LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Elakkan Berhutang Dengan Kad Kredit (15/1/13)

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   Sudah lebih seminggu bank yang menaja kad kredit menelefon konsultan kami dan ingin bercakap, tetapi tidak berhasil kerana beliau dikatakan sibuk. Hari ini hampir enam kali deringan handfon tidak putus-putus setiap selang seminit hingga lima minit.

  Untuk tidak mengecewakan pemanggil, maka akhirnya diangkatlah. Bagaimana beliau tahu itu adalah panggilan bank berkenaan? Kata konsultan HBI, dia melihat angka 03- dan di belakangya 600 atau 620.

  Takkala diangkat panggilan itu, maka kedengaranlah suara merdu seorang wanita menawarkan pakej pengeluaran 'cash'. Tunai daripada mana? Kata pemanggil, "cash melalui kad kredit".

  Apabila konsultan menolak dengan mengatakan beliau tidak memerlukan 'cash' pada waktu sekarang, pemanggil berkenaan menjawab, "Mengapa tidak mahu ambil kesempatan ini? Ofer mendapatkan 'cash' dengan kredit yang serendah ini hanya untuk sekali ini sahaja".

  Di samping mengatakan waktu ini beliau sibuk, konsultan menegaskan bahawa beliau sudah mempunyai kewangan yang cukup dan tidak memerlukan pengeluaran 'cash' melalui kad kredit.

  Telefon diletakkan pemanggil dengan meninggalkan pesanan "Jika ada keperluan nanti boleh bertanya semula servis pengeluaran 'cash' melalui kad kredit ya tuan."

  Itulah syarikat kewangan yang tidak pernah serik daripada berusaha mendapatkan pelanggan supaya berhutang.

  Ada sesetengah orang, mudah tergoda dengan tawaran sedemikian. Ada yang menyambut dengan riang gembira bagaikan durian runtuh. Maklumlah, poket bakal berisi dan nantinya banyak lagi yang boleh berbelanja.

  Tetapi saudara-ri, ukurlah baju di badan sendiri. Tidak perlulah kita berhutang jika pendapatan kita hanya cukup-cukup sahaja, ataupun mengapa hendak ditambahkan hutang jika keperluan kita sudah mencukupi.

  Bahana hutang, khususnya kad kredit sudah menyebabkan ramai anggota masyarakat menjadi penghutang kronik (bukan penyakit sahaja yang kronik). Ada yang mungkin terpaksa menanggung hutang dan membayarnya seumur hidup. Ada juga yang muflis kerana hutang kad kredit.

  Pada 5 Disember 2012 yang lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa sejumlah 6,203 individu diisytiharkan bankrap dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2012 disebabkan gagal menjelaskan hutang kad kredit.

  Dan menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, jumlah itu merupakan 4.91 peratus daripada kes kebankrapan yang diuruskan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

  Mengapa berlaku sedemikian? Jawapannya tentulah terletak pada diri individu itu sendiri. Umpama sang kera mendapat bunga, bila tidak tahu kegunaannya, dikoyak-koyaknyalah kuntum bunga yang cantik itu.

  Demikian jugalah gelagat kebanyakan masyarakat kita bila mendapat telefon canggih, touch screen pulak tu. Digunanyalah telefon itu walaupun terpaksa membayar bil sampai dua ratus ringgit atau lebih sebulan. Digunanya sesuka hatinya...meskipun gaji hanya RM1,500 sahaja.

  Hal itu sama jugalah dengan isu mendapat 'cash' atau dapat membeli-belah mengguna kad kredit. Selagi tidak capai tahap maksimum pinjaman (biasanya RM15, 000 ataupun RM25,000), selagi itulah dibelanjakan 'ruang hutang' itu untuk membeli.

  Ini bukan cerita 'karoot media', tapi memang benar bagi kebanyakan orang yang tidak pandai mengurus kewangan peribadi.

  Seorang kawan konsultan pernah menceritakan betapa gembiranya dia mendapat kad kredit buat pertama kali. Lantas dibelinya segala jenis barang (yang perlu dan tidak begitu perlu) sehingga mencapai angka RM15,000 hutang.

  Apabila tiba masa gaji, maka terpaksalah sebahagian besar daripada gajinya  digunakan buat membayar hutang. Namun, seperti ALONG, kadar bunga tetap bertambah dari bulan ke bulan bagi bakinya yang belum dibayar.

  Akhirnya terpaksalah beliau mengisi borang pinjaman Bank Rakyat bagi melunaskan hutang kad kreditnya yang menimbun. Dan berhutanglah beliau dengan Bank Rakyat selama lima tahun pula. Apa boleh buat? Jika tidak dibuat begitu, beliau akan diisytiharkan muflis justeru hutangnya sudah berkembang dan kemampuan membayar makin menyulitkan.

  Mengingati ini, teringat konsultan akan buku-buku Azizi Ali yang sentiasa dibacanya. Jangan sekali-kali mendengar nasihat kewangan percuma. Dalam banyak keadaan ia tidak akan membantu ataupun berpihak kepada anda.

  Kami bukan mengatakan memiliki kad kredit itu tidak bagus. Sebaliknya sangat baik jika anda bijak menggunanya.

  Kitapun tahu bahawa kad kredit itu boleh memberikan imej. Ia juga memudahkan kita membuat booking hotel, tiket kapal terbang, membeli barang-barang sewaktu ketiadaan 'cash' dan pelbagai kemudahan lagi.

  Namun seperti benda-benda lain di atas dunia ini, anda harus bijak menggunanya. Bagaimana menjadi bijak? Tentulah melalui belajar, membaca, bertanya orang yang pandai dan berpengalaman, serta tidak merasakan diri serba tahu.

  Jika anda sentiasa merasakan diri segala tahu, kemungkinan anda akan terjebak lagi dan tidak akan belajar-belajar, sekalipun untuk belajar daripada pengalaman sendiri.

  Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 3 Rabi'ul Awwal 1434 H.