LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Ogos 2012

Hari Merdeka

Mati Pucuk

SMS Raya Dulu

SMS RAYA

Mr. Cook

Ofer Syawal

Salam Idul Fitri

Rawatan Online

Malam LailatulQadr

Obes Puasa

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme PerubatanSakit Kepala

Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

SMS RAYA 2012: KUTIPAN DRHATTA.COM (25/08/12)

Meskipun dalam tempoh seminggu raya, jarang site drhatta.com dikemaskini, tetapi banyak peristiwa berlaku dan seharusnya mendapat update setiap hari. Malangnya hanya dua kali sahaja kami sempat kemaskinikan dengan semata-mata menggunakan laptop dan original page daripada ftp (justeru pendrive yang mengandungi semua laman drhatta.com terjatuh daripada beg first-aid atau hilang).

  Alhamdulillah. Syukran kerana kami dapat berdepan dengan kalian lagi. Itupun kadang-kadang masih kuat interupsi menjelma menerusi sms yang bertanyakan mengenai masalah dan penyakit serta meminta bantuan remedi daripada konsultan HBI.

   Selepas berjaya mengenepikan semua gangguan itu, maka kini kami ingin memulakan kembali keindahan berinteraksi dengan rakan-rakan sekalian. Kali ini, kami ingin berkongsi maklumat mengenai "sms raya".

  Isu SMS (pesanan ringkas) turut timbul dalam sembang facebook (kami tak gunakan istilah Muka Buku kerana terjemahan itu teramat janggal dan ganjil) kerana ramai di antara kita yang "copy & paste" buat dihantar kepada teman-teman. Penghantaran yang tali-menali itu terlalu banyak sehingga tidak diketahui siapakah pemilik sebenar (atau penulis asal) pencipta ungkapan raya itu.

  Apapun, justeru tiada hakmilik di dalam penulisan SMS itu, tiadalah isu cetak rompak timbul. Namun tentulah lebih seronok jika kita tahu penulis asalnya, kerana ini menunjukkan orang berkenaan amat kreatif, pandai berbahasa, petah berbicara atau sentiasa melakukan inovasi dalam berbahasa.

  Daripada koleksi telefon drhatta.com - talian 013-9802991, ingin kami utarakan beberapa sms yang menarik dan sempat kami rakam itu.

  Seorang yang sudah agak lama menjadi kenalan dan sering menghantar sms raya ialah Dato' Yassin Noor. Selepas lama tak mendengar berita, beliau mengirim sms berikut: "Selagi hayat dikandung badan, Buat baik sesama insan, Ikut perintah Rasul dan Tuhan, Sebagai kita orang beriman! MaafZahirBatin. DYN sekeluarga. "

  Seorang lagi sahabat yang bernama Arifin menghantar sms berikut: Asslamualaikum. Yang cantik Bunga Raya, yang hebat Kaya Raya, yang jahat Hantu Raya, yang ramai Pasar Raya, yang kumpul Balai Raya, yang pilih Pilihan Raya, yang PERABIH Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

  Memang agak ramai yang hantar sms raya tahun ini seperti daripada Dr (H) Mukhtar Alwi MPHM, para guru, pelajar, pengedar HBI, rakan bisnes dan juga kenalan lama. Tetapi yang dapat kami muatkan di sini hanyalah yang menarik dari segi kata-kata dan mutu bahasa serta kandungan ucapannya. 

  Cikgu Aziz daripada Sarawak sudah lima tahun sentiasa tidak lupa menghantar sms unik beliau kepada drhatta.com. Kali ini ucapannya berbunyi: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H. Jambangan indah lagi berseri, Menjadi hiasan aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak lupa di hati. Mohon maaf andai terkasar bahasa dan tersilap bicara. Iklas drp...

  Seorang ahli keluarga sebelah ibu konsultan tiba-tiba menghantar sms ini. Dan justeru, kami telah menziarahi beliau di kota Bharu. Rupa smsnya hampir sama dengan mesej dalam artikel HBI sempena Aidil Fitri, iaitu berkaitan dengan fitrah. Daripada Che Hamdan Ahmad dan Che Nah: Slmt Hari Raya Idilfitri. Semoga kita meraikan kemenangan kembali kpd fitrah dgn kesyukuran dan kegembiraan. Kullu'am wa antum bikhair..."

  Dr. Kamaruddin Musa, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang merupakan sahabat dan kenalan rapat mengirimkan sms berikut pada tahun ini: Adatnya kehidupan menjarakkan kita... waktu dan daerah membataskan pertemuan antara kita... Namun ingatan tulus ikhlas, menjadi penghubung antara kita... Pertautan mesra di hari lebaran... Slmt Hari Rara Aidil Fitri ..Maaf Zahir & Batin drpd..

  Seorang sahabat C. Roslee, juga merupakan guru bahasa mengungkapkan kata-kata "Dengan rasa rendah diri, tangan dihulur tanda kekurangan diri selama ini. Moga ukhuwah ini akan kekal terjalin seadanya walau ada cacat dan cela. Ampun maaf tulus ikhlas..".

   Sms berikut datang daripada beberapa orang sahabat. Tentunya copy & paste tanpa tahu akan pemulanya. Tetapi asalnya tentu daripada Imam al-Ghazali. "Yang dekat itu MATI, jauh itu MASA, besar itu NAFSU, berat itu AMANAH, indah itu SOLAt, tajam itu LIDAH. Utk itu izinkan kami menyususn 10 jari memohon ampun & maaf utk tersilap kata dan perbuatan..." Terima kasih daripada drhatta.com kepada sahabatku sekalian.

  Kemudian ialah Guru pakar Matematik, C. Apandi yang kini berada di Kelantan, sempat mengirim sms ringkas lagi bermakna : "Gema takbir memuji Ilahi, Petanda bermula Aidilfitri. Sms dikirim pengganti diri, bukan nak lupa adat dan tradisi, tapi ikut teknologi terkini. Salam AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR BATIN." Dan sms itu disisipkan dgn alamat rumahnya sekali.

  Maaf kepada kawan-kawan kerana tak semua rumah sempat kami kunjungi. Tapi dengan balasan sms dan berkunjung di laman ini mudah-mudahan persahabatan kita tetap akrab.

  Rakan niaga Bio Prima Tech juga tidak lupa menghantar ucapan. Dipetik di sini: Selamat hri raya, selamat lepas raya, selamat dijalan raya, selamat duit raya. selamat rumah dri hantu raya, selamat jumpa keluarga tercinta, ziarah pusara, ziarah penjara, ziarah rumah org tua, ziarah anak yatim, ziarah rumah bakal mertua, he2..maaf zahir bthin...dri..

  Seorang pelanggan lama mengutus sms terbaru agaknya. Bunyinya begini: Jika langkah membekas lara, Jika kata merungkai dusta, Jika jelingan jadi bisa, Jika tingkah menoreh luka, Ampun dan maaf dipinta, Hapuskan dosa tanpa dikira, Agar sempurna sedia kala, Tiada prejudis tiada wasangka, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Di pagi mulia ini ana pohon kemaafan dari kalian semua, jangan lupa bayar fitrah pd perjuangan saja, hanya sedikit perubahan untuk merehatkan umno pru 13 ni anta semua mampu mengubahnya ... (kami tidak siar sepenuhnya). wassalam.

  Ucapan berikut datang daripada sanak saudara yang jauh, tetapi rasanya seperti pernah terima juga daripada seseorang pada tahun-tahun sudah. Bunyinya: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Muliakan insan ini, bahagiakan dia & keluarganya, murahkanlah rezekinya, kuatkanlah imannya, permudahkanlah segala urusannya & eratkanlah silaturrahim kami. Amin Ya Rabbal 'alamin. Salam Eidulfitri... Dengan sedikit perubahan tentunya.

  Seorang lagi yang mengirim sms dari no 011, agak-agak lupa siapa meskipun namanya disertakan, tapi raut wajahnya kurang pasti. Senyap x bererti HILANG, Diam x bererti LUPA, Jauh x bererti PUTUS... walau di mana kita berada, kita tetap sahabat, sejauh mana kita pergi, kita masih tetap junjung langit yang sama, Hamba pada NYA, mohon maaf jika ada khilaf dan salah, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN.

  Apabila kami membalas mesejnya dgn ucapan, beliau kemudian memberi respons bahawa beliau telah menerima 10 kali sms ucapan raya yang sama meskipun kami hanya menghantar sekali sahaja. Justeru beliau meminta kami semak bil takut-takut ini menjadi taktik syarikat komunikasi meraih untung berlipat ganda di musim lebaran kali ini.

  Antara mesej yang kami kutip dan ubahsuai buat menghantar kepada semua rakan-rakan (yang menerima sms raya tahun ini daripada drhatta.com) ialah yang asalnya kami peroleh daripada Dato' Jaafar, pakar motivasi, penasihat koperasi dan bekas pelanggan kami. Mesej asal daripada beliau berbunyi begini:

  " Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat makin tua, biar harta makin tiada, biar akal makin berusia, biar jauh lama tak jumpa, JANGAN tergadai Silatur Rahim antara kita, Jika ada terlanjur bicara tingkah yang sumbang menyentuh di jiwa, sepuluh jari disusun maaf dipinta sempena Ramadhan yg kian menyepi, Lebaran mulia bakal menjelang. Ikhlas dari dato..

  Dan daripada rakan serta sahabat lama yang, juga merupakan juri tetap Pentas Pilih Kasih (Rancangan Siaran Langsung TV2, bersama penerbit dan pelakon Rosyam Nor) iaitu Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, yang lebih dikenali sebagai Hassan Hayastani, sms raya unik daripada beliau ialah:

  "Sudah telah

   Berpuluh daerah aku jelajahi

   Beratus kampung dan kota aku lintasi,

   Beribu batu lorong dan jalan aku lalui,

   Berjuta orang aku temui,

   Dari sehari ke sehari

   Hup! Di 1 Syawal

   Akhirnya aku temui

   Dirimu yang aku cari

   Untuk ucapkan kata kasih ini

   SALAM AIDIL FITRI.

   Maaf Jasmani dan Batini"

            - Dari Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan famili.

  Sebelum diakhiri tulisan ini, akhirnya ialah sms daripada seorang Imam dari Sg. Udang, pun sahabat lama dan baik sekali. Bunyi sms itu antara lain "Indahnya langit kerana awan, indahnya laut kerana kebiruan, indahnya muslim kerana ketakwaan, indahnya I'dulFITRI kerana kemaafan. SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin".

     Semoga intisari tulisan ini menarik dan menjadi panduan menjalani masa depan maupun buat menulis sms di tahun hadapan.

   Salam 'idul fitri buat kalian. WaLlahu a'lam bi ssawab.

 

Konsultan drhatta.com / 7 Syawal 1433 H.

 

 

 

   

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

(advertisement)

"BIG OFFER"

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

 

 

 

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.