Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

PBS Meningkatkan Tekanan Mental Anak-anak  (11/1/13)

   Sejak seminggu sekolah dibuka, kedengaran rungutan anak-anak dan ibu bapa yang mengeluh. Hari pertama, para ibu bapa mendapat taklimat PBS dan bagaimana penilaian dibuat oleh pihak sekolah.

  Anak-anak yang baru memasuki Tingkatan Satu masih terkebil-kebil. Setiap hari, si anak pulang melaporkan apa yang hendak diukur oleh guru kelas dan guru subjek, termasuk ko-kurikulum, kelab, permainan dan lain-lain.

  Kalau tak datang sekolah 3 hari berturut-turut tanpa surat doktor, surat amaran pertama dikeluarkan dan demikianlah seterusnya. Setiap hari persekolahan menjadi sangat penting kerana setiap hari pengukuran akan dibuat.

  Mereka tidak biasa dan belum mengenal bagaimana pelaksanaan PBS. Setiap hari nampak anak-anak pulang kepenatan, resah, banyak kerja kena siapkan.

  Setiap hari mereka kena bersedia. Jika tidak mereka akan jadi yang tercorot. Katanya, "Hari ni adik tak boleh jawab, dapat band 0, kawan tu dapat jawab soalan guru diberi band 6."

  Kita tidak tahu apa sudah jadi. Kerisauan anak-anak yang cerdas atau peka dengan penilaian semerta guru itu menyebabkan mereka sentiasa berada dalam tekanan. Berbeza sekali dengan kaedah penilaian berasaskan peperiksaan.

  Jadi kini.. kalau dulu kerisauan tinggi apabila peperiksaan semakin hampir. Tetapi hari ini, mereka sentiasa berdebar dan harus bertanding memberi sumbangan terbaik.

  Namun seperti kaedah penilaian peperiksaan bertulis juga, mereka yang duduk di kelas tercorot tidak kisah dengan apa jenis penilaian baru yang dibuat oleh guru.

  Sementelah lagi, di dalam kelas yang ada lebih 50 orang murid. Kelas mereka tetap berbeza dengan kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar pandai dan cerdas.

  Bagi mereka, berlumba atau tidak, sama saja. Mereka lebih gemar bermain. Itu saat yang paling menyeronokkan. Tambahan lagi, setiap hari bila pulang mereka boleh mengguna gajet canggih yang dibelikan oleh ibu dan ayah mereka.

  Di dalam aduanrakyat.com.my, kami petik aduan seorang bernama Halina seperti berikut:

 "Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Saya merasakan peperiksaan jauh lebih baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan, program dll

Dengan PBS, guru-guru akan menanda kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat..

Harap pihak LPM boleh mengkaji semula PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang terlibat.."

  Di dalam laman bpa.bernama.com, ada juga aduan sms yang dipetik daripada akhbar Harian Metro sebegini:

  "6 Jun 2012 olehUmmi08 (IMA85626) : Minta kembalikan semula peperiksaan di sekolah. PBS tak sesuai. Jika pelajar gagal, boleh adakan ujian ulangan dan aras soalan boleh direndahkan.

 8 Jun 2012 olehUkurcelup (IMA30270) :Sokong Girlmisi, kembalikan peperiksaan, PBS tidak sesuai, cikgu sendiri masih celaru hendak melaksnakannya.

11 Jun 2012 olehEpanfokesorewzz (IMB88325) : Minta kerajaan mansuhkan sistem PBS dan kembalikan sistem peperiksaan. Sebagai seorang pelajar, saya lebih gemar untuk bersaing dalam peperiksaan."

  Sementara itu, di laman Maklum Balas Agensi Kerajaan tersebut (http://bpa.bernama.com/details.php?id=3295) juga ditegaskan kenyataan,

"KPM ingin menegaskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah sebahagian daripada agenda transformasi pendidikan atas kesedaran bahawa pendidikan di Malaysia didakwa terlalu berpaksikan peperiksaan dan tidak holistik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik dan mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan akur kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Justeru PBS dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah secara terancang mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 

Kesediaan guru untuk melaksanakan PBS dijamin melalui sesi latihan yang merangkumi penerangan konsep PBS dan pengenalan serta penggunaan aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Sesi latihan telah bermula pada tahun lepas (2011) dan kumpulan sasaran adalah Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan guru-guru yang dilantik sebagai Jurulatih Utama bagi menyokong dan membantu guru melaksanakan PBS."

   Sejauh mana PBS berkesan dilaksanakan merentasi semua kategori pelajar (daripada yang cerdas kepada yang paling lembab), kita masih belum pasti kerana pelaksanaannya masih baru.

  Cuma apa yang dibangkitkan di sini ialah keresahan yang tinggi tersebar di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa. Keresahan di kalangan guru pula bertambah apabila tiba giliran memasukkan data online.

  Bila jumlah trafik online terlebih sikit, talian sudah jem. Sistem 'hang'. Bersediakah kita sebenarnya?

  Persoalan yang seharusnya dikemukakan sejak dahulu lagi.

 Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 28 Safar 1434 H.