Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting berkaitan produk BUKU HBI,

SUMBANGAN BUKU "PERUBATAN HOMEOPATI: TEORI DAN PRAKTIS" (2022) KEPADA INSTITUSI

(Format Mobile - APRIL 2023)

 

oleh:  Huzaini Ibrahim & Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

PERUBATAN HOMEOPATI: TEORI & PRAKTIS [ISBN 978-983-44077-7-3 ; Pesanan @ watsap: 013-9802991 ]

   

Artikel Sumbangan 2023: Sumbangan buku-buku perubatan homeopati lazimnya diberikan kepada pemimpin dan organisasi homeopati seperti Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM), Pusat Homeopati Integrasi Bangi dan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia  (PPHM). Tetapi mulai tahun ini, kami perluaskan sumbangan kepada institusi pengajian tinggi peringkat universiti. Ini dilakukan bagi tujuan menyebarluaskan ilmu perubatan homeopati dan menggalakkan kajian serta menambahkan bahan-bahan rujukan untuk pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian yang menerima sumbangan buku. 

   Berdasarkan posting FB di dalam laman HBI Homeopathy Centre dan Mohamed Hatta Dihom HMD, berikut ialah senarai pusat-pusat yang menerima sumbangan pada tahun 2023. Paling awal, di kalangan pusat-pusat ini ialah sumbangan kepada Majlis Perubatan Homeopati Malaysia pada 9 Januari 2023.

1. Hari ini 2 jam bersama Tn Hj Zainur Azmi Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Wakil Homeopati dlm Bahagian Perubatan Traditional & Komplementari Malaysia - KKM, di pej MPHM Tasik Selatan.

  

   Kemudian kami ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. UKM dipilih kerana buku pertama terbitan HBI pada tahun 1997 iaitu "Perubatan Homoeopati" pernah dijual di Koperasi UNIKEB dan pernah dibeli oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM. Buku itu juga pernah viral, di mana ramai pelajar di UKM telah menggunakan buku tersebut bagi tujuan membuat kerja kursus. Bahkan ia telah beberapa kali digunakan untuk tujuan kajian pelajar-pelajar Masters dan kedoktoran dalam menyiapkan tesis mereka. Kami telah ke UKM pada 28 Februari 2023.

2. Salam sahabat. UKM menjadi Universiti pertama menerima buku "Perubatan Homeopati: Teori & Praktis" (2022). Ini justru univ ini adalah sebuah universiti utama yg mendaulatkan bahasa kebangsaan & satu2nya universiti yg pernah membeli naskhah karya pertama penulis iaitu buku Perubatan Homeopati terbit tahun 1997.

  

   Selepas mendapat respons positif daripada Universiti Putera Malaysia (UPM), pada 9 March kami telah ke UPM untuk menemui puan Haslawati dan puan Erniwati yang telah menyambut kami dalam misi kedua HBI. Kami maklumkan bahawa perpustakaan UPM dipilih justeru dewan UPM pernah terpilih sebagai tempat mengadakan kursus homeopati pada tahun 1990an dahulu oleh Allahyarham Dr. Hj Azizan Hj Ismail, pengasas Syarikat Era Edar, di Jitra Kedah.

  [3]  Antara sumbangan yang diberikan untuk Perpustakaan UPM adalah (1) Perubatan Homeopati: Teori & Praktis 2023, (2) Simptom-simptom Penyakit & Rawatan Homeopati 2013, (3) Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati 2011, (4) Kamus Istilah Perubatan Homeopati 2009, (5) Esei2 Milenium Baru 2004. Kami mendapat layanan paling istimewa serta engagement yg amat berhasil.

 

.   

 

   [4] Pada 30 March kami telah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Meskipun kami berhasrat untuk ke perpustakaan utama USIM, tetapi Ketua Pustakawannya telah menyarankan kami ke Perpustakaan Perubatan USIM. Jadi, kami terpaksa menyerahkan buku-buku terbitan ke Perpustakaan Perubatan USIM. Seperti biasa, kami juga menyerahkan lebih daripada sebuah buku untuk perpustakaan yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan ini.

.

   Sememangnya kami mempunyai target untuk memberi sumbangan kepada lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi. Kami berharap hasrat itu dapat dilaksanakan dalam waktu yang terdekat.

  [5] Pada hari Ahad 7hb Mei, kami telah ke UTM Skudai bagi memberi sumbangan khusus buku "Perubatan Homeopati: Teori & Praktis". UTM Skudai merupakan institusi pengajian tinggi terakhir yang menerima sumbangan HBI bagi tahun 2023. AlhamduliLlah, ketika kami sampai, kami telah disambut dengan baik oleh Pn Muzaimah bt Mohd Yunus, pustakawan yg mewakili Perpustakaan UTM Skudai. Beberapa keping gambar telah di'snap' dan dikutip sebagai kenangan terakhir bagi tahun 2024 dalam siri jelajah menyampaikan sumbangan buat IPTA.

  Bersama-sama dengan buku "Perubatan Homeopati: Teori dan Praltis" itu juga, kami turut menghadiahkan buku-buku: 1. Perubatan Homoeopati (1997), 2. Kamus Istilah Perubatan Homeopati (2009), 3. Esei2 (Homeopati) Milenium Baru. (2004), 4. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati (alhelmy 2012), dan buku promosi Jilid 1 Materia Medika Homeopati (2021) 

Wa Llahu a’lam. [Updated Mac 2024].

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta123@gmail.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2024