LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

KELANTAN BURU KEJAYAAN, PENYOKONG MASIH JAKUN

Admin:

 
2012

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

 

 

 

 

  Kejayaan Kelantan dalam arena bola sepak kebangsaan semakin menyerlah pada dekad terakhir ini. Namun tindakan segelintir penyokong Red Warriors di stadium tiap kali Kelantan bermain menentang pasukan lawan sungguh mengecewakan.

  Tindakan yang menampakkan kekampungan, kejakunan, tidak rasional serta dilakukan dengan mengikut emosi itu amat menyedihkan. Ini berlaku di Stadium Bukit Jalil juga sewaktu pasukan Kelantan melawan Sime Darby. Walaupun gol berjaya diperoleh menerusi sepakan penalti, tetapi mereka melaung, bertempik dan melontar objek menyebabkan sesetengah penonton lain merasa ketakutan.

  Demikian jugalah halnya apabila Kelantan menentang Terengganu untuk Piala AFC. Kejuaraan di peringkat Asia sedang diburu namun sikap sebilangan penyokong Red Warriors membalingkan pelbagai benda serta melempar mercun itu menunjukkan mentaliti mereka masih kekampungan. Ini merupakan perlakuan gedebe yang sama sekali tidak kena pada tempatnya.

   Dalam hal berkaitan, semalam, Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengulas, "Jangan terkejut jika kita terpaksa bermain di pusingan suku akhir tanpa penonton."

  Kenyataan dan ulasan Tan Sri Annuar itu dimuatkan dalam status Facebooknya mengenai hukuman yang bakal dikenakan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

  Beliau menyatakan kekecewaannya terhadap tingkah laku segelintir penyokong The Red Warriors yang membaling objek, mercun serta turut membawa bendera parti ketika perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu tempoh hari.

  Justeru, Tan SriAnnuar berkata, Kafa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar peraturan.

  "Balingan objek berlaku di hadapan mata komisioner perlawanan, Munem Fakhoury. Mengikut peraturan AFC denda USD5,000 (RM16,000) akan dikenakan bagi tiap satu objek dibaling.

  Tambah beliau lagi, "Jika ini berlaku, Kafa bukan sahaja akan kerugian RM200,000, tetapi kita terpaksa mengeluarkan duit lain untuk menanggung segala perbelanjaan pasukan pelawat. Ratusan ribu akan dibazirkan untuk perkara yang tidak berfaedah dan ini hanya akan mematikan Kafa."

  Demikian kemungkinan nasib Kafa dan skuad Red Warriors Kelantan. Pasukan sedang menempa nama, tetapi gelagat segelintir para penyokongnya yang disalut emosi dan perangai buruk di dalam stadium itu tidak membantu melainkan laungan, sorakan dan paluan gendang untuk menaikkan semangat pasukan sahaja.

  Sikap dan perangai ini sepatutnya sudah lama diubah. Seharusnya Tuan Guru mereka yang telah memimpin Kelantan selama lebih daripada dua puluh tahun itu boleh dijadikan contoh tentang bagaimana sepatutnya mereka bersikap sama ada dalam menghadapi kemenangan ataupun kekalahan.

  Wa Llahu 'alam.

[10.20 pagi., 27 Mei 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.