LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Belajar guna Dan Amal Homeo-ABC (21/1/13)

 Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   ABC di sini tidak merujuk kepada cara kanak-kanak taska atau tadika mengeja atau belajar alfabet rumi daripada A sampai Z. Tetapi mereka yang mengenal ABC tentunya sudah pandai mengeja dan membaca.

  ABC yang kami maksudkan ialah Homeo-ABC, iaitu produk HBI yang semakin popular. Homeo-ABC adalah produk yang tiada tandingan ataupun menghadapi persaingan dengan produk-produk lain, berbeza daripada Active IQ.

  Kalau Active IQ, sememangnya kita menghadapi banyak jatuh bangun. Diiri, dicabar, dipersoal, diugut dan sebagainya. Itulah situasi dunia bila terdapat produk lain yang tidak berjaya menepis sambutan hangatnya permintaan terhadap Active IQ.

  Artikel ini ditulis lagi justeru 2 hari yang lalu, ada rakan pengedar yang menghantar sms bertanya kalau-kalau Homeo-ABC boleh diberikan setiap hari buat anaknya yang sudah hampir sembuh daripada masalah sakitnya sejak mengguna Homeo-ABC. Bagaimana kalau diberikan setiap pagi bila anak itu hendak ke sekolah?

  Konsultan kami memberi jawapan "Tidak ada masalah." Keluarga konsultan sendiri membekalkan anak-anaknya dengan ABC di dalam beg sekolah. Bila rasa tidak selesa sedikit, Homeo-ABC terus diambil untuk mencegah sebelum sakit melarat.

  Di dalam ruangan Testimoni Homeo-ABC juga kami telah menyisip cerita seorang rakan yang bekerja sebagai pemandu yang semakin sihat sehingga seperti sediakala seperti yang dikutip di dalam http://www.drhatta.com/PROFIL%20IKLAN/Testimoni_HomeoABC_HBI.htmi dan http://www.drhatta.com/2012/April12/migran2.htm

  Beliau yang kerap mengalami sakit kepala telah selamat daripada masalah itu selepas mendapat kelegaan mengguna Homeo-ABC. Bahkan kemudiannya, beliau telah menempah empat botol Homeo-ABC setiap dua bulan dan diambilnya sebagai amalan.

  Demikian juga dengan seorang ustaz dan imam solat Jumaat sebuah surau. Baru saja seminggu yang lalu berjumpa dengan konsultan memaklumkan bahawa sakit kepalanya yang kerap menyerang sudah hilang sejak mengamalkan Homeo-ABC.

  Kami percaya, kalau setakat mengambil ABC sekali atau dua kali sahaja dalam sehari, tidak ada masalah. Pertama, kerana ia adalah penawar kombinasi homeopati dan kedua, kerana unsur tindakan mencegah daripada masalah harian terbukti dalam amalan pengguna (khususnya famili HBI sendiri) sejak ia diperkenalkan hampir sepuluh tahun lalau.

  Bagaimanapun, konsultan kami lebih gemar para pengguna menggunanya sebagai penawar 'first-aid' dan disimpan sebagai rawatan awal. Dengan bekalan sentiasa ada di tangan, maka pengguna tidaklah perlu risau jika sesuatu masalah kesihatan yang secara tiba-tiba datang menyerang.

  Penawar ini sama sesuai dengan amalan mengguna Aconitum napellus sebagai rawatan awal untuk penyakit-penyakit akut. Ia amat berkesan diberikan sebelum simptom-simptom yang baru tiba semakin melarat.

  Ambil dahulu Homeo-ABC. Perhatikan jika simptom atau gejala sakit itu berubah atau semakin hilang. Kemudian jalani kehidupan harian seperti biasa.

  Melainkan jika masalah kesihatan itu melarat, wajarlah berjumpa pakar homeopati ataupun rujuk kepada doktor di pusat atau klinik kesihatan.

  Sekian, info daripada meja HBI.

  Salam sayang daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 9 Rabi'ul Awwal 1434 H.