| 
           
			AESCULUS 
			HIPPOCASTANUM 
			Horse Chestnut 
			
			
			Tindakan Aesculus paling 
			jelas pada bahagian usus bawah, yang menyebabkan terhasilnya vena hemoroid yang penuh padat, disertai dengan rasa sakit belakang. Rasa 
			amat sakit tetapi kurang berdarah. Stasis vena, vena varikos yang 
			berwarna ungu, segalanya menjadi perlahan, termasuk pencernaan, 
			jantung, usus dan sebagainya. Sistem portal dan hati menjadi sebak 
			dan tidak cergas, beserta sembelit. Bahagian belakang sakit dan 
			menyebabkan pesakit tidak dapat menjalankan kerja seperti biasa. 
			Sakit bergerak ke semua bahagian. 
			Rasa penuh di pelbagai bahagian tubuh, 
			kering, selaput mucus membengkak. 
			
              
			Kepala. 
			Murung dan 
			marah-marah. 
			Kepala rasa sakit seperti mendapat selsema, keliru. Tekanan di dahi 
			serta loya, yang diikuti dengan rasa menyucuk halus di bahagian 
			rusuk sebelah kanan. Sakit menjalar dari oksiput ke kawasan depan, 
			dengan kulitnya rasa memar, melarat di sebelah pagi. Saraf sakit 
			menyucuk dari kanan ke kiri menembusi dahi, yang diikuti dengan rasa 
			sakit di hulu hati. Kepala berpusing ketika duduk dan berdiri.
			 
			Mata. 
			Kedua mata rasa berat dan panas, berair, serta
			salur darah mengembung.
			Kedua bola mata sakit. 
			Hidung. 
			Kering; udara yang disedut masuk rasa 
			sejuk, laluan hidung rasa 
			sensitif dengannya. Koriza dan 
			bersin. Tekanan di pangkal hidung.  
			Mulut. 
			Rasa panas melecur. Pengecapan rasa seperti 
			logam. Banyak air liur. Lidahnya tersalut tebal, rasa bagaikan 
			melecet. 
			Kerongkong. 
			Tekak panas, 
			kering, 
			melecet, sakit menyucuk halus ke dalam kedua telinga ketika menelan. 
			Faringitis folikular yang berhubungan dengan sesak hepar. 
			Vena dalam farings mengembung
			dan bengkok. Tekak rasa sensitif terhadap 
			udara yang disedut; melecet dan mencerut, membakar seperti api 
			ketika menelan, di waktu tengahari. Bila mendehem keluar kahak 
			bertali yang berasa manis. 
			Perut. 
			Berat bagaikan mengandungi batu, serta sakit 
			menggigit; selalunya terasa tiga jam selepas makan. Dalam hati rasa 
			penuh dan lembut. 
			Abdomen. 
			Sakit  dalam hati dan epigastrium. Sakit 
			pada pusat. Jaundis; berdenyut-denyut dalam hipogastrium dan pelvis. 
			Rektum. 
			Dubur kering, sakit. Rasa 
			penuh dengan kayu kecil.
			Lubang dubur melecet, sakit. Amat sakit 
			selepas berak, serta terjulur keluar. Prolaps. 
			Hemoroid, 
			serta sakit menyucuk di belakang; sama ada berdarah atau tidak; 
			melarat ketika putus haid. Najis yang keluar kering, keras dan besar. 
			Membran mukus kelihatan membengkak dan menyekat laluan. 
			Dalam dubur rasa membakar serta perasaan 
			seram sejuk naik turun belakang. 
			Urinari. 
			Kerap kencing, sedikit, warna gelap 
			berselut, panas. Sakit dalam kedua ginjal, terutama di sebelah kiri 
			dan ureter. 
			Lelaki. 
			Discaj, mengeluarkan cecari prostat ketika 
			meneran najis. 
			Perempuan. 
			Selalu berdenyut-denyut di belakang 
			tautan pubis. Leukorhea, serta
			kelumpuhan di bahagian belakang; 
			keputihan berwarna kuning gelap, berkarat dan melekat; melarat 
			selepas haid. 
			Dada. 
			Rasa mencerut. Tindakan jantung penuh dan 
			berat, malahan denyutannya dapat dirasa di segenap tempat. 
			Laringitis; keadaan batuknya 
			bergantung kepada gangguan hepar; 
			rasa panas dalam dada; sakit di sekitar jantung pada pesakit 
			hemoroid. 
			Ekstremiti. 
			Sakit dan memar dalam anggota kaki dan 
			tangan. Jari jemari kebas. 
			Belakang. 
			Kelumpuhan di leher; sakit di antara 
			tulang kipas; kawasan spina rasa 
			lemah; belakang dan kedua kaki juga 
			lemah. Sakit belakang sampai ke 
			sakrum dan bahagian pinggul; 
			melarat berjalan atau menunduk. 
			Bila berjalan kaki berlipat. Kedua tumit sakit, letih, dan 
			membengkak. Kedua tangan dan kaki membengkak, dan menjadi merah 
			selepas dibasuh, juga rasa penuh. 
			Demam. 
			Seram sejuk pada jam 4 petang. Rasa seram 
			sejuk naik turun belakang. Demam dari jam 7 hingga 12 malam. Demam 
			malam, kulit panas dan kering. Peluh keluar dengan banyak dan panas 
			beserta demam. 
			Modaliti. 
			Melarat di waktu pagi ketika bangun 
			dari tidur, dan apabila bergerak, 
			berjalan; 
			akibat menggerakkan usus; selepas makan, tengahari, berdiri. 
			Lega 
			dengan udara lapang yang sejuk. 
			Hubungan. 
			Aesculus glabra, 
			Phytolacca, 
			Negundium Americanum.
			Bandingkan juga dengan: 
			Aloe, Collinson. Nux. Sulphur. 
			Dos. 
			Tinktur hingga potensi ke tiga. Sesuai juga 
			dengan potensi 30 dan 200. 
			  
          
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia 
			© 
          Mohamed Hatta 
			Abu Bakar, HMD 2020
			  |