LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jom Support the Site: Bisnes & Testimonial   "Pengedar Utama"    

 

 

Sept 2012

Intipatibajet2013

Transform Bajet

Tuntutan Cuepacs

Rang U2 PTK

J.Hunt Sokong Homeopati

Hakikat Penawar

Testimonial Produk

Berhutang

Servis HBI Terbaik

Tukar Ubat

Harga Promo IQ

UPSR 2012

Servis Pelanggan

Kejayaan Orang Asli

Hanafiah Yunus

Timeline Homeopati

Ogos 2012

Hari Merdeka

Mati Pucuk

SMS Raya Dulu

SMS RAYA

Mr. Cook

Ofer Syawal

Salam Idul Fitri

Rawatan Online

Malam LailatulQadr

Obes Puasa

Menangani Gastrik

Batuk Kebal Materialisme PerubatanSakit Kepala

Demam

Tanggapan Puasa

Vaksinasi HPV

Paulinia Sorbilis

Julai 2012

Takut Hantu

Obstruction

Alfalfa Berkesan

Mengatasi Letih

Diserang Gastrik

Bonus Raya

Pantang Ubat Dan Herba Cirit

Cirit & Isu Ubat

Cirit-birit

Selsema Siang

"Salam Ramadan"

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

Transformasi Bajet 2013: Berjayakah? (28/09/12)

Baru sahaja sekejap tadi kita mendengar pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak sama ada secara langsung di Parlimen ataupun melalui siaran televisyen dan radio.

  Justeru pilihanraya ke 13 begitu hampir, sudah tentulah kita menjangka ini merupakan suatu bajet penting dan besar maknanya bagi pihak kerajaan dan rakyat yang menanti. Sesuai dengan tujuan bajet kali ini, kerajaan Barisan Nasional telah memilih tema "DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

  Meskipun begitu banyak insentif, peruntukan, perubahan percukaian dan pemberian dimasukkan ke dalam bajet kali ini, tetapi kami hanya ingin menyentuh tiga perkara sahaja.

  Pertama, ialah YB Perdana Menteri telah mengejutkan sekalian ahli dewan dan rakyat Malaysia dengan mengenakan pakaian berbaju Melayu serba hijau. Apakah ini bayangan kepada suatu transformasi atau Putrajaya bakal berubah warna?

  Seperti yang kita sedia maklum, warna hijau itu lebih sinonim dengan lambang PAS. Bukan sahaja sesetengah jabatan kerajaan dilarang menggunakan latar belakang ataupun pakaian berwarna hijau (yang terlalu menyerlah), bahkan Ketua Menteri Melaka sendiri pernah melarang warna seumpama itu dipakai baik dalam upacara rasmi maupun sebagai pakaian di sekolah.

  Persoalannya, apakah BN, khususnya UMNO sudah tidak fobia lagi dengan warna seteru politiknya? Agak mustahil, kerana semua wakil rakyat yang lain masih tidak yang berani mengenakan warna tersebut. Hanya PM sahaja.

Dato' Sri Najib ketika pembentangan bajet 2012 dan bajet 2013. Sudah berlaku transformasikah?

  Kedua, sebelum ini biasanya bonus yang diumumkan hanyalah setengah atau sebulan gaji sahaja. Tetapi kali ini Perdana Menteri telah keluar daripada tradisi perdana menteri sebelumnya dengan memberi bonus satu setengah bulan gaji.

  Sememangnya perubahan lain seperti pemberian BR1M2.0, pengurangan peratusan cukai pendapatan, subsidi dan beberapa perubahan lain sudah biasa dalam bajet yang lalu atau tahun-tahun sebelumnya.

  Tetapi memenuhi harapan CUEPACS dan kakitangan awam dengan ganjaran 1 1/2 bulan gaji adalah suatu transformasi daripada tradisi dan amalan. Perbelanjaan kerajaan pasti tinggi. Namun jika ia memberi impak kepada pengundi di kalangan kakitangan kerajaan, apa salahnya.

  Kami percaya kerajaan tidak akan kerugian dengan pengumuman pelbagai insentif termasuk ganjaran bonus. Pastinya pakar ekonomi akan melihat kesan terhadap permintaan barangan dan perkhidmatan, sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga March 2013.

  Sekadar sebagai rakyat Malaysia, kita berharap peningkatan pendapatan awam dan permintaan ini tidak menyebabkan para peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

  Kini jika Tun Abdullah Ahmad Badawi memecah rekod dengan membuat pelarasan gaji tertinggi sehingga 40 peratus bagi kakitangan awam kumpulan berpendapatan rendah, maka Dato' Sri Najib membuat rekod baru dalam pemberian bonus kepada kakitangan awam. Itupun selepas pengumuman bonus kepada peneroka FELDA.

  Perkara ketiga, ialah apa yang kami harapkan dapat ditunaikan oleh YB Perdana Menteri, setidak-tidaknya separuh. Apa yang dimaksudkan di sini ialah usaha menyeragamkan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.

  Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri sesuai dengan masanya. Bukan sahaja sebab pilihanraya, sebaliknya sesuatu yang wajar diambil perhatian serius. Namun pelaksanaannya belum pasti rupa keadaannya.

  Sebagaimana yang kita semua tahu, harga barangan di Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal berbanding dengan Semenanjung. Sedangkan gaji dan upah pekerja di sana sangat rendah dan mengecewakan.

  Sewaktu diumumkan kadar gaji minimum swasta dahulu, kita jangkakan ia boleh membawa perubahan kepada keadaan di Sabah dan Sarawak. Tetapi sehingga ke hari ini, keadaan itu tidak berlaku dan ramai daripada pekerja swasta di sana mendapat gaji kurang daripada RM700 sebulan.

  Dengan cara meletakkan harga yang lebih seragam, tindakan itu akan membantu penduduk di kedua negeri itu. Perbezaan harga barangan itu memang munasabah jika dikira pada kos pengangkutan yang tinggi. Tetapi berbanding dengan kadar gaji/upah yang lebih rendah, maka itu akan memiskinkan penduduk di sana.

  Kami berharap, pembekal dan peniaga tidak mengambil untung yang tinggi dengan cara membayar pekerja pada harga rendah dan menjual barang pada harga yang tinggi.

  Kami di HBI sendiri meletakkan harga produk yang sama, iaitu RM12.00 sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak. Benar, kos pengangkutan dan kurier tinggi, tetapi memberi khidmat dan mendapat pasaran itu lebih utama.

  Dalam hal ini, kami mengurangkan sedikit diskaun kepada pengedar dan sebahagiannya ditanggung oleh HBI. Situasi sebegini dibuat supaya kita sama-sama menanggung kos yang bertambah, bersifat empati dan tidak membebankan pengguna.

  Jika perlu dibuat tambahan harga ianya harus pada paras minimum, umpamanya seringgit. Dengan demikian adalah lebih munasabah bagi saudara kita di sana, dan menunjukkan bahawa kita turut sama prihatin dengan kesukaran hidup penduduk di kepulauan Borneo sana.

  Sekian. Salam, semoga bajet 2013 membawa impak positif dan tidak tenggelam dengan pelbagai kenaikan kos lain selepas pilihan raya. WaLlahu a'lam.

 

Konsultan drhatta.com / 12 Zulkaedah 1433 H.

 

 

 

   

....Bina Masa depan dengan kecemerlangan demi kecemerlangan...

 

Tawaran 2012

(advertisement)

"BIG OFFER"

Tip-tip untuk masa depan anda!

Kandungan "Tip-Tip Motivasi dan Minda" 

  Tip-tip & Mutiara Tip

  Teknik Mengingat

  Tip amalan Makanan Sihat

  Tip Tablet Minda

  Tip Doa 

 

 

Jom ke Sekolah dengan Active IQ

 

 

 

Testimonial!!

“Saya mempunyai dua orang anak kembar lelaki berumur 13 tahun. Adiknya agak lemah dan tidak berjaya ke asrama seperti abangnya. Dia selalu mengatakan tak tahu bila ditanya, dan hendak bercakappun tersekat-sekat dan gagap. Selepas saya berikan Active IQ, dia mula berubah, gemar menjawab dan bercakap. Dia juga sudah boleh mengikuti pelajaran dan menghafal ayat-ayat tertentu termasuk lagu-lagu, serta mengulangi kata-kata gurunya. Bahkan dia sudah mula minat belajar bahasa Inggeris, walaupun dahulunya dia malas mencuba. Sekarang dia juga semakin rajin membuat kerja-kerja sekolah.” -   Pn. Salsiah Kemad (Tel: 016-281 7697)

 Sms terbaru "Salam...TK, Berkat usha +  suplemnt minda Dr. anak sya brjaya dpt 5A dlm UPSR lalu dn adiknya jga dpt top 5 dlm clas drj 3.              Alhamdulillah mga brterusn." - Pn. Maimunah (017-6761085)

Klik: Tawaran Hebat

 

Saya sudah memesan dan menjual Active IQ dan Homeo-ABC sejak hampir sepuluh tahun. Walaupun Homeo-ABC tidak dapat dipasarkan selaju Active IQ, tetapi kesannya amat baik. Pelanggan yang mencuba dan memberinya untuk anak-anak serta ahli keluarga memaklumkan selsema, batuk-batuk, anak-anak meragam dan menangis, dan pelbagai masalah harian dapat disembuhkan dalam waktu yang singkat apabila mereka cepat-cepat memakan Homeo-ABC. Sesiapa yang sudah biasa dengan Homeo-ABC, mereka cenderung menjadi pelanggan tetap untuk remedi tersebut.”   - Noor Aini Ooi Abdullah (Tel:  013-514 5994)

Lagi... testimonial.

 

 

 

 

 

 

 
 

Support us : Untuk Penerbitan Buku-buku Homeopati - Matlamat Unggul Memperkasakan Homeopati.

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: as above.