Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 Jaminan IQ Berkesan

Berjalan Ke Hatyai Bagaimana kaya

Amal Homeo-ABC

Khidmat Masyarakat

Pantang Active IQ

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

Amaran Ribut Sonamu  (7/01/13)

   Hari ini, akhbar memaklumkan (menyiarkan) dan orang ramai mulai bersembang mengenai apa yang dilaporkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) pada hari sebelumnya.

  Mengikut amaran MMD di dalam laman webnya, angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

  Situasi yang agak mencemaskan ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.

  Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri-negeri terlibat meminta orang ramai di beberapa kawasan di Pantai Timur tidak panik dengan khabar angin yang menyatakan bahawa ribut tropika Sonamu bakal mencetuskan angin kencang.

  Setiausaha Keselamatan MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata keadaan semasa menunjukkan kekuatan ribut yang dijangka membadai negeri-negeri Pantai Timur itu mungkin semakin berkurangan apabila menghampiri perairan negara.

  "Mengikut ramalan, jika ribut tropika itu melanda, ia boleh menyebabkan banjir besar dan dijangka lebih teruk dari gelombang pertama," itulah kata beliau ketika dihubungi Bernama semalam.

  Bagaimanapun katanya, pemantauan mendapati ribut tersebut berpusar di tengah laut dan menjauhi kawasan persisiran pantai.  Namun, beliau tetap meminta penduduk terutama yang tinggal di kawasan pantai agar mengambil langkah berjaga-jaga.

  Untuk itu, agensi keselamatan seperti bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri juga telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga.

  Sementara itu, pemantauan Bernama di sekitar daerah di Terengganu mendapati sekalipun cuaca mendung, keadaan angin adalah seperti biasa.

  Dilaporkan oleh Sinar Harian, tinjauan Bernama di beberapa lokasi di pesisiran pantai dari Chendering hingga ke pantai Batu Buruk mendapati keadaan ombak adalah seperti biasa dan peniaga serta nelayan tekun meneruskan kegiatan mereka.

  Sementara itu, di samping pesanan supaya berjaga-jaga, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengajarkan doa dalam menghadapi suasana seumpama itu,

  Katanya, "Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...

  Wilayah yang dijangka terjejas mengikut sumber ialah:

Sonamu: Wilayah Terjejas
 Negara      Wilayah Penduduk

Malaysia     Perak     2.4 juta
Malaysia     Kedah     1.5 juta
Thailand     Songkhla     1.1 juta
Thailand     Yala     350,000
Thailand     Narathiwat 570,000
Thailand     Pattani     540,000
Malaysia     Kelantan     1.3 juta
Malaysia     Terengganu 830,000

* Sumber laman web gdacs.org

    Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 24 Safar 1434 H.