Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Karya/Disusun semula oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2019-21

MAIN

1 Abies-Can  2 Abies Nig  3 Abrotanum  4 Abrus Pre  5 Absinthium  6 Acalypha Indica  7 Acetanilidum  8 Aceticum Acidum  9 Aconite  10 Actaea Spicata  11 Adonis Vernalis  12 Adrenalin  13 Aesculus_H  14 Aethiop 15 Aethusa Cyn  16 Agaricus muscarius  17 Agave  18 Agnus Castus  19 Agraphis  20 Ailanthus_Gl  21 Aletris Far  22 Alfalfa  23 Allium Cepa  24 Allium Sativum  25 Alnus  26 Aloe Soc  27 Alstonia  28 Alumen  29 Alumina  30 Alumina Silicat   

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diem nonummy nibh euismod tincidunt ut lacreet dolore magna aliguam erat volutpat. Ut wisis enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tution ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis te feugifacilisi.

ABIES CANADENSIS-PINUS CANADENSIS
Hemlock Spruce

Membran mukus mendapat kesan daripada Abies Can dan simptom-simptom gastrik adalah petanda paling jelas, serta satu keadaan katar perut dihasilkan. Terdapat ketagihan luar biasa dan perasaan dingin yang amat karakteristik, terutama bagi wanita yang mengalami pengalihan rahim (uterine displacement), yang mungkin disebabkan oleh nutrisi yang tidak sempurna serta kelemahan (debility). Pernafasan dan tindakan jantung bekerja sangat kuat. Ingin berbaring setiap masa; kulit sejuk dan melekit, kedua tangan sejuk; sangat pucat. Paru-paru kanan dan hati terasa kecil dan keras. Gleet: Discaj menanah akibat infeksi gonorea.

Kepala.— Rasa pening-pening lalat, mabuk sedikit. Cepat marah.

Perut.— Lapar kebulur, serta hati tidak cergas. Rasa lapar menggigit-gigit, ada perasaan lemah di kawasan hulu hati. Selera kuat, kepinginkan daging, jeruk, lobak, lobak putih, articok, dan makanan pelawas. Berkecenderungan untuk makan lebih daripada kemampuan pencernaan. Membakar dan perut serta abdomen kembung dengan palpitasi (dada berdebar). Flatulens mengganggu tindakan jantung. Rasa sakit di sebelah tulang kipas kanan. Juga sembelit beserta rasa membakar di dalam rektum.

Perempuan.—Rahim beralih (uterine displacement). Rasa sakit pada fundus uterus, lega bila ditekan atau urut. Keletihan (prostration); ingin membaringkan diri setiap masa. Ia merasakan rahimnya lembut dan tidak bermaya.

Demam.—Menggigil kesejukan, seolah-olah darah itu bagaikan air sejuk (Acon). Sejuk kedinginan turun ke belakang. Rasa bagaikan air sejuk di antara kedua bahu (Ammon mur). Kulit melekit peluh dan melekat. Berpeluh malam (China).

Dos.—Potensi pertama hingga ketiga.

 

ABIES NIGRA
Black Spruce

Merupakan satu remedi yang bertenaga dan bertindak lama dalam pelbagai rupa bentuk penyakit, khususnya bila terdapat simptom masalah perut yang jelas. Kebanyakan simptomnya berhubung dengan gangguan gastrik. Boleh digunakan dalam kes dispepsia di kalangan orang berumur, yang disertai simptom fungsian jantung; juga selepas meminum teh atau menghisap rokok. Baik untuk sembelit, dan sakit di kawasan luar meatus.

Kepala. Panas, serta kedua pipi merah. Kurang semangat. Lembab di waktu siang, selalu terjaga di waktu malam. Tidak dapat berfikir.

Gaster. Sakit dalam perut selalu menyerang selepas makan. Rasa seperti ada ketulan yang menyakitkan, seolah-olah telur rebus keras tertinggal di hujung kawasan kardiak dalam perut; rasa mencerut berterusan di bahagian atas sedikit dari hulu hati, seolah-olah semua benda bersimpul. Tiada selera langsung di waktu pagi. Tetapi di sebelah tengahari dan malam, terasa sangat lapar. Nafas berbau busuk. Kuat bersendawa

Dada. Rasa amat sakit, seolah-olah sesuatu melekat dalam dada dan terpaksa dibatukkan keluar; paru-paru rasa dimampatkan. Tidak boleh dikembangkan sepenuhnya. Melarat bila dibatukkan; keluar cecair dari dalam perut (waterbrash) selepas batuk. Rasa tersedak dalam kerongkong. Dispnea; melarat bila berbaring; sakit menusuk tajam bagai dipotong-potong dalam jantung, tindakan jantung berat dengan penat, dan perlahan; takikardia, bradikardia.

Belakang. Sakit di tengah-tengah bahagian belakang pinggang. Sakit sengal reumatik dan kesakitan dalam tulang-tulang.

Tidur. Terjaga dan gelisah pada waktu malam, dengan rasa lapar. Mimpi-mimpi yang buruk sahaja.

Demam. Panas dan sejuk bersilih ganti; demam intermiten kronik, serta rasa sakit dalam perut.

Modaliti. Melarat selepas makan.

Hubungan. Bandingkan (gumpalan dalam perut - China, Bryon, Pulsat); Juga Conifers lain - Thuja, Sabina, Cupressus. (masalah kurang cerna yang menyakitkan), juga Nux vom, dan Kali carb.

Dos. Potensi pertama hingga ketiga puluh.