| 
           
			ALLIUM CEPA 
			Red Onion 
          
          Gambaran 
          koriza, serta discaj 
          
          sengau/hidung menusuk pedih 
          dan simptom-simptom laringial, 
          rembesan mata hambar; sejuk biduanita,
          melarat dalam bilik hangat 
          dan menghala ke petang; lega pada udara lapang ditunjukkan oleh 
          penawar ini.  Terutamanya sesuai kepada pesakit flegmatik; sejuk/selsema 
          dalam cuaca sejuk dan lembap.  
          Sakit saraf, seperti benang halus, 
          berikutan pemotongan atau kecederaan pada saraf. Radang saraf kronik 
          akibat trauma. Membakar dalam hidung, mulut kerongkong, pundi kencing 
          dan kulit. Rasa seperti panas membahang ke atas bahagian-bahagian 
          tubuh yang berlainan.  
          
			Minda. 
			Keliru dan selalu lupa kerana tumpuan pada kerja di tengahari, selepas
          minum wain atau kopi. 
			 Kegelisahan
          yang tidak dapat diceritakan 
			dan kecemasan menyertai sakit pada
          abdomen. [Ars.]
          
          
           
          
			
              
          
			Kepala.
			
			Sakit kepala berkataral, kebiasaanya di dahi; 
			 melarat di dalam bilik yang panas 
			sewaktu hampir petang. Sakit
          seperti dicucuk benang dalam muka. Sakit kepala hilang semasa haid;
          datang kembali apabila pengaliran haid berhenti.
          
          
           
          
			Mata. 
			Merah. Sangat 
			 panas membakar
          dan lakrimasi memeritkan. 
			 Sensitif
          kepada cahaya. 
			Mata berair dan digenangi air; lakrimasi
          hambar, melimpah, lega pada udara lapang. Membakar dalam kelopak
          mata.
          
          
           
          
			Telinga. 
			
			Sakit telinga, mencucuk-cucuk dalam tiub Eustachio.
			
          
          
           
          
			Hidung. 
			
			
			Bersin, terutama apabila masuk bilik panas. 
			 Discaj
          banyak, berair jernih dan tersangat pedih. 
			Rasa seperti berketul
          pada pangkal hidung. Demam jerami. 
			[Sabad.;
          Sil.; Psor.] 
			
			Koriza lancar serta sakit kepala, batuk, dan suara
          serak.  Polipus.
			
          
          
           
          
			Perut. 
			Tersangat lapar. Sakit dalam kawasan pilorus. Dahaga. Sendawa. Loya.
          
          
           
          
			Abdomen. 
			
			Flatus; angin kentutnya menderam, busuk. Sakit dalam hipogastrium kiri.
          Duduk dalam keadaan perut memulas, bergerak ke sana ke mari.
			
          
          
           
          
			Rektum. 
			
			Cirit-birit serta flatus tersangat busuk. Sakit mencucuk-cucuk dalam
          rektum, gatal dan kulitnya merekah dalam anus. Panas membara dalam
          rektum. 
          
          
           
          
			Urinari. 
			
			Rasa lemah dalam pundi kencing dan salur uretra. Rembesan urin
          bertambah serta koriza. Kencing berwarna merah serta sangat tertekan
          dan membakar dalam uretra.
			
          
          
           
          
			Respiratori. 
			
			 Parau. Batuk sering dan kering semasa menyedut udara sejuk. 
          Rasa geli menggeletek
          dalam larings. Rasa
          seolah-olah larings dibelah atau dikoyak. Pernafasan tertahan 
            
            akibat daripada tekanan di tengah dada. Rasa
          mencerut di kawasan epiglotis. Sakit menjalar ke telinga.
			
          
          
           
          
			Ekstremiti. 
			
			Sendi-sendi capik. Ulser pada tumit. Afeksi menyakitkan pada
          jari-jemari berhampiran dengan kuku. Neuralgia menyebabkan berjalan
          terhuyung-hayang. Kesan buruk daripada kaki basah. Anggota terutama
          bahagian lengan, rasa sakit dan penat.
			
          
          
           
          
			Tidur. 
			
			Menguap serta sakit kepala dan mengantuk. Mulut terbuka semasa tidur
          nyenyak.  Mimpi-mimpi. 
          Terjaga pada jam 2 pagi.
			
          
          
           
          
			Modaliti. 
			
			 Melarat 
			di sebelah petang,
          dalam bilik panas. Lega 
			
			bila
          udara lapang, dan dalam bilik sejuk.
			
          
          
           
          
			Hubungan. 
			
			Bandingkan: Gels.;
          Euph.; Kali hyd.; Aconite; Ipecac.
			
          
          
           
          
          Komplementari: 
          Phosphor; Thuja; Puls. 
          
          
			Antidot:
          
          
          Ars.; Cham.; Verat.
			
          
           
          
			Dos. 
			
			Potensi ketiga. 
			30 dan 200. 
          
          
           
			  
          
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
             |