LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Ogos 2012

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme Perubatan

Sakit Kepala Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

Pengamal Tidak Kenal Paulinia Sorbilis (01/08/12)

Kira-kira 15 tahun yang lalu saya masuk ke pusat  pengimport remedi homeopati yang utama berpusat di Kota Bharu, iaitu Perubatan Homeopathy Mulia.

  Saya bertanya kalau-kalau ada bekalan Paulinia Sorbilis. Kebetulan pula pada waktu itu ada dua orang pengamal homeopati daripada Singapura berkunjung ke pusat itu. Mereka kehairanan mendengar nama itu.

  Saya bertanya, "Tuan tak pernah bertemukah dengan remedi homeopati bernama Guarana?"

  Keduanya menggelengkan kepala. "Guarana? Adakah ubat homeopathy yang bernama begitu?" soalnya pula.

  "Ada." Saya menjawab. "Cuba tuan buka buku Materia Medica Boericke dan semak nama Paulinia sorbilis."

  "Ya ke? Saya tak pernah dengar remedi seumpama itu. Nanti balik esok, saya periksa"

  Kami berkenalan, namun saya pun sudah lupa siapa nama pengamal homeopati dari Singapura itu. Yang terdetik dalam benak fikiran saya ialah, "bagaimana dalam komuniti homeopati di Malaysia ini, tiada yang tahu tentang Paulinia sorbilis? "

  Bukan itu saja. Bahkan apabila saya bertanya kepada pembekal-pembekal remedi homeopati lain di Malaysia, tiada seorangpun mengenali maupun pernah mengimportnya. Ini menhairankan saya.

  Dan inilah remedi herba atau homeopathy yang saya ingin bicarakan kali ini.

  Sememangnya Guarana terkenal di serata dunia. Ia merupakan penawar dalam bentuk herba yang mengandungi kafein. Di peringkat antarabangsa, ia terkenal sebagai pembantu bernilai buat meningkatkan tenaga.

  Di samping itu, justeru kemampuannya untuk memecahkan dan mengguna lemak bagi menghasilkan tenaga, penawar Guarana juga telah digunakan bagi tujuan mengurangkan berat badan.

  Meskipun Guarana telah dipopularkan lebih awal lagi daripada tahun-tahun 1990an di Malaysia sebagai penawar herba, tiada siapa mengetahui atau pernah mempromosinya sebagai penawar homeopati.

  Sementara itu, kerana potensinya membekalkan tenaga bagi tempoh 8 jam, Guarana pernah digunakan sebagai remedi penambah tenaga bagi pemain bola sepak Kelantan. Betul atau tidak, itulah yang pernah diceritakan kepada saya oleh promoternya pada waktu itu.

  Selain dimasyhurkan di Malaysia, Guarana juga telah digunakan oleh kebanyakan atlet atau pemain sukan di peringkat antara bangsa bagi meningkatkan prestasi, menambahkan kekuatan output dan tingkat tenaga. Di dalam keterangan dalam penggunaannya, ia dikatakan boleh meningkatkan fokus dan konsentrasi atlet.

  Saya dan keluarga telah mengguna herba Guarana ini sejak hampir 20 tahun dan memang dirasakan sekali akan kesannya. Bahkan hingga sekarangpun kami masih menggunanya, terutama bila terasa keletihan atau ketika akan memandu kereta bagi jarak yang jauh.

  Atas sebab itu, saya turut menyarankan juga kepada pengguna untuk mengguna produk ini kerana keberkesanannya. Hanya di Malaysia, ia digunakan dengan nama komersil seperti Sakti-Na, Guarana dan sebagai campuran dengan pelbagai jenis kopi lain. Dan sehingga hari ini masyarakat mengenalnya sebagai penwar herba.

  Saya amat percaya, sekiranya maklumat ini diketahui, di mana Guarana merupakan penawar homeopati juga, maka pastinya akan lebih rancak iklan oleh pengeluar produk ini, yang sehingga waktu ini dipromosikannya sebagai produk MLM.

  Di dalam homeopati, bagaimana pula keterangan dan pengambilannya?

 Agak berbeza daripada yang dipromosikan oleh pengedar Guarana, Paulinia disarankan bagi digunakan untuk sakit kepala tertentu. Ia dikatakan baik buat pesakit yang sakit kepala, yang telah berlebihan mengguna teh dan kopi ataupun sakit berdenyut-denyut selepas minum (arak).

  Ia juga boleh digunakan untuk kes kolera, atau yang najisnya keluar lancar, mengandungi darah, berwarna hijau muda, serta tidak berbau. Untuk masalah kulit urtikaria. Juga baik bagi mereka yang merasa teramat mengantuk serta rasa berat kepala (seperti Dulcamara) dan mukanya pula merah selepas makan.

  Mungkin penawar ini tidak diambilguna secara sepatutnya justeru disarankan oleh Boericke supaya diambil dalam dos herba. Ia seharusnya diambil sebanyak sekurang-kurangnya 900mg bagi setiap dos.

  Meskipun penggunaannya tidak disebut dalam materia medika homeopati sebagai penambah tenaga. Namun saksi daripada mereka yang sakit, termasuk dalam kes lumpuh stroke, menunjukkan keberkesanannya dalam memberi kekuatan tenaga.

  Justeru, saya sarankan penggunaannya bagi tujuan yang tersebut.

  Salam puasa. Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat, sihat wal 'afiat serta dapat meneruskan ibadah puasa untuk hari ini.

 

drhatta.com / 13 Ramadhan 1433 H.

 

 

 

   

 

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 (advertisement)

 

"BIG OFFER"

Harga: RM12.00 shj.

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

“Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.