Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Tip Hidup Sihat dan Panjang Usia

Apakah yang mungkin membolehkan anda hidup lebih lama dan sihat? Mungkinkah ia semata-mata keturunan?.. atau sesuatu boleh dilakukan bagi menempah tiket untuk suatu kehidupan yang lebih baik.

  Pada tahun 2009, satu kajian terhadap 20,000 rakyat Britain yang diterbitkan di dalam the British Medical Journal pernah menunjukkan bahawa seseorang itu boleh mengurangkan risiko penyakit strok hanya dengan melakukan empat perkara, iaitu menjadi aktif selama 30 minit setiap hari, makan buah-buahan dan sayur-sayuran, elakkan daripada merokok dan tidak minum (kurangkan - dalam laporan itu) alkohol.

  Usaha di atas boleh jadi mampu membantu mengatasi beberapa masalah dengan penyakit lain juga. Demikian juga, pastinya banyak lagi ikhtiar lain boleh dilakukan seperti dengan cara mengambil Ginseng atau akar-akar kayu bagi mempastikan kita sentiasa sihat, ceria dan bertahan lama.

  Bagaimanapun, di dalam satu laman web terdapat satu artikel menarik yang memberi informasi bahawa terdapat 11 Tip Amalan Kesihatan yang boleh membantu kita hidup sehingga 100 tahun. Artikel itu disiarkan pada bulan Januari 2012 (artikel oleh Deborah Kotz) dengan sedikit penyesuaian daripada artikel asal yang pernah diterbitkan pada 20 Februari 2009.

  Secara ringkas, tip-tip itu meliputi perkara-perkara berikut:

1. Hendaknya kita jangan bersara (pencen) awal. Mengikut Luigi Ferrucci, Pengarah Baltimore Longitudinal Study of Aging, "Bukti menunjukkan bahawa di dalam masyarakat di mana penduduknya berhenti kerja dengan tiba-tiba, insiden obesiti dan penyakit kronik melonjak selepas bersara".

2. Flos dan berus gigi setiap hari (ingat, bersugi juga amalan Rasulullah s.a.w.). Dikatakan bahawa kajian daripada Universiti New York pada tahun 2008 menunjukkan flos setiap hari dapat mengurangkan penyakit gusi yang menjadi punca kehadiran bakteria di dalam mulut. Dengan ketiadaan bakteria memasuki salur darah dan menggalakkan inflamasi di dalam arteri, maka kita dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Sementara ada kajian lain mengatakan bahawa mereka yang mempunyai banyak bakteria di dalam mulut cenderung mendapati arterinya menebal. [Cancer and Age: Why We May Face a Tradeoff Between Cancer Risk and Aging]

3. Sentiasa beriadah. Kata Dr. Jay Olshansky seorang Profesor Perubatan dan penyelidik penuaan daripada University of Illinois Chicago, "Senaman adalah satu-satunya medan tenaga muda sebenar yang wujud."

4. Bersarapanlah dengan makanan atau bijian yang kaya dengan fiber atau serat. Ini dapat membantu warga tua mempunyai kandungan kadar gula yang stabil dalam darah. Justeru, berasaskan kajiannya, Luigi Ferrucci juga mengatakan "Mereka yang mengamalkan (diet) ini mempunyai insiden diabetes yang lebih rendah". [Could Getting More Fiber Help You Live Longer?]

5. Tidurlah sekurang-kurangnya enam jam sehari. Dikatakan bahawa mereka yang hidup sehingga seratus tahun biasanya meletakkan tidur sebagai prioriti. [10 Ways to Get Better Sleep (and Maybe Cure Your Insomnia)]

  Kami harap ke lima-lima tip di atas sudah cukup bagi membantu anda menyusun semula tabiat harian atau amalan sehari-hari. Semoga kita semua semakin sihat, semakin panjang usia, dan semakin banyak amal.

    WaLlahhu a'lam.

[12.05 pg, 19 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia