Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Youtube Bukan Penentu Tunggal Populariti

Youtube boleh jadi penentu dalam menaikkan populariti seseorang atau sesuatu baik berupa idea, cerita, dokumentari, lagu atau sebarang hasil cipta yang boleh dimuatnaik ke lamannya. Tetapi Youtube belum tentu dapat mempertahankan populariti tersebut.

  Akhirnya, semua itu terpulang kepada individu yang menghasilkan karya maupun para juri yang benar-benar mahir atau pakar dalam menilai hasil, karya, kreativiti ataupun idea seseorang.

  Artikel dalam Harian Metro yang menyatakan bahawa Youtube boleh melonjakkan si penyanyi menjadi ‘superstar’ dalam sekelip mata tidak semestinya benar. Kalau benarpun, ia belum pasti berkekalan.

  Dilaporkan satu contoh penyanyi yang menggegarkan industri hiburan di di Malaysia iaitu seorang ‘budak sekolah’ Najwa Latif berjaya mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton oleh enam juta pelayar Internet.

  Turut diperkatakan ialah Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang kini popular dengan lagu Aku Suka Dia. Ia dijangka bakal menjadi kegilaan peminat Youtube dan rakyat Malaysia. Demikian jua beberapa nama seperti Tasha Manshahar, Nur Nurnazarina, Ajek Hassan, Syed Shamim dan Amri.

  Benarkah begitu? Mungkin anda masih ingat akan penyanyi Rebecca Black yang mana lagu "Friday"nya pernah mendapat tontonan dan muat-turun beratus juta viewer, yang malahan mengalahkan tontotan awam terhadap video clip Lady Gaga.

  Sungguhpun lagu "Friday" dapat mengatasi ramai penyanyi dunia lain serta berjaya meletakkan Rebecca Black ke mercu kejayaan sehingga ditemubual oleh rangkaian television popular di Amerika Syarikat, namun hal itu tidak berkekalan. Rebecca tidak dapat menahan tekanan dan popularitinya tidak lama.

  Kami percaya itulah juga yang akan berlaku di Malaysia. Youtube boleh jadi batu loncatan untuk cepat popular, tetapi ia belum tentu suatu jaminan yang kukuh untuk terus kekal atau dapat dinobatkan sebagai penyanyi tersohor.

  Justeru pada akhirnya, nilai seni, estetika atau kreativiti sebenar (yang hanya dapat diadili oleh mereka yang pakar) yang bakal menonjol dan dikehendaki oleh industri muzik / rekacipta. Demikian juga orang awam.

  Tuntasnya: Suka atau tidak, bukan semua pelayar Youtube adalah jauhari. Sememangnya hanya jauhari yang mengenal ma'nikam. 

    WaLlahhu a'lam.

[12.03 pg, 5 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Mac 2012

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia