LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Sept 2012

Tuntutan Cuepacs

Hakikat Penawar

Testimonial Produk

Berhutang

Servis HBI Terbaik

Tukar Ubat

Harga Promo IQ

UPSR 2012

Servis Pelanggan

Kejayaan Orang Asli

Hanafiah Yunus

Timeline Homeopati

Ogos 2012

Hari Merdeka

Mati Pucuk

SMS Raya Dulu

SMS RAYA

Mr. Cook

Ofer Syawal

Salam Idul Fitri

Rawatan Online

Malam LailatulQadr

Obes Puasa

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme PerubatanSakit Kepala

Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

Servis Pelanggan Terbaik: Pengalaman HBI (16/09/12)

Selamat Hari Malaysia! Bermulanya diskaun 10% dari Harga Promo bertarikh 13/9/2012.

  Hari ini kami hidangkan sebuah atikel yang ditulis selepas seorang daripada anggota keluarga kami mendapat servis buruk (tidak cekap) melanggan produk kesihatan daripada sebuah syarikat besar dunia yang mempunyai cawangan di Malaysia. Dalam tempoh dua bulan, penghantaran barang yang dibeli masih belum diterima.

  Dalam tempoh itu, banyak alasan diberi termasuk salah alamat, kurier silap hantar, sudah dihantar kali kedua tetapi masih tak sampai, pengedar berada di luar negara dan tak boleh urus, bahkan seribu satu alasan yang menunjukkan pihak yang berkenaan tidak fokus kepada bisnes atau tidak menjadikan pelanggannya RAJA dalam melariskan jualan.

  Ia bertujuan sebagai peringatan kepada semua usahawan atau peniaga ataupun pengedar yang benar-benar serius ingin terlibat dalam bisnes dan memberi servis terbaik kepada pelanggan. spt. (paling cepat, paling santun, menepati janji)

  Sebelum tip-tip diberikan (bahkan sebenarnya banyak tip boleh didapati dalam internet), di sini ingin kami utarakan pengalaman (rekod) kami selama sepuluh tahun mengurus bisnes online.

  Apabila konsultan kami tidak lagi menjadi konsultan sebuah syarikat herba yang mengeluarkan produk homeopati, kami telah mengeluarkan dua produk untuk memberi saingan yang sepadan dengan syarikat induk berkenaan.   Produk itu ialah Active IQ dan Homeo-ABC.

  Produk ini sangat berkesan dan boleh dibuktikan daripada koleksi testimonial yang diberikan oleh pengguna. Namun pada peringkat awal, produk ini agak sukar dipasarkan.

  Ini berlaku walaupun ia telah diiklankan (secara kecil-kecilan) di dalam akhbar Harakah dan edaran setempat. Tetapi dalam tempoh enam bulan pertama, ia sudah mendapat sambutan  kerana tiga faktor:

  Pertama: Pengalaman khidmat rawatan (klinik - sejak tahun 1995) dan iklan online yang dimulakan oleh konsultan dan HBI sejak tahun 1999.

  Kedua: Kesan penulisan buku-buku homeopati konsultan (ketika itu sudah tiga buah diterbitkan)

  Ketiga: Kesan pengiklanan oleh syarikat herba yang telah melantik konsultan sebagai perumus formula pil minda Hi-Q ketika itu.

  Apabila kami membuat urusan penghantaran melalui Pos Malaysia, kami juga berdepan dengan masalah. Satu ialah masalah pembungkusan yang mesti kemas menggunakan kertas tertentu sahaja. Dua, penghantarannya lambat meskipun kami menggunakan pos laju atau ekspres.

  Apabila seorang pekerja syarikat City Link Express (M) Sdn Bhd menawarkan pakej menarik dengan cara membuka akaun dengan City Link, peluang itu kami ambil. Lantas bermulalah sistem iklan dalam paper dan promosi internet HBI serta kurier servis HBI yang cekap.

  Mulai tahun 2003, kami memulakan prinsip berikut:

1. Setiap tempahan atau selepas bayaran, kami tetapkan 2 hari maksimum untuk membuat penghantaran (melainkan stok dalam proses, di mana kami maklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu).

2. Penghantaran dengan kurier ditetapkan sampai kepada pelanggan tidak lebih daripada 2 hari. Jika kami dimaklumkan pelanggan masih belum menerima selepas 3 hari, maka kami akan menghubungi pihak kurier dan menyemak serta menjejak no. siri penghantaran.

3. Bagi kes-kes di mana pembeli memerlukan barang dengan cepat, sebaik sahaja kami kurier barang pesanan, kami akan terus smskan no doket atau resit kurier. (bahkan, ada pembeli yang ingin ambil sendiri barang kerana urgent).

4. Semua produk kami diisi dengan kandungan minimum. Justeru, jika (contohnya Active IQ) bilangan tablet kurang daripada 120 biji, kami akan memberi percuma produk jenama itu kepada pelanggan.

5. Demikian juga, jika produk itu rosak sebelum tempoh tarikh luput seperti tertera pada label botol, pelanggan boleh pulangkan dan kami akan menggantikan produk itu dengan percuma.

6. Kami juga menyediakan servis selepas jualan sama ada berkaitan dengan aduan produk ataupun membantu menyelesaikan masalah pesakit yang tidak dapat dipenuhi oleh produk yang dibeli. (maknanya, khidmat konsultasi dan rawatan berjalan serentak.)

7. Sejak dari awal memperkenalkan produk HBI, kami mengamalkan diskaun yang tinggi kepada pengedar dan pengedar tidak dibenarkan menjual kurang daripada harga yang ditetapkan per botol. Kaedah ini berjaya menghalang kegiatan potong trip di antara pengedar.

8. Kami adalah satu-satunya syarikat pengeluar produk homeopati yang tidak mengenakan caj kurier (atau yang mengenakan caj kurier minimum dalam kes-kes tertentu) kepada pelanggan. Jika pelanggan mendapat harga diskaun sebanyak RM9.00 (asalnya RM12,00) kerana membeli dalam kuantiti 20 botol, maka caj keseluruhan ialah RM180.00 sahaja.

9. Kami juga telah mengamalkan pemberian hadiah kepada pengedar atau pengguna akhir ketika masa-masa promosi seperti pen, t-shirt, buku dan sebagainya.

  Pada waktu ini, kami masih memberi buku Tip-tip Motivasi Dan Minda secara percuma bagi setiap 10 botol produk yang dibeli. Dan bagi pengedar pertama yang memesan 100 botel, mereka diberikan beg HBI.

  Pemilihan pemberian buku Tip ini adalah paling unik di Malaysia kerana ia tidak boleh ditiru oleh mana-mana pengedar. Buku ini ditulis sendiri oleh konsultan kami dan berguna kepada pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat atau mengamalkan tip-tip sihat memperkasa minda atau memotivasikan semangat dalaman.

  Beg diberikan supaya senang bagi pengguna, khususnya pengedar menyimpan produk kami yang bersifat ringan, kecil dan mudah dibawa (portable).

10. Kami mengamalkan prinsip telus dan transparen. Kandungan di dalam botol dan warna penawar boleh dilihat daripada luar dan botol yang digunakan pula selaras dengan botol digunakan oleh farmasi. Transparen dan telus produk ini selaras dengan ketelusan dalam amalan pengurusan syarikat yang sedia melayan apa sahaja persoalan pengguna.

11. Motif pengeluaran produk adalah untuk memenuhi keperluan semua pengguna dan mampu dibeli oleh semua. Kerana itu juga, harganya tidak pernah dinaikkan meskipun produk ini sudah hampir 12 tahun di pasaran.

12. Keutamaan kepada pengedar sebagai ganjaran usaha mereka memperluaskan penggunaan produk homeopati di kalangan pengguna dihargai dengan memberi diskaun yang tinggi dan mencukupi. Ini penting supaya mereka mendapat pulangan setimpal terhadap kos dan tenaga yang mereka keluarkan bagi memasarkan produk ini.

  Akhirnya, kami memegang dasar agar kita harus sentiasa kemaskini dari segi maklumat dan servis kita. Kita tidak harus ketinggalan, terutamanya dalam menyampaikan maklumat secara virtual yang merupakan budaya generasi abad ini.

  Di dalam kedua-dua alam ini, maklumat kita harus seragam. seperti juga apabila kita bicara mengenai rohani dan jasmani, ciri-ciri atau rupa positifya harus terserlah dalam kedua-dua atau semua segi.

  Umpamanya, bagaimana kita hendak memaklumkan bahawa penawar ini bertenaga dan berkuasa menyembuhkan tetapi pada waktu sama ianya tidak mengandungi dadah?

  Betul kebanyakan orang tahu bahawa penawar homeopati tiada dadah. Tetapi tidak semua orang tahu. Kerana itu, kami iklankan di dalam fliers "Ini produk homeopati. Berpotensi tetapi tiada kandungan bahan aktif fizikal. Guna mengikut arahan pengamal".

  Berpotensi bermakna produk itu memberi kesan sebagaimana tertera pada label botol dan prinsip homeopati (meskipun tidak evidence-based). Tiada bahan aktif fizikal bermakna tiada unsur bahan aktif atau unsur negatif dadah.

  Hal ini kami maklumkan pada label atau fliers. Tetapi penyampaian dari semasa ke semasa juga dibuat di dalam laman web drhatta.com atau homeolibrary.com. Ini perlu dilakukan kerana persoalan kemampuan kerja penawar homeopati adalah persoalan yang rumit.

  Bagaimana pula anda akan menerangkan keadaan penawar di atas? Apakah ia bermaksud penawar homeopati ini suatu plasebo semata-mata?

  Ini adalah persoalan lain yang sentiasa diperdebatkan di mana-mana, namun akan kami kupaskan dari masa ke semasa kemudian nanti.

  Untuk hari ini, sempena HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER, pengedar baru yang memesan produk kami akan mendapat diskaun lagi 10% daripada harga yang tertera. Tarikh promo ini hanya akan berlangsung selama seminggu.

  Sekian. Salam homeopati. WaLlahu a'lam.

 

Konsultan drhatta.com / 29 Syawal 1433 H.

 

 

 

   

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

(advertisement)

"BIG OFFER"

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

 

 

 

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.