| 
           
			AMMONIUM CARBONICUM 
			Carbonate of Ammonia 
			(AMMONIUM CARB) 
			Sesuai dengan wanita 
			yang cekal, gempal yang selalu letih dan lemah, mudah mengidap 
			selsema, menderita simptom seakan kolera sebelum datang haid, dan 
			cenderung membuat kerja ringan serta banyak rehat. Haidnya terlalu 
			kerap dan keluar banyak. Idapan selalu melibatkan membran mukus 
			organ pernafasan. Orangnya bukan saja gemuk tetapi mempunyai jantung 
			yang lemah, mendesah serta rasa sesak melemaskan. Dia tersangat 
			sensitif dengan angin sejuk, tidak suka air, malah tidak dapat 
			menyentuhnya. Skarlatina malignan serta kelenjar-kelenjar membengkak, 
			sakit tekak, letusan pada kulit. Uremia. 
			Rasa berat dalam seluruh organ.
			
			Mempunyai tabiat tidak bersih. Bengkak pada 
			bahagian-bahagian tertentu tubuh, kelenjar, dsbnya. Merembes asid. 
			Mudah lesu dengan perkara-perkara remeh-temeh.   
			
              
			Minda. 
			Muda lupa, perengus, muram ketika 
			cuaca ribut. tidak bersih, kotor.
			Sedih, menangis, tanpa sebab.
			Bercakap dan mendengar orang 
			bercakap memberi kesan kepada penyakitnya.  
			
			Kepala.  
			Berdenyut-denyut pada dahi; lega dengan 
			diurut dan di dalam bilik hangat. Bagai kejutan elektrik menembusi 
			kepala. 
			Mata. 
			Kedua mata membakar serta tidak dapat menahan 
			cahaya. Ketegangan mata (Nat mur). 
			Astenopia. Sudut mata sakit. 
			Telinga. 
			Kesukaran mendengar. Kejutan menembusi 
			kedua telinga, mata dan hidung bila mengertak gigi. 
			 
			Hidung. 
			Keluar air hidung, panas menusuk. 
			Hidung tersumbat di sebelah malam, 
			serta koriza berlangsung lama. Tidak dapat bernafas menerusi hidung. 
			Sengau hidung bagi kanak-kanak. Epistaksis selepas membasuh dan 
			selepas makan. 
			Ozena, menghembus hingus mengandungi darah dari hidung. Hujung 
			hidung rasa sesak. 
			Muka.
			Penuh dengan bisul dan pustul ketika haid. Di 
			penjuru mulut rasa sakit, pecah merekah dan membakar. 
			Mulut. 
			Mulut dan kerongkong terasa amat kering. Sakit 
			gigi. Bila menekan sesama gigi 
			menyebabkan bagai kejutan elektrik menyambar menerusi kepala, kedua 
			mata dan kedua telinga. Vesikel 
			banyak di atas lidah. Pengecapan masam; rasa seperti logam. Bunyi 
			rahang menghentak ketika mengunyah sesuatu. 
			Kerongkong. 
			Tonsil dan kelenjar leher bengkak membesar. 
			Sakit membakar menjalar turun ke kerongkong. Cenderung mendapat 
			ulser tonsil yang memburuk. Sakit difteria 
			bila hidung tersumbat. 
			Perut. 
			Sakit serta pedih di kawasan hulu hati, loya, 
			keluar liur berikutan dispepsia dan rasa seram sejuk. Amat berselera 
			tetapi mudah kenyang. Dispepsia beserta flatulens. 
			Abdomen. 
			Sakit serta berbunyi dalam abdomen. Hernia 
			penuh angin. Najis sukar keluar, keras dan berketul. 
			Buasir berdarah; melarat ketika haid. 
			Gatal-gatal di kawasan dubur. Buasir menjulur keluar, melarat 
			selepas berak, lega bila berbaring. 
			Urin. 
			Kerap terangsang; keluar dengan tak sengaja di 
			sebelah malam. Tenesmus pundi kencing. Air kencing berwarna putih, 
			berpasir, mengandungi darah, keluar dengan banyak, keruh dan berbau 
			busuk. 
			Lelaki. 
			Skrotum dan korda sperma gatal dan sakit. 
			Mengeras tanpa rangsangan seks. Memancutkan air mani. 
			Perempuan. 
			Pudendum gatal, membengkak dan membakar. 
			Leukorea; keluar keputihan cair, membakar, dan pedih menusuk. Tidak 
			suka lelaki. Haid keluar terlalu  
			kerap, banyak,
			mendahului waktunya, bergumpal, hitam; sakit 
			kolik, dan najis keras sukar keluar, serta 
			keletihan,
			terutama bahagian paha; rasa seram sejuk. 
			Respiratori.
			Parau. Batuk setiap pagi, sekitar 
			jam tiga pagi, serta dispnea, palpitasi, membakar dalam dada; 
			melarat bila mendaki. Bahagian dada rasa lemah. Emfisema. 
			Pernafasan terasa sangat tertekan;
			melarat selepas setiap kali bekerja dan bila 
			memasuki bilik hangat. 
			Atau bila mendaki walau beberapa langkah sahaja. Astenia. 
			Pneumonia. 
			Pernafasan sukar dan perlahan; serta berbunyi seperti letusan buih. 
			Katarah musim sejuk serta mengandungi darah. Edema pulmonari. 
			
			Jantung.
			Palpitasi dapat didengar dengan 
			jelas serta menakutkan, keluar peluh sejuk, lakrimasi, tidak dapat 
			bercakap, bernafas kuat dan kedua tangan menggeletar. 
			Jantung lemah, 
			bangun dengan kesukaran bernafas dan palpitasi. 
			Ekstremiti. 
			Mengoyak-ngoyak dalam sendi-sendi yang 
			dapat dilegakan dengan kehangatan katil; pesakit cenderung 
			meregangkan anggota. Kedua tangan sejuk dan kebiruan; vena pula 
			mengembung. Jari-jemari membengkak bila anggota lengan dijuntaikan 
			ke bawah. Panaritium, sakit periosteum yang lama. Krem dalam labu 
			betis dan tumit. Ibu jari kaki sakit dan membengkak. Felon; hujung 
			jari yang baru menanah. Belakang sendi buku lali sakit bila berdiri. 
			Sakit mengoyak dalam buku lali dan tulang kaki, lega dengan 
			kehangatan tilam. 
			Tidur. 
			Rasa mengantuk
			di siang hari. Terkejut dari tidur. 
			Kulit. 
			Gatal kuat dan lepuhan membakar. Ruam skarlet. 
			Ruam lesi-lesi kecil miliari. Skarlet malignan. Letusan kerana 
			kurang cergas. Erisipelas di kalangan orang tua beserta simptom otak. 
			Ekzema di persendian ekstremiti, antara kedua kaki, dekat dubur dan 
			kemaluan. 
			Modaliti. 
			Melarat
			di sebelah patang, daripada cuaca basah, sejuk, 
			maupun kerana disapu dengan benda basah, termasuk membasuh. Juga 
			melarat di antara jam 3 hingga 4 pagi, atau semasa haid. 
			Lega bila 
			berbaring di sebelah yang sakit dan atas peru/meniarap; dalam cuaca 
			kering. 
			Hubungan. 
			Inimikal dengan penawar 
			Lachesis.  
			Antidot: 
			Arnica; Camphor. 
			Bandingkan dengan:
			Rhus; Muriatic acid; Tartar emet. 
			Dos. 
			Potensi rendah makin kurang berkesan bila umur 
			meningkat. Tetapi potensi 6 dikatakan sesuai untuk semua dan 
			kegunaan umum. 
			  
          
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia 
			© 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
             |