| 
             
              
            
            Kembali  | 
      
          
           
			ACONITUM NAPELLUS 
			Monkshood. 
          
			
			
          	 Satu keadaan takut, 
			resah gelisah, minda dan tubuh menderita. Manifestasi
          penawar
          
          Aconite paling ketara 
			ialah
          
          kegelisahan fizikal dan mental,
          
          ketakutan. Diperlukan dalam kes-kes
          
          akut, mengejut, dan serangan mengejut, serta demam.  
			Tidak ingin disentuh. Kekuatan hilang secara mengejut.
          
          Aduan-aduan dan  ketegangan disebabkan oleh terdedah kepada
          
          cuaca sejuk dan kering, 
			tiupan udara sejuk, perpeluhan tersekat, juga aduan yang disebabkan 
			oleh
          
          cuaca yang teramat panas, 
			terutama gangguan-gangguan gastro-usus. Remedi pertama dalam kes 
			keradangan, demam inflamasi. Serum membran dan tisu-tisu otot 
			terjejas dengan ketara. Membakar di bahagian-bahagian dalam; 
			berdenyut menyengat, kedinginan dan 
			kekebasan. Influenza, 
			tensi arteri.; ketegangan emosi dan fizikal menjelaskan banyak 
			simptom-simptom. Apabila mempreskripsi Aconit, ingat bahawa 
			sebab-musabab gangguan Aconite hanyalah pada gangguan fungsian, 
			tiada bukti yang ia boleh menghasilkan perubahan tisu - tindakannya 
			singkat dan tidak 
			menunjukkan keberkalaan. 
			Ruang tindakannya ialah pada permulaan suatu penyakit akut, dan 
			tidak harus diteruskan selepas timbul perubahan patologi. Dalam 
			hiperemia, kongesi tidak berlaku selepas lelehan eksudasi. Ia juga
          boleh diberikan bagi influenza [Influenzin.]. 
			 
           
          
			
              
          
			
			
          Minda.
          
			Terlalu takut, bimbang 
			dan kerungsingan mengiringi setiap penyakit, walaupun sakit 
			remeh-temeh. Racauan berunsurkan kebimbangan yang menyedihkan, takut, 
			meracau, jarang sekali tidak sedarkan diri. 
			Berfirasat 
			dan ketakutan. 
			Takut mati; 
			percaya bahawa tidak lama lagi ia akan mati, meramalkan harinya. 
			Takut menghadapi masa depan, 
			sekumpulan orang ramai, melintas jalan. 
			Keresahan, 
			berbolak-balik. Kecenderungan memulakan gerak terkejut. Imaginasi 
			tajam, meramal/menujum. Sakitnya tidak tertahan; mendorongnya 
			menjadi gila-gilaan. Tidak tahan mendengar muzik, menjadikannya 
			sedih (Ambra). 
			Terfikir bahawa buah fikirannya datang daripada perut;- bahagian 
			badannya adalah tebal secara luar biasa. Merasakan seolah-olah apa 
			yang baru sahaja dilakukan hanyalah satu mimpi. 
          
			
          Kepala.
          Penuh sesak, 
			 berat,
          berdenyut, 
			 panas, meletup, 
			membakar, rasa beralun. Tekanan di tulang pangkal otak (Hedera
          Helix.) Sakit kepala membakar seolah-olah otak digerakkan oleh air
          mendidih (Indigo.) Vertigo;
          pening 
			 melarat ketika bangkit
          (Nux. Opium) 
			dan
          menggelengkan kepala. Rasa di puncak kepala seolah-olah rambut ditarik
          atau berdiri tegak. Meracau kuat pada waktu malam.
          
          
           
			
			
			
          	Mata.
          
			Merah, menyala. Rasa 
			 kering dan
          panas, seolah-olah pasir berada di dalam. Kelopak mata bengkak,
          keras dan merah. Tidak suka kepada cahaya. Air mata meleleh banyak
          selepas terdedah kepada angin kering, sejuk, 
			 refleksi
          daripada salji, selepas mengeluarkan debu dan (selepas
          mengeluarkan) lelain benda asing.
          
           
          
			
          Telinga. Sangat  sensitif kepada bunyi 
			bising,
          tidak dapat tahan bunyi muzik. Bahagian luar telinga panas, merah,
          sakit, bengkak. Sakit telinga (Cham.).
          Rasa seperti titis-titis air di dalam telinga kiri.
          
          
           
          
			
          Hidung.
          
          Penciumannya amat sensitif. 
			 Sakit
          pada pangkal hidung. Hidung berair; banyak bersin;
          berdenyut-denyut di dalam lubang hidung. Keluar darah yang berwarna
          merah cerah.  Membran mukus
          kering, hidung tersumbat; kering beserta koriza berair jernih yang
          sangat sedikit.
          
          
           
          
			
          Muka.
          Merah, panas merah padam, bengkak. Sebelah pipi merah, sebelah lagi
          pucat (Cham., Ipec.). 
           Muka merah menjadi
          pucat seperti mayat atau pesakit menjadi pening sewaktu bangkit.
          Rasa menggelenyar di kedua pipi dan kekebasan. 
          
          Neuralgia, terutamanya di
          sebelah kiri serta gelisah, menggelenyar dan kebas. Sakit dalam rahang.  
          
          
          
           
          
			
          Mulut.
          Kebas, kering 
			dan menggelenyar. Lidah membengkak; hujungnya rasa menggelenyar. Gigi sensitif terhadap sejuk. Sentiasa
          menggerak-gerakkan rahang bawah seperti mengunyah. 
			 Gusi panas dan radang. Lidah
          diselaputi warna putih. [Antim.
          crud.]
          
          
           
          
			
          Kerongkong.  Merah, kering, mencerut,
          kebas, menyucuk, membakar, menyengat. Tonsil bengkak dan kering.
          
          
           
          
			
          Perut.
          
          Muntah-muntah beserta takut,
          panas, berpeluh keringat dan banyak kencing. Dahagakan air sejuk.
          Semua terasa pahit kecuali air sejuk. 
			 Tersangat
          dahaga. Minum, muntah dan ia mengisytiharkan bahawa ia akan mati.
          Muntah air hempedu, mukus, mengandungi darah, kehijauan. Rasa tekanan
          di dalam perut beserta dispnea, payah bernafas. Hematemesis; muntah
          keluar darah. Membakar dari perut ke esofagus.
          
          
           
          
			
          Abdomen. Panas, tegang, timpanitik; kembung berbunyi.
           Sensitif dengan sentuhan. Kolik; perut memulas, sebarang kedudukan
          tidak melegakan. Simptom-simptom abdomen lega selepas mengambil sup
          panas. Terbakar di sekitar pusat.
          
          
           
          
			
          Rektum.
          Sakit beserta gatal dan rasa menyucuk di dalam lubang dubur pada waktu
          malam. Najis kecil dan kerap beserta tenesmus; 
			 hijau
          seperti herba yang ditumbuk. Air kencing putih beserta merah.
          Discaj kolera serta tidak sedar, cemas dan kegelisahan. Buasir
          berdarah. (Hamam.)
          Kanak-kanak yang kena diarea yang cair seperti air. Mereka sangat suka
          menangis, mengadu, payah tidur dan gelisah. 
           
          
           
          
			
          Urin.
          
          Sangat sedikit, merah, panas,
          menyakitkan. Tenesmus dan rasa terbakar pada pangkal pundi kencing.
          Rasa terbakar di saluran kencing. Kencing tertahan, berdarah. Selalu
          khuatir sewaktu mula hendak kencing. Kencing
          tertahan serta memekik dan resah gelisah, sambil memegang-megang
          kemaluan. Kawasan ginjal (pada ari-ari) sangat sensitif. Kencing
          melimpah, keringat melimpah dan cirit-birit.
          
          
           
          
			
          Lelaki.
          Rasa merayap-rayap dan menyengat di dalam kelenjar. Sakit memar dalam
          buah zakar, bengkak, keras. Kerap mengeras tegang dan keluar mani.
          Tegang zakarnya menyakitkan.
          
           
          
			
          Perempuan. Liang faraj kering, panas, sensitif. Haid terlalu melimpah, serta
          hidung berdarah, berpanjangan, lambat. Cemas kalut bila haid bermula. 
			 Haid
          tertekan kerana takut, sejuk
          pada orang berbentuk cergas. Ovari penuh sesak dan sakit. Sakit
          menjalar tajam di dalam peranakan.  Sakit
          selepas bersalin, disertai
          takut dan gelisah.
          
          
           
          
			
          Respiratori. Sentiasa ada tekanan di sekitar dada kiri. Sesak nafas walau bergerak sedikit.  Parau, kering, batuk 
			mencungap. Nyaring, payah bernafas. Kanak-kanak
          memegang kerongkong setiap kali dia batuk. Sangat sensitif dengan
          udara yang disedut.  Nafas
          singkat. Larings sensitif. Mencucuk-cucuk di dalam dada. Batuk,
          kering, pendek, keras;  melarat
          malam dan selepas tengah malam. Rasa panas di dalam paru-paru. Darah keluar
          semasa mendehem. Menggelenyar dalam dada selepas batuk.
          
          
           
          
			
          Jantung. Jantung bergerak cepat secara
          luar biasa. Gangguan pada jantung beserta sakit di 
			 bahu kiri. Sakit mencucuk-cucuk di dalam dada. 
			 Berdebar, khuatir serta cemas, pitam dan jari-jari 
			 menggelenyar.
          
          Nadi penuh, keras, tegang dan memantul, kadang-kadang terhenti-henti.
          Salur nadi pelapis dan salur nadi karotid terasa bila duduk.
          
          
           
          
			
          Belakang. Kebas, kaku, keras, terasa sakit. Merayap dan menggelenyar
          seolah-olah memar. Kekakuan pada tengkuk. Memar sengal di antara
          tulang belikat.
          
           
          
			
          Ekstremiti.  Kekebasan dan menggelenyar, rasa
          sakit menjalar; sejuk seperti air batu tetapi tangan dan kaki tidak
          terasa. Lengan rasa lemah, memar, berat, kebas. Rasa sakit menurun ke
          tangan kiri [Cact., Crotal.,
          Kalmia, Tabac.] 
			 Tangan panas
          dan kaki sejuk. Radang reumatik sendi-sendi; melarat malam hari,
          bengkak merah berkilat dan sangat sensitif. Sendi pinggul dan paha
          rasa lemah, terutama selepas berbaring. Lutut tidak tegap; Kecenderungan 
			kaki
          untuk membelok. (Aescul.)
          Ligamen semua sendi lemah dan kendur. Semua sendi berderik-derik tidak
          sakit.  
			Kedua belah tangan timbul 
			(hypothenar eminences) 
			warna merah menyala. Rasa seperti
          titik-titik air turun ke paha.
          
          
           
          
			
          Tidur.
          Mengigau. Tiap-tiap malam meracau. 
			 Mimpi-mimpi
          yang mencemaskan. Sukar lelap, gelisah dan resah tidak dapat tidur.
          [Guna potensi 30] Terkejut semasa tidur. Mimpi berpanjangan dengan
          dada sentiasa cemas. Insomnia bagi orang tua. 
           
          
           
          
			
          Kulit.
          Merah, panas, bengkak, kering, membakar. Purpura
          miliaris. Ruam-ruam seperti campak. Berdiri bulu roma.
          Formikasi dan kekebasan. Seram sejuk dan semput ke punggung. Kegatalan lega dengan stimulan.
          
           
          
			
          Demam.
          Peringkat demam paling nyata. Peluh sejuk dan muka sejuk seperti air
          batu. Sejuk dan panas berselang seli. Seram sejuk sebelah malam
          selepas masuk tidur.
          
          
			 Gelombang
          sejuk menguasai seluruh tubuh. Sentiasa
           dahaga
          dan resah gelisah. Seram sejuk bila disentuh atau tidak mengguna
          selimut. Panas kering dan muka merah. Ubat 
			paling berharga bila disertai simptom kesengsaraan mental dan resah 
			gelisah. Peluh keluar mencurah-curah bahagian terbaring, melegakan 
			semua simptom. 
          
          
          
          
           
          
			
          Modaliti.  Mengurang di udara lapang;  
          melarat  
			dalam bilik panas, di sebelah petang dan 
			 malam; 
			 melarat berbaring
          di bahagian yang sakit, daripada muzik, daripada asap rokok, angin
          kering sejuk.
          
          
           
          
			
          Hubungan. Asid, wain dan kopi, lemonade dan buah-buahan berasid mengubahsuai
          tindakannya. 
          
           
			
			
			Penawar komplemen:  Arnica
          dalam kes trauma,
           Coffea
          semasa demam, dan
           Sulphur.  Sulphur boleh
          dianggap
           Aconite kronik. 
          Ia kerap menyempurnakan kesembuhan yang dimulakan oleh
           Aconite.
          
          
          	
          
          
           
          
          
			Bandingkan: 
          
          Bellad.; Cham.; Coffea;
          Ferrum phos.
          
           
          
          
			Penawar
          antidot:
           Acetic acid, Bellad.,
          Nux vom., Sulph.
          
           
          
			
          Dos.
          Potensi 6 untuk penyakit yang berhubungan. dengan pancaindera; 1
          hingga 3 untuk keadaan kongestif. Mesti kerap diulangi dalam
          penyakit-penyakit akut.  
          Aconite bertindak dengan cepat. Dalam kes neuralgia, boleh guna
          potensi 30, itupun bergantung kepada kesesuaian dengan pesakit.
          
            
          
           
			
			   
			
           
           
           
           © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			  |