LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Apakah Jaminan Produk IQ Berkesan? (29/1/13)

 Teka-Teki PRU13

Januari

Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   Rancangan awal untuk menyambung kisah rombongan konsultan ke Hatyai tergendala justeru kami dilontarkan dengan satu persoalan. Pertanyaan itu asalnya datang daripada sms yang berbunyi:

  "Saya telah menjual banyak produk IQ tuan. Tetapi kali ini ada berbaki 30 atau 40 botol lagi. Ada yang mengatakan berkesan, tapi ada juga yang memberitahu tidak memberikan apa-apa kesan apabila diberikan kepada anaknya."

  Kepada yang bertanya, kita telahpun memberikan jawaban. Persoalan ini juga sudahpun beberapa kali dihujani dan kita jawab dengan penuh tanggungjawab.

  Kami lakukan ini semua kerana bisnes tidak harus berdiri sendiri. Ia harus disertakan bersama dengan unsur-unsur amalan kejujuran, semangat ingin membantu masalah pelanggan, memberi untung yang sepadan kepada pengedar @ jurujual dan tidak menipu serta menindas.

  Secara umumnya untuk kesemua ubat (homeopati, herba ataupun pemakanan kesihatan), khususnya yang dinamakan pil minda, ia berkesan apabila penawar itu serasi dengan orang yang menggunanya. Dalam kes homeopati pula, penawar itu akan memberi kesannya jika simptom-simptom pengguna itu seraksi dengan simptom-simptom penawar yang terkandung di dalam kombinasi pil minda berkenaan.

  Demikian juga bagi pil atau ubat yang mendapat no MAL atau kelulusan Kementerian Kesihatan. Ini disebabkan pengeluaran dibawah kebenaran kementerian itu bukan jaminan tentang keberkesanan ubat, tetapi sekadar pernyataan bahawa ianya selamat digunakan.

  Dan jika ada tanda 'halal' kelulusan JAKIM, itupun pernyataan pengesahan bahawa produk itu halal bagi orang Islam. 'Halal' itu juga diberikan untuk kilang bertaraf GMP yang mengeluarkan produk bagi tujuan perdagangan (khususnya yang besar-besar atau untuk eksport). Bukan untuk produk yang dikeluarkan bagi tujuan rawatan farmasi atau klinik. 

  Kalau boleh diambil contoh, produk itu seperti Examo-ckm 500 atau Sipintrass, kesannya sama mengikut prinsip homeopati bergantung kepada kandungan kombinasi penawar yang digunakan. Examo sendiri, jika diperhatikan daripada segi kandungan ketiga mineralnya, sama sahaja seperti di dalam Active IQ.

  Tetapi jika anda pernah mendengar informasi daripada pengedar atau stokis Sistem Era Edar suatu waktu dahulu, andapun tidak harus rasa terkejut. Pengedar berkenaan memaklumkan bahawa arwah Dr. Azizan sendiri menyatakan bahawa Examo dilaporkan berkesan oleh kebanyakan penggunanya. Tetapi tidak kesemua pengguna menyatakan demikian, dan ini termasuk kesan kepada anak-anak Dr. Azizan sendiri tidaklah begitu menggalakkan (kata pengedarnya).

  Untuk dapatkan bukti, mungkin kita boleh bertanya akan anggota keluarga atau pengurusan Era Edar sendiri. Tetapi yang pasti, produk Active IQ dilaporkan berkesan dan memuaskan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga pelanggan dari jauh yang pernah menggunanya.

  Testimonial yang diberikan bukannya 'auta' sama sekali. Benar dan sahih. Namun sebagaimana produk minda yang lain, ia tidak boleh dipromosikan sebagai seratus peratus berkesan kepada semua orang.

  Harga RM12.00 diletakkan untuk kos barangan, pembuatan dan pengedaran. Ia bukan harga kos dengan jaminan keberkesanan. Demikian juga dengan produk minda homeopati lain yang berharga RM52.00 atau RM100. Meskipun ia dijenamakan dengan IQ Genius, SiPintar, D-Bless dan sebagainya, harga semahal itupun tidak termasuk jaminan keberkesanan.

  Jika ada jaminan keberkesanan, ia harus ditulis 'produk itu boleh dipulangkan, jika didapati tidak berkesan, wang boleh dipulangkan kepada pengguna'. Apakah semua pengusaha produk seumpama itu sanggup melakukannya?.

  Begitulah halnya jika anda ke Klinik Pakar, katakan pakar kulit atau resdung. Apakah anda membayar bagi rawatan itu dengan jaminan keberkesanan? Atau apakah semua sakit-sakit yang diadu tadi akan pulih seratus peratus selepas anda mengikuti konsultasi dan mengguna ubat yang dipreskripsikan?

  Pasti tidak! Jika tidak begitu, akan bangkraplah farmasi, doktor pakar, dan pengusaha produk seumpama itu. Memang ada produk-produk tertentu yang memberi jaminan, tetapi produk itu tentunya bukan dari jenis atau kelas yang kita bicarakan di sini.

  Yang boleh kita rumuskan dan yakinkan pengguna ialah dengan kata-kata 'insya Allah, kesannya akan timbul jika ianya seraksi'.

  Kemudian terpulang atau terserah kepada penggunalah jika beliau sanggup membayar harga RM120.00 atau RM54.00 bagi produk tersebut sebagai suatu ikhtiar untuk memperbaiki masalah yang dihadapi.

  Tidakkah wajar seseorang itu mengeluarkan kos bagi mengubati masalah kelembaban, kedunguan, kemalasan, kedegilan dan sikap anak-anaknya yang tidak positif itu?

  Tidakkah seseorang itu juga bertanggungjawab mencari rawatan atau ubatan yang paling seraksi dengannya walaupun terpaksa merantau jauh seperti juga para pesakit yang berpindah daripada seorang doktor ke doktor (atau hospital) yang lain bagi mengubati sakitnya yang tidak mahu sembuh juga meskipun telah kehabisan beratus ribu ringgit.

  Kami tidak tahu sama ada penerangan menerusi kaedah yang berbeza sedikit ini mampu memecah kebuntuan pengedar ataupun jurujual yang berpemikiran singkat.

  Yang pastinya, pelanggan, pesakit dan yang bermasalah pasti akan berterusan mengadu jika apa yang dihajati mereka masih tidak kesampaian. Yang telahpun mendapat kesan manfaatnya pula ada yang enggan berkongsi, tetapi ada juga yang menghantar sms atau telefon atau membuat catatan di dalam facebook..

  Bagi mereka yang mendapat banyak manfaatnya, ada yang membuat pesanan 10 botol penawar sekali gus. Bukan untuk dijual, tetapi katanya, untuk bekalan berterusan anak-anaknya yang semakin berjaya.

  Sekian dan semoga apa yang disampaikan di sini bermanfaat buat semua pengunjung.

  Salam sayang daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 17 Rabi'ul Awwal 1434 H.