Kuala Lumpur
[ e-Solat]
 
 Imsak
5:44
 
 Subuh
5:54
 
 Syuruk
7:16
 
Zohor
13:16
 
Asar
16:38
 
Maghrib
19:12
 
Isyak
20:27

LAMAN UTAMA

LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12 -13

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Cash Kad Kredit

Ramalan Ekonomi PRU13

PBS Memenatkan

Ribut Sonamu

Red Warriors Di Nilai

Jan 2013

Dis 2012

Online 2012

Agenda Buku 2013

Banjir Buruk

Kentang & Resdung

Banjir Pantai Timur

Promosi Mega

PBS: Penat Sesak

Testimonial AIQ

Panas Durian

Sistem 5s

Harga Produk

Digigit Pacat

Dusun Durian

Komen dr UKM

Produk Popular

Angkara Mat Dadah

Bercuti

 

 

Salam Tahun 2013 - Tahun Masehi  (1/12/13)

  Selamat tahun baru buat sekalian pengunjung laman konsultan HBI.

  Agak kelewatan, justeru sebelah malam baru sempat upload ucapan ini. Sepanjang hari terlalu sibuk dengan projek proof-reading dan penambahbaikan buku ke 10. Ini bermakna ucapan yang sama tidak sempat dikeluarkan di dalam homeolibrary.com.

  Apa boleh buat. Hari inipun hampir kesemua orang bercuti. Tidak hairanlah jika iklan di dalam harakahdaily pun turut tergendala tanpa ketahuan sebabnya.
   
  Apa lagi bila hari ini, sesetengah sekolah menjalankan proses pendaftaran murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu. Bertambah sibuklah jadinya kita yang punya anak.

  Bagaimanapun, selepas jam 10.00 malam, bolehlah kami tinggalkan sedikit kerja penting itu dan mula menyentuh dan kemaskini laman HBI ini.

  AlhamduliLlah. Dengar khabarnya program sambutan Tahun Baru 2013 lebih meriah di dataran alternatif yang menyaksikan sambutan dibuat bersama Ustaz Azhar Idrus. (Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor - sebelah Perpustakaan Shah Alam dan belakang Masjid Negeri Shah Alam sahaja)

  Dilaporkan bahawa kehadiran pada malam semalam mencecah 120,000. Sementara antara aktiviti yang dianjurkan ialah solat berjemaah maghrib dan isyak.

  Daripada seorang rakan yang hadir, difahamkan juga bahawa program itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis tempatan seperti Aziz M Osman, Diana Amir, Abby Abadi, Kamal Adli dan Malek Noor. 

  Syukur AlhamduliLlah sekali lagi. Nampaknya era dan cita rasa sudah berubah.
   
  Apakah ini semua merupakan ombak Tahun Baru? Mudah-mudahan.

  Insya Allah. Sama-sama kita doakan demi kebaikan dan demi Islam.

  Syukran sekali lagi. Selamat menyambut Tahun Masehi 2013.

    Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

 

 

Admin HBI / 19 Safar 1434 H.