LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

GURU INOVATIF TEMA HARI GURU 2012

Admin:

 
2012

Mei 2012

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

 

 

 

 

Kami mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru di Malaysia. Demikian juga kami ucapkan kepada sekalian yang tidak digelarkan sebagai guru tetapi menggalas peranan sebagai pengajar atau pendidik, sama ada secara langsung atau tidak.

  Dr. Burhanuddin al-Helmy pernah bertindak sebagai guru ketika beliau mengajar di Madrasah Al-Junaid di Singapura. Di dalam perubatan homeopati, beliau merupakan seorang Mahaguru. Beliau merupakan orang pertama yang mengajar homeopati secara sistematik serta mempunyai murid-murid yang hebat di bumi Malaysia. Murid-muridnya berjaya memimpin bahkan mengajarkan kepada lebih ramai murid dalam bidang berkenaan.

  Demikian sumbangan Dr. Burhanuddin al-Helmy sebagai guru. Dalam konteks yang lebih luas beliau adalah guru dalam mengajar politik bangsa dan kemerdekaan, dalam konteks memperjuangkan agama sebagai paksi perjuangan bahkan dalam mendaulatkan homeopati sebagai alternatif terbaik perubatan milik bangsa.

  Hari ini, negara Malaysia Merdeka sekali lagi menyambut Hari Guru, yang secara khusus merujuk kepada mereka yang bergelar guru dan mengajar ilmu di sekolah, tanpa menafikan peranan ramai lagi individu yang berperanan dalam penyampaian ilmu dan pendidikan (mengajar dan mendidik).

  Sementara itu, tema Hari Guru pada tahun ini (2012) ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Ini merupakan suatu tema yang menarik, besar dan memerlukan pemahaman yang mendalam.

  Sebelum seorang guru boleh diangkat menjadi guru inovatif, prasyarat awal ialah beliau juga harus merupakan seorang guru yang berwawasan, jauh visinya, terbuka fikiran terhadap sesuatu isu, dan harus kreatif dalam pendekatan, teknik P & P, malahan amat kreatif dalam segenap perkara dan penyelesaian takkala melayar bahtera sebagai seorang guru.

  Dalam terma pendidikan sekolah, guru inovatif dikatakan merujuk kepada guru yang dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan seumpamanya dalam usaha meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  Guru inovatif tidak wajar melakukan plagiarism atau copy & paste semata-mata. Beliau tidak harus dan tidak cukup hanya menjadi seorang peniru, sebaliknya boleh merekacipta atau membentuk sesuatu yang asli, atau menambahbaik terhadap sesuatu yang sudah sedia ada. Dalam ertikata lain beliau adalah pembaharu atau perubah yang positif dalam segenap aktiviti dan amalan, terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  Selain itu, apabila kita bercakap mengenai guru dan pendidikan, seorang guru juga harus mengamalkan refleksi dan kritik-kendiri dalam setiap kegiatan P & P, khususnya selepas berlaku pengajaran dalam kelas. Beliau sepatutnya merupakan seorang komunikator yang cemerlang dalam menyampaikan idea-idea yang kompleks sehingga mudah difahami oleh sekalian murid (atau sekalian pendengar).

  Tidak lupa jua, selain muhasabah diri, beliau harus adil dalam menilai dan menggred anak didiknya. Penilaian yang saksama tidak harus sembarangan dan dilepas pandang (overlook).

  Dalam arena pendidikan kebangsaan, guru juga dikatakan bertanggungjawab melakukan inovasi dalam konteks menterjemah kurikulum kebangsaan kepada pengajaran dan pembelajaran.

 

    Wa Llahu 'alam.

[09.30 pg., 16 Mei 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.