LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Khidmat Masyarakat Di Kolej IB, Banting (20/1/13)

 Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   Suatu hal yang menarik jika pelajar-pelajar yang hendak mengikuti program ke luar negara (kebetulan anak kedua konsultan HBI berada di dalam Tahun Dua) ialah amalan Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan di dalam model pembelajaran menyeluruh International Baccalaureate.

  Pada waktu ini beberapa kolej sudah mulai mengikuti jejak Kolej MARA Banting dengan mengguna kurikulum dan bentuk pendidikan yang berbeza dikenali sebagai IB, termasuk di antaranya ialah Kolej MARA Seremban dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.

  Dua lagi kolej Kementerian Pelajaran Malaysia yang bakal dibuka untuk program IB ini ialah Kolej Tunku Kurshiah dan Maktab Tentera Diraja atau Royal Military College (RMC).

  Di kolej pertama yang mengadakan pengajian Diploma IB iaitu Kolej MARA Banting, program khidmat masyarakat telah berjalan dengan lancar sejak tahun 1992 lagi.

  Sebaik sahaja selepas pendaftaran dan orientasi pelajar Tahun Pertama, semua pelajarnya diagihkan untuk melaksanakan internal dan external CAS (Creative, Action, Sports). Dua hari dalam masa seminggu diperuntukkan bagi pelaksanaan CAS di luar kolej (komuniti lokal) di sepanjang pembelajaran pada Tahun Satu.

  Sebahagian daripada pelajarnya pula, ada yang terlibat di dalam khidmat masyarakat luar negara, di mana mereka keluar membantu masyarakat di tempat-tempat seperti Acheh (Indonesia), Kemboja, Vietnam dan Thailand.

  Dalam perancangan terbarunya, pada 18 hingga 20hb Januari 2013, kolej berkenaan telah melebarkan program dan amalan dalam pelaksanaan khidmat masyarakat dengan membawa komuniti luar ke dalam kolej itu sendiri dan beraktiviti bersama-sama dengan pelajarnya.

 
   

Pelajar Kolej dan orang kampung bersama-sama menderma darah.

 

Program Forum Perdana dihadiri oleh Us Uda Kasim dsn Us Halim Din turut mengisi slot Megafair.

 

Sebahagian daripada masyarakat turut mengambil kesempatan mendapatkan Terapi Ion Elektrik.

  Di antara program yang dirancang dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya itu ialah

(i) membawa dua buah Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bukit Changgang dan PDK Teluk Datok untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti dan pertandingan mewarna.

(ii) membawa 5 buah taska, 4 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah sekitar ke dalam Kolej untuk beraktiviti.

(iii) membuka gerai-gerai dan memberi peluang berniaga kepada peniaga-peniaga daripada luar untuk melakukan aktiviti keusahawanan bersama pelajar-pelajar kita dalam satu karnival.

(iv) mengajak masyarakat setempat untuk duduk bersama mendengar forum agama daripada penceramah personaliti NTV9 dan persembahan nasyid daripada kumpulan dan personaliti tersohor tanah air, iaitu UNIC serta Hafiz Hamidun

(v) Kolej MARA itu juga telah berjaya menyediakan pertandingan frisbee dan pidato peringkat pra universiti dengan menjemput kolej-kolej daripada luar institusi MARA.

(vi) Kolej MARA Banting tel ahbekerjasama dengan Tabung Darah Negara untuk menambahkan tabung darah dengan sumbangan bersama pelajar-pelajar KMB dan masyarakat kampung Bukit Changgang dan Labohan Dagang.

(vi) Mereka juga mendapat kerjasama 5 agensi kerajaan dan 1 akademi fotografi bagi mengadakan gerai pameran. Antara agensi terlibat itu ialah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Kesihatan, Agensi Dadah dan Jabatan Bomba.

  Dan penting juga kepada masyarakat kampong serta terpinggir daripada arus pertembangan teknologi, iaitu Kolej itu telah

(vii) menyediakan satu kaunter perkembangan kerjaya dan pendedahan pendidikan lepasan PMR/SPM/STPM yang boleh diikuti oleh komuniti di pelbagai institusi MARA seperti Giat MARA, IKM, UNIKL, KPM dan lain-lain.

   Kami difahamkan ini merupakan program yang merangkumkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang umumnya biasa dilakukan di luar kolej ataupun di kalangan pelajar Kolej sahaja. Tetapi kali ini aktiviti-aktiviti itu dilakukan dalam waktu yang sama dan cara yang sedikit berbeza.

   

Persembahan daripada UNIC pada malam terakhir program "KMB Di Hati Masyarakat"

 

Hafiz Hamidun dan nasyid Zikir Terapi yang dijemput khas pada hari penutup 20 Jan 2013.

 

Pengarah MARA Negeri adalah vvip untuk majlis penutup program Khidmat Masyarakat "KMB Di Hati Masyarakat."

  Umpamanya Kempen Derma Darah biasanya dibuat dengan memberi peluang kepada pelajar kolej sahaja untuk menderma darah, namun kali ini dibuka juga kepada anggota masyarakat setempat.

  Jika sebelum ini, pelajar-pelajar kolej dihantar dengan bas keluar ke pusat-pusat PDK dan sekolah-sekolah atau pusat-pusat tertentu yang memerlukan bantuan khidmat, tetapi kali ini mereka dibawa bersama untuk beraktiviti di dalam kolej.

  Demikian juga, jika selama ini ruang tidak pernah diberikan kepada peniaga-peniaga luar untuk menjalankan urusniaga di dalam kolej, tapi di sepanjang 3 hari itu dua puluh lima gerai telah habis ditempah bagi semua peniaga untuk memeriahkan program "Khidmat Masyarakat - KMB Di Hati Masyarakat".

  Kata seorang peniaga yang terlibat di dalam program Khidmat Masyarakat itu, "Inilah pertama kali saya masuk ke sini. AlhamduliLlah. Ini meruapakan suatu usaha baik buat masyarakat sekitar".

  Salah seorang guru PDK Telok Datok berbangsa India pula memberi komen, "This is the first time I'm in Kolej MARA Banting. I knew KMB students always do their community work at our PDK. But I'm glad that we are all invited to this college today."

  Khidmat masyarakat merupakan suatu program dan amalan yang baik di dalam program Diploma IB. Ia mungkin di antara beberapa faktor yang menyebabkan kini Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut mengkuti jejak langkah institusi MARA melaksanakannya.

  Sekian, info daripada meja HBI. Maju masyarakat untuk negara.

  Salam daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 8 Rabi'ul Awwal 1434 H.