| 
           
			ANTIMONIUM CRUDUM 
			Black Sulphide of Antimony 
			
			Untuk 
			kegunaan homeopati, simptom-simptom mental dan ruang lingkup 
			gangguan gastrik adalah penentu pemilihannya.  
			
			Kerengsaan dan bengkeng yang keterlaluan, 
			yang disertai oleh keadaan lidah 
			yang bersalut warna putih tebal, 
			merupakan simptom yang memandu kepada kepada banyak penyakit 
			berhubung dengan remedi ini. Semua keadaan bertambah melarat dengan
			mandi air sejuk dan panas. 
			Tidak tahan dengan panas matahari. Cenderung menjadi gemuk. 
			Ketiadaan rasa sakit, di mana sakit dijangka timbul, adalah ketara 
			sekali. Gout beserta simptom gastrik. 
			Minda.--
			
			Sangat mengambil berat mengenai nasibnya. Bengkeng dan menyanggah; 
			apa yang dicapai tidak dapat memberi kepuasan. Bermasam muka; tidak 
			mahu bercakap. Bengkeng; sakit hati tanpa sebab.  
			
			Kanak-kanak yang tidak boleh disentuh atau 
			dipandang. 
			 
			
			Marah terhadap sebarang perhatian yang ditunjukkan. Mood 
			sentimental. 
			
              
			Kepala.--
			
			Sakit, melarat di puncak kepala, bila mendaki, 
			selepas mandi, kerana
			perut terganggu, 
			terutama kerana makan gula-gula atau minum wain berasid. Erupsi 
			terpendam. Rasa berat di kawasan dahi serta vertigo; loya, dan 
			hidung berdarah. Sakit kepala dengan keguguran rambut. 
			Mata.--
			
			Pandangan buntu, cengkung, merah, gatal, membengkak, tahi mata 
			melekat di kelopak mata. 
			Kedua mata melecet dan berfisur. 
			Blepharitis 
			
			kronik. Terdapat pustul pada kornea dan kedua 
			kelopak mata. 
			
			Telinga.--
			
			Kemerahan; membengkak; sakit dalam 
			liang tiub  eustacho. Bunyi berdering dan kepekakan.  
			
			Letusan berlengas sekitar telinga. 
			
			Hidung.--
			Lubang hidung 
			pecah berkudis dan dilitupi keruping. 
			Ekzema pada lubang hidung, sakit, merekah-rekah dan 
			berkeruping. 
			Muka.-- 
			
			Jerawat, berpustul dan berisi 
			seperti bisul di muka. 
			.
			Letusan berkerak kuning pada pipu dan dagu. 
			Pucat dan cengkung. 
			
			Mulut.--
			
			Rekah-rekah di penjuru mulut. 
			Kedua bibir kering. Liur masin. 
			Banyak air liur berlendir halus. 
			Lidah diselaputi warna putih tebal, 
			seolah-olah dicuci bersih.
			Gusi terpisah daripada gigi; mudah 
			berdarah. Sakit gigi dalam gigi yang berlubang. Melecet di 
			lelangit, serta mengeluarkan banyak kahak.  
			
			Kudis kanker. 
			Rasa seperti bubur bayi. Tidak haus. 
			Ekzema sub-akut di kawasan mulut. 
			
			Kerongkong.--
			
			
			Banyak mukus tebal kekuningan 
			datang dari belakang hidung. Mendehem batuk di luar rumah. 
			Laringitis. Suara kasar kerana terlalu banyak bercakap. 
			Perut.--
			Hilang nafsu makan. 
			Berkehendakkan makanan berasid, jeruk.
			
			Haus di sebelah petang dan malam.
			Bersendawakan bahan yang dimakan.
			
			Pedih hulu hati, loya, muntah-muntah. Selepas 
			menyusu, bayi memuntahkan susu seperti dadih dan tidak mahu menyusu 
			kembali, serta rasa tawar hati. Gastrik dan aduan masalah usus 
			akibat memakan roti dan pastri, makanan berasid, wain masam, mandi 
			air sejuk, berpanasan, cuaca panas.
			Sentiasa (bunyi) bersendawa.Metastasis 
			gout hingga ke perut dan kawasan usus. Cecair dari perut rasa manis. 
			Mudah 
			mengembung selepas makan. 
			Najis.-- 
			Gatal-gatal anus (Sulpho-calc. 
			Alum). cirit-birit bergilir 
			dengan sembelit, 
			khususnya orang tua. Cirit-birit selepas memakan makanan berasid, 
			wain masan, mandi, terlebih makan; najisnya halus keluar bersama 
			angin. Buasir bermukus, 
			 lendir 
			berterusan meleleh keluar. Ketulan-ketulan keras bercampur dengan 
			cecair. Proktitis berkatarah.
			
			Tinja mengandungi lendir hampir 
			keseluruhannya. 
			
			Urin.-- 
			
			Kerap, serta membakar dan sakit belakang; keruh dan berbau busuk. 
			
			Lelaki.-- 
			
			Erupsi pada 
			skrotum dan di kawasan kemaluan. Mati pucuk. Atrofi zakar dan 
			testikel. 
			
			Perempuan.-- 
			Terangsang; bahagian-bahagian tertentu gatal. Sakit gigi sebelum 
			datang haid; haid terlalu awal dan melimpah. Haid terpendam kerana 
			mandi air sejuk, serta rasa tekanan pada pelvis dan rasa lembut di 
			kawasan ovari. Leukorea; keputihannya cair; pedih tengik, berketul. 
			
			Respiratori.-- 
			Batuk melarat  bila 
			masuk ke bilik hangat, 
			serta rasa membakar dalam dada,
			gatal-gatal di kawasan dada,
			tertekan. 
			Hilang suara akibat terlalu panas.
			Suara kasar dan nadanya teruk. 
			
			Back.--
			
			Tengkuk dan belakang rasa gatal dan 
			sakit. 
			
			Extremiti.-- 
			
			
			Otot-otot merenggut-renggut. Kedua lengan merenggut atau menyentak.
			Sakit pada sendi (artritis) jari-jemari.
			
			
			Kuku-kuku rapuh; tumbuh tidak berbentuk. Kutil ketuat berkematu pada 
			tangan dan tumit. Kedua tangan lemah dan terketar-ketar ketika 
			menulis diikuti dengan serangan kembung.
			Kaki tersangat lembut;
			
			dilitupi 
			dengan tompok-tompok berkematu. Kawasan kulit yang keras dan tebal 
			di kaki mengalami keradangan, sakit pada kedua tumit. 
			
			Kulit.--
			Ekzema serta gangguan gastrik. Jerawat, 
			bervesikel dan berpustul. Sensitif dengan mandi air sejuk. 
			Kuping-kupingan berwarna madu, tebal dan keras.  Urtikaria;
			letusan seperti campak.  Gatal apabila terasa 
			panas tempat tidur. Kulit kering. 
			Kutil ketuat.
			[Thuja; Sabina; Caust.] Kulit 
			memburuk kering. Letusan berpustul, bersisik disertai rasa membakar 
			dan gatal-gatal, melarat tengah malam. 
			
			Tidur.-- 
			
			Orang-orang tua yang berterusan mengantuk. 
			
			Demam.--
			
			
			Seram sejuk walaupun di bilik yang panas. Demam intermiten serta 
			rasa meluat, loya, muntah-muntah, bersendawa, lidah bersalut, 
			cirit-birit. Berpeluh panas. 
			
			Modaliti.-- Melarat, 
			di sebelah petang, daripada panas, asid, wain, air dan membasuh. 
			Demah basah (wet 
			poultices). Lega, 
			pada udara lapang, semasa rehat. Hangat lembap. 
			
			Hubungan.-- Bandingkan:  
			Antimonium Chloridum.Mentega Antimony 
			(Satu remedi barah. Membran mukus rosak . Luka lelas. Kulit sejuk 
			dan melekit. Kelesuan tenaga yang amat. Dos - triturasi ke tiga.)
			 
			
			Antimon iodat (Hiperplasia uterin; 
			asma lembap. 
			Radang paru-paru dan bronkitis; kehilangan tenaga, dan selera, kulit 
			kekuning-kuningan, berpeluh, membosankan dan mengantuk). Dalam 
			selsema sub-akut dan kronik dalam dada yang mengunjur ke bawah dari 
			kepala dan telah melekat di tiub-tiub bronkial dalam bentuk batuk 
			keras, berkrup, termengah-mengah dan tidak upaya membuang kahak, 
			terutama di kalangan pesakit berusia dan lemah (Bacmeister). 
			Peringkat resolusi/pemecahan radang paru-paru yang perlahan dan 
			tertangguh. 
			Bandingkan: 
			Puls, Ipecac, Sulph. 
			Komplemen:
			Sulph. 
			Antidot:
			Hepar. 
			
			Dos.-- Potensi ke tiga hingga enam. 
			
			  
			
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			  |