Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

Skuad Red Warriors Temui Peminat di Nilai  (6/12/13)

  Kesibukan menyiapkan buku ke sepuluh menyebabkan banyak program konsultan ditangguhkan. Ini termasuklah laman konsultan yang lewat diupdatekan selama beberapa hari.

  Namun semalam, segala yang berhubung dengan buku yang bakal menarik minat ramai nanti itu sudah selesai. Kebetulan pula kami melawat Bandar Baru Nilai.

  Apa yang paling menarik hari ini bukannya tajuk berita keputusan bola sepak Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) di mana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menewaskan Kelantan dengan sepakan penalti 4-3. Di mana sepakan penalti adalah penentu keputusan selepas Kelantan seri dengan ATM 1-1.
   
  Lebih menarik lagi ialah majlis himpunan Istimewa Bersama Penyokong berdekatan dengan Dataran Nilai, Negeri Sembilan. Makluman tentang majlis tersebut telahpun dimaklumkan beberapa hari sebelumnya di dalam facebook Tan Sri Anuar Musa dan juga dalam laman theredwarriors.com.
Majlis di mana wira Red Warriors memberi tandatangan bermakna kepada peminatnya. Kelihatan juga Indera Putera Mahayudin yang bertopi, dan merupakan penjaring gol tunggal Kelantan dalam pertemuan dengan ATM semalam.

   Kami berada di sana kira-kira jam 12.30 tengahari, iaitu sebaik sahaja sempat membuat U-turn apabila melihat motosikal trafik polis mengiringi rombongan The Red Warriors melepasi Bandar Baru Salak Tinggi.

  AlhamduliLlah. Apabila kami sampai, acara bacaan doa selamat baru saja berjalan. Sebaik sahaja doa diaminkan, khemah yang di tengah sekali sudah penuh dikerumuni oleh penyokong dan peminat The Red Warriors.

   Dalam keadaan panas dan orang ramai berasak-asak itu, semua pemain bola sepak Kelantan sedang sibuk menandatangani semua baju, jersi, topi dan apa sahaja yang dihulurkan oleh peminat tegar The Red Warriors.

   Demikian juga dengan Tan Sri Anuar Musa yang sentiasa keluar dengan berita kontroversi di dalam akhbar arus perdana. Beliau turut dikerumuni peminat yang ingin mengambil gambar dan memohon tandatangan kenangan. 

  Di dalam keadaan yang panas gamat itu, kelihatan YB Dato' Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia tidak melepaskan peluang untuk meraikan keghairahan peminat dan penyokong bertemu pasukan meleTop Malaysia dewasa ini iaitu The Red Warriors.

  Bersama-sama di dalam program itu ialah kumpulan dikir barat Mat Yie Tupai. Dikir barat yang dilagukan dengan dimulai oleh dikir daripada anak cilik dan Gomo Kelate Gomo sempena permulaan Liga 2013 memeriahkan suasana.

  Kira-kira jam satu tengahari, makanan turut diagihkan kepada semua peminat dan penyokong yang hadir. Meskipun dalam keadaan panas yang amat terik hari ini, namun ramai yang masih enggan bergerak daripada khemah yang dipenuhi wira The Red Warriors.

  Suasana hanya reda sedikit apabila suara azan kedengaran berkumandang.

  Kami percaya semangat dan sokongan yang diberikan peminat dan layanan serta program seumpama itu banyak memberi motivasi dan membantu pasukan kegemaran ramai itu menang ataupun beraksi cemerlang.
   
    Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 24 Safar 1434 H.