LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Oktober 2012

Penawar Chili

Kalendar Cuti PRU

Kelantan Juara

Bantah AES

Handfon Ke Sekolah?

Seminar Homeopati

Impak Hi-Fos

PMR Bermula

Angin Pasang

Pelajar Berhenti Belajar

Terkaya Di Malaysia

Perginya Dr.Nik

Sept 2012

Intipati Bajet 2013

Transform Bajet

Tuntutan Cuepacs

Rang U2 PTK

J.Hunt Sokong Homeopati

Hakikat Penawar

Testimonial Produk

Berhutang

Servis HBI Terbaik

Tukar Ubat

Harga Promo IQ

UPSR 2012

Servis Pelanggan

Kejayaan Orang Asli

Hanafiah Yunus

Timeline Homeopati

Ogos 2012

Hari Merdeka

Mati Pucuk

SMS Raya Dulu

SMS RAYA

Mr. Cook

Ofer Syawal

Salam Idul Fitri

Rawatan Online

Malam LailatulQadr

Obes Puasa

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme PerubatanSakit Kepala

Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

Baikkah AES? Dan Baikkah Membiarkan Jenayah Lain Berleluasa?  (20/10/12)

  Laporan Berita Harian menyatakan bahawa belum pun sampai sebulan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan tetapi pelbagai rungutan dan luahan tidak puas hati terhadapnya sudah bertalu-talu kedengaran.

  Dikatakan pengguna jalan raya merungut terhadap pelaksanaan AES kerana ia dilihat seolah-olah hendak membebankan mereka. Malah wujud persepsi kononnya ia antara usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perbelanjaan menerusi wang saman yang dibayar oleh pesalah lalu lintas yang dirakam sistem AES.

  Kita percaya pihak berkuasa mempunyai niat murni untuk mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas, khususnya supaya pengguna mematuhi arahan lampu isyarat dan tidak memandu melebihi kelajuan ditetapkan.

  Namun, nampaknya hasrat itu tidak sampai kepada golongan sasar. Pertama, pelaksanaan AES seperti tidak diberi publisiti meluas oleh pihak JPJ khasnya di dalam media elektronik dan media cetak.

  Jika diselidik, maklumat mengenai AES hanya dimuatkan di dalam laman web JPJ saja tetapi ia tidak diuar-uarkan di dalam televisyen kecuali disiarkan dalam slot berita pada hari ia dilancarkan. Apakah ini mencukupi sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya?

  Justeru, timbullah cadangan supaya sistem itu ditangguhkan buat sementara waktu sementara menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai matlamat AES dilaksanakan.

  Kami menyokong cadangan di atas kerana tanpa informasi yang jelas ia boleh menimbulkan salah faham yang besar sehingga menyebabkan orang ramai marah dan mempersoalkan langkah baik yang diperkenalkan kerajaan itu.

  Semua rakyat harus difahamkan benar-benar bahawa tujuan utama AES ialah untuk mendidik mereka supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas bagi mengurangkan risiko kemalangan. Peruntukan yang lebih besar harus dikeluarkan bagi mecapai hasrat ini.

  Tidakkah laporan tentang meletusnya ratusan penunjuk perasaan demonstrasi membantah dan mahu AES ditangguhkan di Ipoh semalam merupakan suatu petanda yang tidak baik ataupun kurang sesuai buat waktu ini?

  Bukan itu sahaja. Rakyat juga menuntut pihak berkuasa membuat penguatkuasaan seragam terhadap banyak kesalahan-kesalahan lain yang semakin berleluasa.

  Kes-kes kecurian, ragut, rompak, pecah rumah, rasuah, penipuan wang secara elektronik dan seumpamanya semakin berleluasa. Ini belum termasuk kes-kes rogol, zina, dan bunuh. Apakah tindakan pihak berkuasa bagi mengurangkan aktiviti buruk yang sedang meningkat itu? Apakah ada suatu sistem yang serupa dengan AES?

  Kami juga turut berdukacita apabila konsultan kami pulang ke Kota Bharu pada 17 Oktober baru-baru ini. Hanya berada di Kota Bharu untuk tempoh selama 12 jam, bermacam-macam cerita didengar mengenai keadaan yang tidak selamat di sana.

  Seperti di tempat-tempat lain, di Kota Bharu juga telah berlaku banyak kes ragut, kecurian, pecah rumah dan sebagainya. Katanya, pulang saja di rumah, beliau dimaklumkan motosikal anak saudaranya dicuri.

  Ketika pergi menziarah saudaranya yang sakit, beliau mendapat maklumat, kereta saudaranya baru saja dicuri. Beberapa hari sebelumnya, lembu yang hendak digunakan untuk 'korban' Hari Raya Aidil Afha juga dicuri orang.

  Katanya, "Apakah yang telah berlaku dengan masyarakat kita hari ini?"

  Apabila perkara itu diperbualkan dengan seorang peniaga berbangsa China Kelantan, peniaga itu mengatakan, "Kelantanpun sudah tidak serupa dulu. Mana-mana ada jenayah. Curi, ragut, tembak orang (kebetulan sehari sebelumnya ada tembak-menembak di sebuah stesen minyak di Kota Bharu)."

  "Apa yang kerajaan buat dengan penjenayah yang mencuri dan merompak itu? Kalu dia menghisap dadah, tahanlah lama-lama jangan bagi keluar. Ini macam tak ada tindakan apa-apa?" keluh peniaga di Kedai Ubat Tradisional China itu.

  Kami masukkan berita ini sebagai menyatakan rintihan masyarakat terhadap persekitaran yang mengelilingi mereka sahaja.

  Maknanya. rakyat sekarang bukan saja dibelenggu oleh ketakutan saman akibat AES yang menyebabkan ramai pengguna jalan raya fobia. Tetapi mereka juga dibelenggu rasa takut oleh kurangnya penguatkuasaan perbuatan jenayah yang lain.

  Mereka takut diragut, takut dirompak, takut dilanggar mat rempit, takut anak atau adik-beradik mereka menjadi penagih dadah atau mangsa pengedar dadah, takut anak mereka ke sekolah diculik oleh penculik yang mengguna teknologi canggih.

  Tuntasnya, macam-macam rupa ketakutan yang mereka alami hari ini.  Bahkan mereka takut kalau anak-anak mereka terjebak ke dalam kes-kes jenayah yang seolah-olah dibiarkan atau diselamatkan oleh sistem perundangan yang ada.

  Sekadar itu bicara kami... selepas beberapa hari tidak online justeru modem kami dipanah petir.

  Kami perlu komen dan saranan tuan-puan yang sentiasa berada di jalan raya. Sampaikan apa yang terbuku di hati. Buatlah sesuatu jika inginkan pembaharuan.

  Sekian.  WaLlahu a'lam.

 

 

Konsultan drhatta.com / 4 Zulhijjah 1433 H.

 

 

 

   

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

(advertisement)

"BIG OFFER"

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

 

 

 

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.