MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA

Jejak Warisan: Lebih Baik Lambat Daripada Tiada Langsung (11/12/13)

Dis

Tip Motivasi Minda

Penagih Curi Besi

USM-KLE IMP

Keputusan PMR 2013

Homeopathy India

Jejak Warisan

Tokoh Meninggal

Rawat Batuk

Getaran Jiwa Perubahan

Garam & Darah Tinggi

Nov

Gaji ADUN Naik

Johor Cuti Jumaat

Beranilah Melabur

Tip Motivasi Minda Cetakan ke 3

Sediaan Tinktur: Isu Alkohol

Kurier Buruk

Doa Awal Muharram

Okt

Rheumatoid Arthritis

Arif: Konsultan KL

Seminar Homeopati Oktober

ABC Berkesan

Tawaran BUKU HBI

Persoalan IQ

Salam Aidil Adha

Selamat Duduki PMR

Sumber Penawar

Sept

Materia Medika Terbalik

Punca Kejayaan

Sakit Lama

Kayap

Harga Minyak Naik

Homeopati Halal?

Ogos

Active IQ Preskripsi Online

Kota Bharu Urus Sampah

Sihat Homeo-ABC

Air Kelapa Muda

Julai

Risiko Keracunan Makanan

Alahan Puasa

Elak Sakit Perut

Bersahur Puasa

Pagi Sihat

Jun

Juara Piala FA

Tip Jerebu

Jerebu Di Malaysia

Universal Studio

Homeo-ABC Lagi

Sakit Di Hospital

Menjelang Sya'aban

Mei

Produk Berkesan

Rawat Resdung

Ubat Resdung

Barang Naik

Mengurus Prioriti

Keputusan PRU13

Ramalan PRU13

Harapan PRU13

Masalah Mat Dadah

Osman Nasir

April

Seminar PT&K

Ranking Alexa

Mesyuarat Agung MPHM 2013

Jemputan MAT MPHM

Tawaran Khas HBI

Calon Negeri Selangor

Penamaan Calon

Minum Air Batu

Pilihan Raya Sengit

 Promosi PRU 13

Orang Bijak

Gelagat Pengamal

Konsultasi online

Mac

Angin Pasang Lagi

Uthman El Muhammady

Hipnosis

Terapi al-Qur'an

Talasemia

Simptom Penyakit

Asma ABC

Dementia/Nyanyuk

ABC Jadi Pilihan

Jenama Unggul

Promosi Pilihanraya

Februari

Kedai Buku

Dr. Azimuth

Selaput Dara Palsu

Harga Borong

Politik Kedai Kopi

Masalah Gaji Minimum

Materia Medika

Rawatan Diabetes

Hi-Fos booster

Xpax_Hotlink

Teka-Teki PRU13

Januari

Pasar Hatyai

Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

 

 Mulai hari Jumaat ini konsultan kami akan ke Bangalore dan kemudian ke Belgaum, India. Satu event penting konsultan kami tidak dapat hadir, iaitu yang dijadualkan oleh MPHM berlangsung di pejabat MPHM.

  Event ini diberi nama "Projek Jejak Warisan" dan dijadualkan pertemuan pada hari Ahad 15 Dis 2013. Tujuannya ialah bagi mengumpul maklumat sejarah perubatan homeopathy di Malaysia.

  Sebenarnya isu ini sudah lama kedengaran di telinga kami, tetapi tidak pernah kami lihat ianya menjadi kenyataan. Semangat dan hasrat ada, malangnya tindakan susulan tidak timbul-timbul.

  Mungkin para pengamal kita terlalu sibuk dengan amalan, dengan bisnes, kursus dan urusan harian yang tak habis-habis. Lama-kelamaan kerja yang sebegini penting terpaksa ditangguhkan berkali-kali.

  Samalah halnya dengan niat kami untuk interview sdr Atondra dahulu. Bila bertangguh-tangguh, akhirnya beliau sakit dan tidak dapat memenuhi permintaan kami.

  Yang paling mendukacitakan sekali, tentulah terhadap Allahyarham mantan Presiden PPHM, Dr. Abdul Rahman Hashim.

  Beliau sudah bersetuju untuk berjumpa selepas 1st Homeopathic International Conference, tetapi kami terpaksa menangguhkan pemergian ke Sungai Petani. Beliau juga bersedia bertemu pada waktu Mesyuarat Agung PPHM, namun kami pulak tidak dapat menepati masa pada hujung minggu itu.

  Akhirnya, kami tidak dapat memperoleh data bagi mengemaskini hasil interview kami dengan almarhum Prof. Mohammad Yacob pada tahun 2002 dahulu.

  Kalau difikir-fikir, tentulah perkara ini wajar dipikul oleh anggota PPHM ataupun MPHM sendiri kerana merekalah pendokong utama sistem perubatan homeopati di Malaysia. Mengapa perkara sebesar ini dibiarkan berlalu sehingga khazanah yang berada di depan mata semakin hari semakin menghilang.

  Harus diingat, tanpa koleksi data yang bersifat akademik, di manakah letaknya sejarah perkembangan homeopati di Malaysia? Tidakkah ianya bakal dipandang sepi, atau terkubur dengan sendirinya?

  Meskipun benar ada juga jurnal-jurnal ataupun makalah-makalah ataupun minit-minit mesyuarat lama (dengan gambarnya sekali) berkepuk di pejabat persatuan tetapi semua itu tidak akan bermakna jika dibiarkan terus tersembunyi daripada mata dan pandangan umum. Tiada di perpustakaan negara, di perpustakaan awam, universiti ataupun di kedai-kedai buku. Tidak juga kedapatan untuk dibeli oleh ahli akademik secara on-line.

  Jika kalian masih lagi ingat, apabila buku pertama "Perubatan Homoeopati" (1997) diterbitkan dahulu, semua mata mula bertumpu kepada suatu pendedahan telus dan berani mengenai sistem perubatan homeopati buat sajian masyarakat.

  Pada masa itu bukan saja, pelajar dan pengamal homeopati menggunanya sebagai rujukan, bahkan banyak juga keluar tulisan serta kajian tugasan pelajar-pelajar UKM berkaitan subjek homeopati. Ia mula menjadi fokus pelajar-pelajar yang ingin tahu mengenai sistem perubatan ini.

  Pada waktu itu, selain daripada buku "Perubatan Homeopati", mereka tidak ada buku lain dalam bahasa Malaysia untuk dirujuk. Buku bahasa Inggeris pula agak sukar untuk difahami dan tidak ada pula tulisan tentang sejarah bermulanya homeopati di Malaysia.

  Benar, telah ada beberapa buku berkaitan homeopati ditulis dan diterbitkan. Tetapi ramai yang tidak guna kod ISBN, tiada di perpustakaan, beredar hanya di kalangan homeopath, dan kebanyakannya pula tidak bersifat mesra awam. Yakni, tulisan dan bahannya tidak dipermudahkan supaya orang awam juga boleh mengambil manfaat dan tahu mengenai sistem homeopati dan sejarahnya.

  Harus diingat, penulisan buku-buku homeopati ini merupakan tanggungjawab semua pengamal dan ahli homeopati yang komited, apa lagi persatuan. Hanya orang homeopati saja boleh menulisnya dengan gaya dan nada yang positif.

  Apabila ahli homeopati bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini, mereka juga tidak harus berfikir untuk mengutip keuntungan. Untung itu harus datang kemudian. Tanggungjawab wajib disempurnakan tanpa mengira kita bakal untung atau rugi daripada segi kewangan.

  Menghasilkan tulisan berkaitan sejarah, prinsip perubatan, isu-isu, tentang penyakit maupun materia medika dalam bahasa ibunda itu sendiri sudah merupakan suatu keberuntungan, kebajikan, khairah (untuk akhirat), cerminan ilmu dan kualiti pengamal di mata masyarakat. Apakah kita masih mengharapkan keuntungan ringgit?

  Syarikat HBI sendiri tidak pernah mengambil kira sangat sama ada buku yang diterbitkan itu dapat pulang modal selepas empat tahun, lima tahun ataupun tidak pulang modal langsung. Itu persoalan kemudian. Yang pasti Tuhan akan menyediakan ganjaran yang lebih hebat, kalau ada.

  Justeru, jika MPHM benar-benar komited ingin mengabadikan sejarah perkembangan homeopati di dalam Jejak Warisan, maka kami menyokong 120%. Tetapi laungan saja tidak bakal mencukupi tanpa inisiatif daripada ahli-ahlinya. Apa lagi di dalam dunia yang menghendaki kepada evidence-based homeopathy.

  Tanpa evidence, tulisan bersifat sejarahpun tidak memberi nilai kepada dunia hari ini, tambahan pula homeopati sudah bertapak di pusat pengajian tinggi yang memberi nilai teramat tinggi kepada evidens dan referens.

  Meskipun benar waktu ini sudah teramat lewat buat memulakan usaha serupa ini, namun seperti yang biasa dikatakan orang, "better late than never".

   Sekian.   WaLlahu a'lam.

   Salam mesra daripada kami di meja HBI.

 

- konsultan HBI

 

Admin HBI /08 Safar 1435 H.