LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Berjalan-jalan ke Hatyai, Thailand (28/1/13)

 Teka-Teki PRU13

Januari

Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai

Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   Mulai jam 10.30 malam hari Jumaat yang lalu (cuti Maulidur-rasul) kami bertolak ke Hatyai. Perjalanannya panjang. Tetapi konsultan kami dan keluarga mengambil sedikit waktu dan ruang untuk utarakan sedikit catatan hasil tinjauan secara sambilan ke sana.

  Mengikuti rombongan dari Selangor, perjalanannya agak panjang berbanding jika kami pergi ke sana dari Kota Bharu. Mana tidaknya? Kami sampai di Changlun menjelang subuh, bertepatan waktunya dengan orang azan.

  Alhamdulillah. Sempat berjamaah bersama imam masjid yang diimamkan oleh orang lama kaw-kaw. Dibacanya surah as-Sajdah dan al-Insaan. Dan selepas solat, doanya jugak panjang dan bersahaja.

  Selepas semua ahli rombongan selesai solat, kami mengambil masa hampir 15 minit untuk ke CTC. Ada yang turun minum pagi. Ada yang serba salah justeru melihat penjualnya ramai yang non-muslim, tidak jadi order makan tetapi membeli makanan segera berbungkus di mini marketnya saja.

 

  Sampai di imigresen rasa tersangat penat. Bukan semata-mata kerana perjalanan jauh, lebih penat lagi kerana menunggu pemeriksaan imigresen Thai yang terpaksa beratur panjang dan mengambil masa sejam untuk melepasinya.

  Seluruh keluarga peserta rombongan gembira selepas berjaya melepasi sekatan imigresen. Kerana masih ramai yang mengantuk, kebanyakannya tidur dan meninggalkan pekan Dannok yang tidak menjadi destinasi utama. 

  Kami terus dibawa ke tempat lawatan pertama sebaik sahaja sampai. Ramai yang teruja dengan pakej yang memberi kesempatan kepada semua ahli rombongan untuk memasuki Ice Dome.

  Menarik disebut ialah di dalam banyak-banyak reka bentuk ais itu, terdapat ketulan ais yang dibuat menyerupai menara KLCC. Anak-anak tentulah paling seronk kerana mereka dapat meluncur ais ditempat yang disediakan khas untuk meluncur.

  Bagaimanapun, kita bukan boleh berada lama di dalam kawasan itu. Dengan suhu yang mencecah negatif 15 darjah C, meskipun kita berpakaian baju sejuk dan bersarung tangan, namun kita tetap merasa tidak dapat bertahan lama.

 

  Sebaik keluar sahaja keluar, ramai juga yang membeli cenderamata yang harganya boleh tahan juga mahalnya. Kanak-kanak yang tak tahan lapar pula telahpun awal-awal lagi berlari menuju membeli makanan segera seperti ayam dan kentang. Juga ais krim. Syukur, ada juga peniaga muslim yang membuka gerai di dalam kawasan Ice Dome itu.

  Namun sebaik sahaja semua ahli rombongan keluar, kami dibawa segera ke kedai makan Hatyai Seafood. Semua wanitanya bertudung, boleh bercakap bahasa Melayu. Yakinlah halalnya. Justeru, habislah semua makanan yang dihidang disapu hingga ke tulang-tulangnya sekali.

  Kemudian semua ahli rombongan dibawa ke sebuah masjid yang berdekatan. Di tepi-tepi jalan di tepi-tepi bangunan kelihatan masyarakatnya masih sibuk berjualan.

  Bahasa yang digunakan sewaktu membaca khutbah adalah bahasa Thai. Jadi kami semua ternganga sahajalah mendengar khutbah. Tapi alhamduliLlah dapat solat Jumaat dan mendengar khutbah yang lancar diucapkan tanpa teks, berbeza daripada yang dibacakan di negara sendiri

 

    Di hadapan masjid itu, kami seperti dialu-alukan oleh ucapan Selamat Datang Ke Hatyai. Tentu seronok bila melihat ungkapan yang kita boleh fahami. Tapi di dalam bahasa Siam di atasnya, apa agak bunyi perkataannya ya?

  Bagaimanapun, cuba anda perhatikan wayar yang berselirat di atas tiang berhampiran? Begitulah rupanya keadaan wayar yang terpasang dan masih dapat mewarnai semua rumah dan bangunan di negera ini.

  Melihat itu, pastinya ramai yang merasakan pemasangan dan struktur wayar elektrik dan telekom di Malaysia lebih cermat dan tersusun. Betul tak?

   Syukran.  Sekian, info sementara update daripada meja HBI.

  Salam sayang daripada kami. Baru pulang daripada Hatyai. Masih keletihan.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 16 Rabi'ul Awwal 1434 H.