APOCYNUM CANNABINUM
Indian Hemp
Rembesan mukosa dan membran serum bertambah, dan bertindak ke atas
tisu sel-sel, menghasilkan edema dan dropsi dan ke atas kulit
menyebabkan diaforesis. Hidrosefalus akut. Kelenyapan kekerapan
nadi merupakan petunjuk utama. Ini merupakan satu daripada remedi
kita yang paling berkesan, dalam hal dropsi, asites, anasarka dan
hidrotoraks, dan masalah urinari, terutamanya kencing tertahan dan
sakit semasa kencing. Ia didapati kerap berguna dalam aduan
digestif berkaitan `Bright's disease', disertai loya,
muntah-muntah, mengantuk, sukar bernafas. Dropsi pula dicirikan
dengan tersangat haus dan radang gastrik. Aritmia.
Muntahan mitral dan trikuspid. Mabuk alkohol akut. Sfinkter relaks, mengendur.
Minda.
Bingung. Lemah atau kurang semangat.
Hidung.
Bersin berterusan lama. Kanak-kanak
ketat hidung. (Sambucus).
Kahak hidung kronik serta cenderung kepada kesesakan akut, sementara
ingatan perlahan, lembap. Sakit kepala lembap. Mudah mendapat selsema,
lubang hidung mudah sesak dan tersumbat.
Perut.
Loya, serta mengantuk. Haus masa berjalan.
Muntah-muntah
berlebihan. Makanan
atau minuman yang masuk segera dikeluarkan semula. Rasa lembap, berat,
uzur. Tekanan dalam epigastrium dan dada, menyekat pernafasan. [Lobelia
infl.] Rasa hampa atau kecut dalam perut. Abdomen mengembung.
Asites.
Tinja.
Tinjanya
berair, kembung, serta
sakit dalam dubur; melarat selepas makan.
Rasa seolah-olah pencerut sfinkter terbuka dan najis keluar
semerta.
Urin.
Pundi kencing mengelembung. Kencing keruh, panas, serta mukus tebal
dan panas membakar dalam uretra, selepas kencing. Kuasa menyingkir-buang
kurang. Menitik-nitik.
Sakit sewaktu kencing.
Dropsi
renal/Busung
ginjal.
Perempuan. Amenorea, serta kembung, metroragia disertai loya; pitam, depresi
vital. Pendarahan semasa kehidupan berubah. Darah dikeluarkan dalam
gumpalan yang banyak.
Respiratori. Batuk pendek, kering.
Pernafasan
pendek dan rasa tidak puas. Mengeluh.
Tertekan di kawasan epigastrium dan dada.
Jantung. Regurgitasi trikuspid; cepat dan lemah, tindakan kardiak tidak teratur,
ketegangan arteri rendah, jugulum berdenyut-denyut, sianosis umum
dan dropsi umum.
Tidur.
Sangat gelisah dan kurang tidur.
Modaliti. Melarat pada cuaca sejuk, minuman sejuk; terdedah tidak tutup.
Hubungan.
Cymarin
adalah bahan aktif utama Apocyn, merendahkan
kadar nadi dan meningkatkan tekanan darah.
Strophanthus
(depres jantung yang ekstrim dengan gangguan
gastrik yang kuat; dropsi). Aralia hispida
- Wild
Elder - satu diuretik berharga, berguna dalam busung rongga kaviti,
sama ada disebabkan oleh sakit paru-paru atau penyakit ginjal
beserta sembelit. Gangguan-gangguan urinari, terutama berserta
busung/dropsi. Scudder menasihatkan dalam sukatan dos lima hingga
tiga puluh titis dalam krim tartar manis (Larutan).
Apis, Arsenic, Digital; Helleb.
Dos.
Tinktur (sepuluh titis tiga kali sehari) dan dalam
alkoholisme akut - 1 dram direbus dalam 4 oz. air.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|