ABROTANUM
Southernwood
Remedi yang sangat berguna dalam
marasmus, terutama yang melibatkan
tungkai bawah sahaja,
tetapi nafsu makannya masih baik. Metastasis. Reumatisme selepas
diarea. Kesan buruk kerana penyakitnya dipendam ke dalam khususnya
bagi pesakit gout. Tuberculous
peritonitis. Exudative pleurisy dan
lelain proses penanahan.
Digunakan selepas pembedahan bahagian dada bagi kes hidrotoraks atau
empiemia, di mana masih terdapat rasa tertekan. Hemoroid yang melarat
bila saja reumatisme semakin pulih. Hidung berdarah dan terkumpul
cecair dalam pundi; budak lelaki yang mengalami hidrosele. Pesakit
yang terasa amat lemah selepas dijangkiti influenza. (Kali
phos).
Minda. Suka
bangkang, merengsa, bimbang, murung.
Muka.
Berkedut, sejuk, kering, pucat. Lingkaran biru mengelilingi kedua
mata yang memandang kosong. Banyak jerawat hitam serta kurus kering.
Hidung berdarah. Angioma bahagian
muka.
Perut. Rasa
halus berlendir. Ada selera makan, tetapi semakin kurus. Makanan
turun tanpa dicerna. Sakit dalam perut; melarat di sebelah malam;
sakitnya memotong-motong, menggigit-gigit.
Perut dirasakan seolah-olah terapung-apung
di dalam air; terasa sejuk.
Bersungut amat lapar. Tidak cerna, serta memuntahkan banyak cecair
yang berbau.
Abdomen.
Terasa ada ketulan keras dalam abdomen.
Kembung angin.
Sembelit dan cirit-birit berselang seli.
Hemoroid; kerap rasa nak buang air; najisnya mengandungi darah;
melarat bila saja sakit reumatik beransur reda. Askarid. Menjulur
dari pusat. Rasa seolah-olah isi perut turun ke bawah.
Respiratori.
Pernafasan terhalang. Rasa melecet. Batuk
jenis kering selepas cirit-birit. Sakit merentasi dada; lebih teruk
di kawasan jantung.
Belakang.
Leher sangat lemah sehingga tidak dapat didongakkan ke atas.
Belakang lumpuh, lemah, dan menyakitkan. Sakit di dalam ruas tulang
belakang menjalar di sepanjang korda sperma. Sakit dalam sakrum,
serta hemoroid.
Ekstremiti.
Sakit dalam kedua bahu, kedua lengan,
kedua pergelangan tangan, dan
kedua buku lali.
Rasa menyucuk dan kesejukan di dalam jari
jemari dan kaki. Kedua kaki
tersangat halus, kurus. Kedua sendi juga
tegang dan tempang. Kempat-empat anggota mengalami
kontraksi yang menyakitkan (Amm
mur).
Kulit.
Letusan keluar di bahagian muka; kerana
ditekan ke dalam, dan kulit menjadi keunguan. Kulit juga menjadi
lembik dan longgar. Furunkel. Rambut gugur. Lepuh-lepuhan yang
menggatalkan.
Modaliti.
Melarat
dengan air sejuk, penanahan. Lega
bila bergerak.
Hubungan.
Bandingkan dengan: Scrophularia;
Bryonia; Stellaria; Benzoic acid,
dalam kes gout, atau dengan
Iodine dan Natr mur
bagi marasmus.
Dos.
Gunakan potensi ketiga sehingga tiga puluh.
©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020 |