklumkan respons terhadap produk rumusan kami dalam tempoh sepuluh tahun ini sangat baik dari segi keberkesanan berpandukan testimonial individu pengguna.

  Tetapi kami mengutip penjelasan ini kerana kalau ianya berlaku, semua pengguna produk homeopati boleh melihat pertentangan seumpama itu adalah gejala biasa.  Khususnya apabila kita mengeluarkan suatu produk yang mungkin mendapat sambutan, persaingannya pula tinggi dan harganya murah.

  Bagaimanapun, apa yang menarik tentang titisan tinta Dr. Azizan itu ialah penjelasan beliau mengenai fungsi produk homeopati apabila ia diformulasikan sebagai penawar mencerdaskan akal. Benarkah ada penawar mencerdaskan akal?

  Ikuti artikel keesokannya tentang perbahasan Allahyarham Dr. Azizan Hj Ismail mengenai benar atau tidak ada ubat mencerdaskan akal. (yang mana kami sendiri hanya mempromosikan sebagai mencergaskan minda sahaja)

 Wa Llahu 'alam.

[9.55 pagi, 24 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


   

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

 

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.