LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Belajarlah Daripada Pengalaman Orang Berjaya (24/1/13)

 Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   Pada hari isnin lalu, konsultan kami mengikuti suatu kursus berkaitan keselamatan dan kesihatan di Ancasa Express, Puduraya.

  Di sebelah petangnya beliau berlegar di sekitar kawasan Tingkat Bawah bangunan Puduraya yang kini dikenali sebagai bangunan Pusat Transformasi Bandar atau UTC. Beliau mendapati agak banyak kedai-kedai yang menarik minat atau tumpuan pengunjung yang berhenti secara sambilan.

  Kebetulan beliau melihat KOSMO, lantas membeli senaskhah. Walaupun banyak berita dimuatkan, khususnya berkaitan lawatan PM ke Kelantan, namun yang lebih menarik perhatian konsultan ialah berita muka depannya yang menyenaraikan T. Ananda Krishnan dan Robert Kuok sebagai orang terkaya di Malaysia.

  Sebagaimana yang kita semua tahu bilionaire terkaya ini memiliki rangkaian telekomunikasi MAXIS dan ASTRO. Jika Maxis memberi pilihan kepada pengguna seperti Celcom dan Digi, tetapi dengan ASTRO, persaingan dengan alternatif lain masih rendah.

  Di dalam senarai orang terkaya berasaskan kajiselidik Nan Yang Siang Pau itu, kita dapati orang terkaya selepas Tan Sri Ananda Krishnan dan Robert Kuok ialah Tan Sri Teh Hong Piow, Public Bank (RM15.10b), Tan Sri Lee Shin Cheng, IOI Group (RM14.68 b), Tan Sri Lim kok Thay, Genting Group (RM14.17 b), Tan Sri Quek Leng Chan, Hong Leong Group (RM10.42 b),  Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay, YTL Corp (RM9.75 b), ke lapan barulah Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary, Yayasan Al-Bukhary (RM9.14 b) dan Tan Sri Azman Hashim, Kumpulan AmBank (RM4.18 b) dan Tan Sri Lee Oi Hian, Batu Kawan Berhad (RM3.95 b)..

  Senarai itu seperti tahun-tahun sebelumnya juga, amat sedikit sekali perubahan di mana di antara mereka saling memintas daripada segi kekayaan.  

  Apabila konsultan kami memasuki Kedai Buku Rakyat 1Malaysia yang terletak di aras atas sedikit, banyak buku-buku yang menarik perhatian beliau. Setelah menyelak-nyelak beberapa buah buku yang terdapat di situ, beliau terus mengambil sebuah buku yang dijangka menarik untuk dibaca, iaitu Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary.

  Justeru, selama tiga hari beliau membaca secara sambilan ketika berkursus sehingga khatamlah buku tersebut.

  Katanya, buku itu menarik untuk dibaca kerana ia memberi panduan dan sedikit kesedaran mengenai ramuan kejayaan dalam usaha bisnes. Seperti biasa, intipatinya ialah kerja keras dan istiqamah untuk mencapai apa yang dicitakan.

  Sedikit berbeza dengan biografi yang ditulis oleh Lim Goh Tong (meskipun mereka sama-sama tidak berpelajaran tinggi), buku tersebut memuatkan beberapa cerita tempelan mengenai sejarah dan Dasar Ekonomi Baru.

  Pada awalnya, gaya penceritaan nampak sedikit menjemukan, tetapi selepas itu pergerakan cerita mulai semakin menarik apabila kita diinformasikan berkaitan usaha Syed Mokhtar berhempas pulas untuk bertapak, mendapat kepercayaan dalam mendapat projek-projek tertentu dan semangatnya untuk mengekal ekuiti harta beliau sebagai bumiputera.

  Beberapa kisah yang menarik adalah pengajaran yang diperoleh oleh Syed Mokhtar dalam menghadapi setiap cabaran dan kesukaran selepas beliau berjaya. Ini termasuk pengajaran yang diperoleh akibat kemelesetan yang berlaku dalam tahun 1985.

  Pada tahun itu, beliau terpaksa meninggalkan perniagaan pembangunan hartanah bagi mengurangkan kerugian dan mengelakkan kesukaran membayar balik pinjaman bank. Bagaimanapun, beliau beruntung justeru pada waktu itu beliau sudahpun mempelbagaikan perniagaannya.

  Kata beliau, "Pengalaman ini memberikan saya satu pengajaran penting: jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan."

  Ketabahan beliau teruji sekali lagi apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 1997 di seluruh Asia dan memaksa Malaysia untuk menambat ringgit kepada dollar Amerika Syarikat.

  Pada waktu itu diceritakan bahawa Syed Mokhtar tidak mengikut kaedah penyelesaian  seperti kebanyakan usahawan lain yang menjual aset dan saham-saham mereka bagi menyelamatkan diri daripada kerugian.

  Bahkan, seperti dinyatakan oleh beliau sendiri di dalam buku tersebut, "Saya menerima dua pukulan yang cukup hebat - pertama, oleh krisis ekonomi, dan kedua, oleh keperluan untuk terus mempertahankan ekuiti bumiputera saya. Ia adalah soal harga diri, dan saya bergelut untuk mengekalkan maruah seorang Melayu. Kos yang terpaksa saya tanggung ialah RM2.4 bilion."

  Antara kata-kata menarik yang dipetik daripada bekas PM Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Syed Mokhtar ialah,

  "Dia tabah menghadapi kegagalan. Bila dia mahukan sesuatu, dia bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Tidak ada yang boleh menghalang. Saya berbangga dengannya. Dia membuktikan yang orang Melayu boleh berjaya walau dalam keadaan paling sukar."

  Buku itu telah memaparkan bagaimana kerja keras, keberanian, ketabahan dan kebijaksanaan telah memandu Syed Mokhtar meniti kejayaan demi kejayaan.

  Beliau memahami bahawa syarikat-syarikatnya adalah sumber kehidupan para pekerjanya, kerana itu beliau perlu memastikan perjalanan syarikat berjalan lancar agar kebajikan pekerjanya tidak terjejas.

  Konsultan kami menyarankan setiap individu yang ingin berjaya harus membaca banyak buku-buku, dan buku biografi Syed Mokhtar ini adalah satu daripadanya.

  Syed Mokhtar, seorang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah, merupakan cerminan seorang yang gemar berusaha dan di waktu sama gemar menderma dan membantu orang lain.

  Akhir kata, seperti amal yang dicurahkan oleh beliau, kata-kata daripada Syed Mokhtar sendiri ialah:

  "Ibu saya mengajar kami bahawa kita tidak memiliki apa-apa sehingga kita memberinya dengan sepenuh hati, dengan harapan ia akan membuatkan hidup orang lain menjadi lebih baik."

  Kepercayaan beliau ialah: Kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda harus juga memberi.

  Sekian, info daripada meja HBI.

  Salam sayang daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 12 Rabi'ul Awwal 1434 H.