| 
           
			ARGENTUM METALLICUM 
			Silver 
          Ciri-ciri 
          utama remedi ini berupa: kekurusan, secara perlahan menampakkan tulang, 
          kepinginkan udara bersih, dispnea, rasa mengembang dan sakit di 
          sebelah kiri. Tindakan utama berkisar kepada bahagian artikulasi dan 
			unsur-unsur 
          komponennya seperti tulang-tulangnya, kartilaj dan ligamen. Di sini 
			urat darah kecil tertutup atau layu dan menghasilkan karies. 
			Serangan sakit bercorak merbahaya, seakan-akan tidak mahu pergi, 
			tetapi terus berkembang. Larinks juga menjadi satu pusat khas bagi 
			remedi ini. 
          
            
          Mental. 
          Perasaan hendak cepat saja; masa 
          berlalu sangat perlahan; melankoli. 
          Kepala. 
          Serangan sakit saraf secara tiba-tiba di sebelah 
          kiri, bertambah melarat perlahan-lahan tetapi cepat berhenti. Kulit 
          kepala lembut bila disentuh. Vertigo, serta rasa mabuk, bila melihat 
          air mengalir. Kepala rasa kosong, 
          berongga. Kedua kelopak mata merah 
          dan tebal. Koriza serta bersin, meletihkan. Sakit dalam tulang muka. 
          Juga sakit di antara mata kiri dan unjuran depan. 
          Kerongkong. 
          Melecet, membahak; mengeluarkan 
          lendir seperti jeli 
          berwarna kelabu. Tekak rasa sakit ketika batuk. 
          Mudah 
          mengeluarkan kahak di sebelah pagi 
			dan banyak. 
          
           
          Respiratori. 
          Keparauan 
          afonia. Bila batuk rasa sakit, melecet. Hilang suara seperti yang 
          berlaku kepada penyanyi profesional. Larinks rasa sakit dan melecet.
          Mudah mengeluarkan kahak, kelihatan 
          seperti kanji dimasak. Sakit melarat bila menggunakan suara. Batuk 
          ketika ketawa. Demam hektik masa 
          tengahari. Bila membaca dengan kuat, terpaksa mendehem atau ikhtiar 
          mengeluarkan lendir. Dada terasa 
          sangat lemah; melarat di sebelah kiri. 
          Perubahan dalam nada suara. Sakit dalam tulang rusuk bawah sebelah kiri. 
          Belakang. 
          Sakit belakang yang teruk; mesti berjalan dengan 
          melengkung, serta dada rasa tertekan. 
          Urin. 
          Diuresis. Air kencing keluar dengan 
          banyak, keruh, 
          berbau manis. Kerap kencing. Poliuria. 
          Extremiti. 
          Jangkitan reumatik pada sendi-sendi, terutama di 
          siku dan lutut. Kedua kaki lemah dan menggeletar, melarat bila 
          menuruni tangga. Jari-jemari menguncup dengan tak sengaja, lengan 
          depan lumpuh separuh, kejang tangan sebab menulis. 
          Buku lali membengkak. 
			 
          Lelaki. 
          Sakit remuk di dalam buah zakar. 
          Memancarkan air mani tanpa naik syahwat. 
          Kerap kencing serta rasa membakar. 
          Perempuan. 
          Rasa ovari terlalu besar. Sakit menekan ke bawah. 
          Rahim mengalami prolaps. Serviks 
          lembut terhakis. Leukorea dengan 
          lendir berbau busuk, melecet. Sebagai paliatif bagi skirus rahim. 
          Sakit dalam ovari kiri. Pendarahan 
          klimaterik. Rasa sakit di keseluruhan 
          abdomen; melarat dengan gegaran. Penyakit rahim serta sakit pada 
          sendi-sendi dan anggota. 
          Modaliti. 
          Melarat  dengan 
          sentuhan, hampir tengahari. Lega  
          di udara lapang; batuk di sebelah malam bila berbaring (berlawanan 
          dengan Hyoscy). 
          Hubungan. 
          Antidot: Mercur; 
          Puls. Bandingkan dengan: 
          Selen; Alum; Platina; Stannum; Ampelopsis. 
          Dos. 
          Guna potensi 6x triturasi dan yang lebih tinggi. 
          Jangan ulangi tertlalu kerap. 
          
			   
			
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |