LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

LAMAN UTAMA

Pantang Penawar Homeopati Khususnya Active IQ Supaya Lebih Berkesan (19/1/13)

 Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

   Isu pantang berbangkit lagi. Tapi kali ini pelanggan dari jauh bertanya mengenai kaedah pemakanan Active IQ dan ABC.

  Apabila kami bertanya mengenai fliers yang ada semua maklumat di dalamnya, beliau berkata bahawa dia tidak menerimanya. Hal ini samalah dengan mereka yang menciplak produk tanpa fliers. Tambah-tambah mereka yang dhaif dalam homeopati dan pemasaran produk tetapi iri dan berusaha untuk menciplak produk..

  Lalu mereka menjual kepada pengguna. Pengguna terkapai-kapai mencari sumber dan akhirnya menemui web HBI.

  Yang ini pula bertanya bagaimana caya pengambilannya. Adakah masa perut kosong atau selepas sarapan? Katanya, beliau tidak faham cara pengambilannya. Apakah tidak boleh minum kopi kalau makan Active IQ?

  Begitulah lebih kurang bunyi kandungan 'sms'nya.

  Meskipun telah kami jawab sms beliau. Tetapi eloklah diterangkan sejelasnya di sini beberapa perkara yang mungkin telah terkeliru di kalangan pengguna.

  Pertama, seeloknya pengguna mengambil Active IQ dua biji dua kali sehari, dikunyah atau dikemamkan sampai hancur di bawah atau di atas lidah.

  Kami menyarankan supaya penawar itu diambil menggunakan penutup botol. Tetapi tidak salah memegang dengan tangan jika tangan itu kering tidak berpeluh.

  Bila waktunya? Bila-bila saja semasa perut kosong. Maknanya, ia boleh diambil selepas atau sebelum makan dalam jarak setengah jam. Tetapi jika takut lupa, boleh lah ambil dalam tempoh 10 atau 15 minit sebelum ataupun selepas makan.

  Selain itu, selalunya pengamal homeopati berpesan mengenai beberapa pantang yang mempengaruhi minda dan penawar.

  Di antara makanan atau minuman itu ialah kopi, nescafe, ubat alopati atau herba tertentu yang kuat, dadah, rokok, minyak angin atau bahan berisi mentol atau berkafein.

  Umumnya, bagi kami, mencukupi jika pengguna Actibe IQ, Homeo-ABC dan Hi-fos berpantang dengan tidak meminum kopi dan nescafe. Juga, jika boleh, jarakkan sejauhnya pengambilan penawar homeopati dengan waktu pengambilan sebarang ubat alopati dan rokok/dadah.

  Selain daripada itu, apa-apa yang digunakan dalam kuantiti yang sederhana diizinkan. Apa yang penting ialah supaya penawar homeopati yang diambilkan itu tidak dimatikan atau diganggu kesan positifnya.

  Jika tidak, apa gunanya kita meneruskan pengambilan penawar homeopati seandainya kita tidak mahu berpantang atau meninggalkan sesuatu yang boleh mematikan kesannya?.

  Bolehkah kami mengambil kismis yang didoakan dengan penawar Acitive IQ?

  Satu lagi persoalan cepu mas. Jawabnya, boleh. Ambil sebotol kismis itupun tak mengapa dalam jarak setengah jam dengan pengambilan penawar homeopati.

  Kacang pistachio (cerdik), kismis, khurma, air mineral minda, susu dan coklat minda dan sebagainya boleh dianggap sebagai jenis pemakanan.

  Jadi, tidak ada masalah bila diambil bersama dengan penawar homeopati.

  Baik. Sekian untuk hari ini. Mudah-mudahan maklumat ini membantu pengguna homeopati, terutama pengguna produk HBI

  Salam daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 7 Rabi'ul Awwal 1434 H.