LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Ogos 2012

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme Perubatan

Sakit Kepala

Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

Materialisme Perubatan Barat (07/08/12)

Saya telah menulis sebuah artikel separa lengkap mengenai perubatan Barat atau modern yang pada asasnya bersandarkan kepada faham materialisme. Malangnya, pendrive yang memuatkan bahan itu telah dijangkiti virus dan menyukarkan saya untuk menulisnya kembali.

  Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menulis sedikit tentang perubatan Barat dan masalah materialismenya.

  Semua mereka yang mempelajari perubatan Barat, secara tidak langsung mempunyai pemikiran materialisme. Sekalipun mereka kuat beragama, tetapi penafsiran terhadap konsep tertentu adalah bercirikan materialisme.

  Hal ini berlaku kerana mereka mendapat pendidikan perubatan dengan menerima segala apa yang disampaikan tanpa mencerakinkan dengan aqal dalam perkara-perkara yang telah ditafsirkan oleh Barat. Meskipun kata mereka, mereka percaya dengan Islam dan perkara-perkara rohani (kerana mereka ingat/fikir perkara berhubung dengan yang ghaib dan alam roh hanya wujud apabila membicarakan soal agama), namun kata-kata itu tidak dijelmakan di dalam pernyataan lisan maupun perbuatan mereka.

  Justeru, apabila dihadapkan kepada mereka kaedah perubatan alternatif atau tradisional, mereka secara terus terang membidas dengan mengatakan kaedah dan kesembuhannya sukar diterima. Dengan mudah mereka merumuskan tiada bukti bahawa rawatan itu berkesan, sama ada ianya perubatan Islam, herba, akupunktur, chiropractic, refleksologi, apatah lagi homeopati.

  Jawapan seperti ini juga pernah saya dengar di dalam Radio IKIM sendiri. Di dalam suatu siaran soal jawab perubatan, seorang pendengar memaklumkan mengenai penyakit beliau yang berjaya disembuhkan dengan rawatan tradisional. Kesan daripada itu, beliaupun telah turut mempelajari seni perubatan tradisional tersebut.

  Jadi apabila doktor itu ditanya pendapatnya, beliau terus menjawab bahawa perkara seperti itu mungkin saja boleh berlaku, tetapi tiada bukti saintifik rawatan itu berkesan dan membawa kepada kesembuhan. Jadi pengguna rawatan juga disaran supaya mempercayai sistem rawatan yang beralaskan fakta yang sahih, iaitu perubatan modern.

  Doktor itu memberi pandangan mengenai ilmu yang di luar bidangnya, kaedah pembuktian mungkin tidak melalui proses pembuktian seperti dalam ilmu perubatan moden. Kerana itu ia disangsikan. Sekadar memberi pandangan, okey. Tetapi membuat generalisasi terhadap kaedah yang di luar bidang pengetahuannya adalah suatu hal mengaibkan.

  Perubatan modern yang berasaskan materialisme hanya mahukan bukti yang boleh dilihat, didengar, benda itu berwarna, dapat diraba dengan deria, diuji dalam makmal, atau secara lebih mudah ia bersifat kebendaan, yakni material.

  Jika anda mengatakan sakit pesakit itu disebabkan oleh rasukan, jin, syaitan, buatan orang atau seumpamanya, semua itu tidak dapat diuji di makmal atau boleh dibuktikan melalui mikroskop atau mesin x-ray, ia sudah di luar bidang kedoktoran. Sebagai doktor, mereka akan diam, tidak akan memberi sebarang komen atau kalau terpaksa mereka akan menyatakan perkara itu mustahil.

  Mengapa? Kerana semua punca yang disebut anda itu bukan benda, bukan material dan tidak boleh dikaji. Seorang doktor lulusan Barat (tanpa pegangan agama yang kuat dan mempercayai unsur metafizik ada dalam setiap bidang ilmu) akan memberikan rumusan sama ada pesakit itu berpenyakit, atau tiada penyakit ataupun tidak tahu. Mereka tidak akan melibatkan diri dalam sebarang kepercayaan maupun unsur-unsur yang bersifat ghaib.

  Bagi seorang doktor yang pegangan asasnya berpandukan apa yang disebut sebagai saintifik atau dipermudahkan sebagai evidence-based, mereka mahu melihat penyakit itu disebabkan oleh benda-benda yang material seperti: disebab oleh serangan mikrob, organ atau sistem tubuh tidak berfungi, kemalangan, kesilapan surgeri atau sebarang alasan yang bersifat fakta kebendaan sahaja.

  Anda tidak boleh mempertahankan secara evidence-based jika sekadar mengatakan sakit itu disebabkan oleh kelemahan vital force, ketidak-seimbangan mineral, kekeliruan mental, gangguan kejiwaan atau diganggu makhluk halus, malahan suatu waktu dahulu kesilapan pemakanan pun seakan mustahil dijadikan sebab.

  Sebab itu, kematian dimaknakan dengan mudah dan hanya dari sudut materialistik dalam amalan perubatan Barat. Yakni makna dari sudut biologi semata-mata, seperti berakhirnya kehidupan atau apabila terhentinya denyutan jantung, ataupun bila dikemaskini definisinya diertikan semula menjadi "terhentinya semua fungsi vital tubuh secara kekal".

  Jika boleh dipetik definisi daripada Persatuan Perubatan Amerika (1980) dan Persatuan Peguam Amerika (1981), definisinya keras berbunyi:

"An individual who has sustained either (1) irreversible cessation of circulatory and respiratory functions, or (2) irreversible cessation of all functions of the entire brain, including the brain stem is dead. A determination of death must be made in accordance with accepted medical standards."

(http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=33438)

  Saya katakan keras definisinya justeru kematian itu "irreversible". Dalam ertikata lain, tidak mungin kembali hidup. Apa lagi jika sudah menjadi debu dan tanah, tentu lagi pasti tak mungkin kembali hidup dalam kamus atau fahaman kaum materialistik.

  Bukan memperkecilkan perubatan Barat justeru kemajuan sistem ini sudah terlalu jauh. Tetapi membuat rumusan berasaskan ilmu perolehan kebendaan Barat sahaja adalah suatu kekhilafan dan memperlihatkan kesombongan hamba Allah terhadap Penciptanya.

  Dr. Hahnemann sendiri, seorang pengamal perubatan Barat yang menemui sistem perubatan homeopati memperakui peranan kuasa lain dalam menentukan tahap kehidupan insan.

  Lantas di dalam Organonnya, beliau menyatakan:

"The material organism, without the vital force, is capable of no sensation, no function, no self-preservation1, it derives all sensation and performs all the functions of life solely by means of the immaterial being (the vital principle) which animates the material organism in health and in disease."

1 It is dead, and only subject to the power of the external physical world; it decays, and is again resolved into its chemical constituents.

  Atau: "Tanpa tenaga hayat, jasad manusia tidak dapat merasa, melaksanakan fungsi, dan mempertahankan diri, justeru semua itu hanya terhasil menerusi kehadiran tenaga hayat (vital force) yang mendiami manusia sama ada semasa sihat maupun sakit."

(Organon, para 10)

  Ini merupakan perakuan Dr. Hahnemann berkaitan dengan kewujudan sesuatu yang ghaib. Unsur ghaib atau roh dikatakan tunjang tempat menumpangnya apa yang disebutkan sebagai tenaga vital, walaupun pengamal homeopati non-muslim enggan menafsirkannya dalam ertikata perhubungan dengan kewujudan roh.

  Keengganan itupun adalah kerana mereka tidak ingin berdepan dengan hakikat kepercayaan kepada yang ghaib yang ditolak dalam amalan perubatan arus perdana yang dipelopori oleh materialisme Barat.

  Dijelaskan oleh Dr. Hahnemann di dalam nota kakinya bahawa, "tanpa tenaga hayat, manusia akan mati dan reput. Pada waktu itu manusia hanya merupakan mayat yang bergantung kepada kuasa dunia fizikal yang eksternal".  

  Jika seumpama inilah (seperti Hahnemann) definisi yang diberikan oleh mana-mana perubatan alternatif (Ayurveda, Akupunktur, Herbalisma), maka semua itu adalah seiring dengan pandangan homeopati dan Hahnemann. 

  Dengan itu juga dasar sistem perubatan mereka tidak bersifat evidence-based seperti homeopati juga. Dan sampai kapankah bukti ini boleh diterima dunia jika sandaran kehidupan dan kematian, sihat dan sakit di dalam perubatan alternatif bertitik tolak daripada roh, tenaga hayat, chi, prana atau apa saja yang bukan benda?

  Sempena Ramadan yang mulia ini, tulisan ini ditulis buat renungan bersama. Ambil yang baik dan benar, serta buang yang buruk dan palsu. 

    Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat, sihat wal 'afiat serta salam ramadan yang ke sebelas.

 

Konsultan drhatta.com / 18 Ramadhan 1433 H.

 

 

 

   

 

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

(advertisement)

"BIG OFFER"

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

 

 

 

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.