| 
             
              
            
            Kembali  | 
      
          
           ARSENICUM ALBUM 
			Arsenious Acid-Arsenic 
          Trioxide 
          
          Satu 
          remedi yang bertindak secara mendalam ke atas organ dan tisu. Simptom-simptomnya yang jelas tipikal dan sesuai dengan pelbagai 
          penyakit yang teruk menyebabkan penggunaannya dalam homeopati 
          berterusan dan pasti. Kerap kali simptom-simptomnya yang umum sudah 
          mencukupi untuk digunakan dengan berjaya/berkesan. Antaranya yang paling 
          penting ialah bagi kelesuan yang mendesak-desak, kepenatan, dan 
          kegelisahan, beserta 
          kemelaratan sebelah malam. 
			
          Tersangat penat 
          selepas bekerja lebih sedikit. Hal ini, beserta radang/rengsa yang 
          aneh pada fiber memperjelas ciri-ciri 
          kelemahan yang mengganggu.  
			
          Sakit 
          membakar.  Dahaga yang tak puas-puas. Rasa membakar dilegakan dengan 
          panas.  
          Aduan-aduan tepian laut [Nat. mur.; Aqua Marina]. 
          Kesan yang memudaratkan akibat makan buah-buahan, terutama yang mengandungi banyak air. Boleh 
          memberikan keselesaan dan ketenangan ketika berada pada detik akhir hayat apabila 
          diberi dalam potensi yang tinggi. 
          Tersangat takut dan bimbang. Discaj 
          hijau. Kala-azar kebayian (Dr. Neatby.) 
          
                      
          Hendaklah selalu ingatkan Ars. dalam kes penyakit berhubungan dengan 
          alkohol, 
          keracunan ptomaine, sengat-sengatan, luka pembedahan/dikelar, 
          mengunyah tembakau, kesan buruk daripada makanan basi atau daging 
			haiwan; bau discaj busuk; dalam aduan-aduan yang berulang timbul setiap 
          tahun.  Anaemia dan klorosis.  Perubahan-perubahan yang 
			bersifat merosot.  Berat badan turun 
          beransur-ansur akibat daripada pemakanan yang rusak (tak berkualiti). Mengurangkan 
          indeks biasan serum darah (juga 
          China dan 
			
          Ferr. phos.). Memelihara 
          sistem akibat tekanan malignansi/keadaan membahayakan tanpa mengira 
          lokasi. Kakeksia/Kurus kering akibat malaria.  
          Infeksi septik dan 
          kuasa hayat yang lemah. 
          
          Minda.
          
          
          Tersangat sengsara dan gelisah. 
           Selalu merubah tempat duduk. 
          
          Takut mati, bila ditinggalkan sendirian. Sangat takut serta 
          keringat sejuk. Merasakan tak ada guna mengambil ubat-ubatan. Sanggup 
          mati. Halusinasi terhadap rasa penciuman dan penglihatan. Perasaan 
          putus harapan membuatnya berpindah dari satu tempat ke satu tempat. 
          Kedekut, dengki, lokek, kurang keberanian. Daya kepekaan umum 
          meningkat [Hep.]. Sensitif kepada gangguan, keadaan tidak 
			teratur dan kekeliruan. 
          
          Kepala. 
          Sakit kepala lega dengan sejuk, sebaliknya simptom-simptom lain 
          melarat dengannya. Sakit membakar datang berkala, serta 
           gelisah; 
          beserta kulit sejuk. Hemikrania; sakit sebelah kepala, serta rasa ais 
          pada kulit kepala dan tersangat lemah. Kepala sensitif pada udara 
          lapang. Meracau dahsyat; menyumpah dan mengherdik; kejam. Kepala 
          sentiasa bergerak. Kulit kepala tidak dapat menanggung 
           miang gatal. 
          Tompok-tompok bulat pada tempat yang gondol atau terdedah; kasar, 
          kotor, sensitif dan ditutupi oleh kuping kering; membakar dan miang 
          gatal sebelah malam; kelemumur. Kulit kepala sangat sensitif; tidak 
          boleh menyikat rambut. 
          
          Mata. 
          
          Membakar di dalam mata, serta lakrimasi pedih menusuk. 
          Kelopak mata merah, berulser, berkeruping, bersisik, menggerutu. Edema
          di  
          
          sekitar mata. Keradangan di bahagian luar, dengan kesakitan 
          yang amat; lakrimasi yang memedihkan dan 
           membakar, panas. Ulser 
          kornea.  
          Fotofobia yang amat teruk; lega dengan kehangatan di 
          luar. Neuralgia siliari, serta sakit halus membakar. 
          
          Telinga. 
          Kulit di dalam, melecet dan membakar. Lelehan otorea yang berbau 
           
          busuk, halus jernih, melecet. Mengaum, menderam di dalam 
          telinga, semasa paroksisme sakit. 
          
          Hidung. 
          Dicaj 
           jernih, cair, melecetkan. Hidung rasa tersumbat. 
          Bersin 
           tanpa lega-lega. Demam dan koriza; selsema kencang. 
          Melarat di tempat lapang; mengurang di dalam rumah. Membakar 
          dan berdarah. Hidung berjerawat. Lupus, penyakit kulit kronik. 
          
          Muka. 
          Bengkak, pucat, kekuningan, rosot fizikal (cachectic), 
           cengkung terkedalam, sejuk dan 
          diliputi keringat. [Acetic. acid.] Penderitaannya jelas 
          kelihatan. Sakit disiat,  seperti dicucuk jarum; membakar. Bibir 
          biru kehitaman. Lebam. Marah, batasan pipi melilit merah. 
          
          Mulut. 
          Tidak sihat. Gusi mudah berdarah. Mulut memborok ulser serta 
          kekeringan dan panas membakar. Bibir mulut terdapat tanda epitelioma. 
          Lidah kering, bersih dan merah; menyucuk-nyucuk dan membakar di dalam 
          lidah, ulser berwarna kebiruan. Air liur mengandungi darah. Sakit urat 
          saraf gigi, rasa panjang dan sakit pedih; melarat selepas tengah malam; 
          lega dengan panas. Rasa seperti logam. 
           Meneguk air panas. 
          
          Kerongkong. 
          Membengkak, beredema, mengecut, 
           membakar, tidak dapat menelan. 
          Membran diradangi difteria, kelihatan kering dan berkerut. 
          
          Perut.
          
          
          Tidak tahan melihat atau mencium makanan. 
           Tersangat haus; 
          minum banyak dan kerap, tetapi sedikit-sedikit. Loya, menjeluak, 
          muntah, selepas makan atau minum. Kebimbangan di ulu hati. 
           Sakit membakar. 
          Kepingin sangat asam-asam dan kopi. Jantung hati pedih; menelan 
          benda-benda berasid dan pahit yang boleh melecetkan kerongkong. 
          Sendawa sangat panjang. Muntah darah, air hempedu, mukus hijau atau 
          coklat tua yang bercampur dengan darah. Perut tersangat merengsa; 
          bagaikan melecet, seolah-olah disiat-siat. Sakit perut walau makan 
          atau minum sedikit sahaja. Dispepsia akibat cuka, masam-masam, ais 
          krim, air batu, tembakau. Sangat takut dan dispnea, beserta sakit alat 
          cerna (gastralgia); rasa lemah, kesejukan seperti air batu, sangat 
          letih. Simptom-simptom malignan. Semua yang ditelan rasa tersengkang 
          di kerongkong, yang seolah-olah tertutup dan tak memungkinkan apapun 
          dapat melaluinya. 
           Kesan buruk daripada memakan sayur, tembikai, dan 
          buah-buahan yang umumnya mengandungi banyak air. Ketagih atau 
          kepingin susu. 
          
          Abdomen. 
          Sakit menggigit-gigit, membakar seperti api arang batu, mengurang 
          dengan panas. 
           Hati dan limpa membesar serta sakit. Busung perut 
          dan anasarka.  Abdomen bengkak dan menyakitkan. Sakit seperti 
          tercedera di dalam abdomen ketika batuk. 
          
          Rektum. 
          Penonjolan dubur keluar secara spasmodik daripada rektum, menyakitkan. Tenesmus. 
          Sakit 
           membakar 
          dan tekanan dalam rektum dan dubur. 
          
          
			Tinja.
          
          Najis kecil, busuk, kehitaman, serta lemah keluarnya. 
          Melarat sebelah malam, dan selepas makan dan minum; kerana perut 
          seram sejuk, berlebihan mengambil minuman keras, daging basi. Najis 
          disentri kehitaman, berdarah, sangat busuk. Taun, serta sakit yang 
          bersangatan, keletihan, dan haus membakar. Tubuh sejuk seperti air 
          batu. [Verat.] Buasir membakar seperti api, lega dengan panas.  
          Kulit di sekitar dubur melecet. 
          
          Urin. 
          Kencing sedikit, membakar, keluar dengan tidak sengaja. Pundi-pundi 
          kencing bagaikan lumpuh. 
           Beralbumin; pekat seperti putih telur. 
          Sel-sel epitelium; pembekuan fibrin berbentuk bulat dan butirnya 
          mengandungi nanah dan darah. Selepas kencing, rasa lemah di dalam 
          abdomen. Penyakit Bright; inflamasi pada ginjal. Kencing manis. 
			
          Perempuan. Haid berlebihan 
			dan terlalu awal. Sakit membakar sekitar ovari. Leukorea, tajam 
			pedih, panas, busuk, cair. Sakit seolah-olah daripada wayar yang 
			sangat panas; melarat walau berkuat sedikit.;menimbulkan keletihan; 
			lega dalam bilik panas. 
			Menoragia. Sakit 
			menyucuk dalam pelvis menjalar ke bawah hingga paha.  
          
          Respiratori. 
          Tidak boleh berbaring, takut lemas. Saluran nafas mencerut. Asma 
          melarat di tengah malam. Membakar di dalam dada. Lendir yang 
          melemaskan.  Batuk melarat selepas tengah malam, melarat baring 
          terlentang. Kahak 
          sedikit, 
           berbuih. 
           Sakit seperti terkena 
          damak pada bahagian ketiga atas paru-paru kanan. Nafas termengah-mengah. 
          Hemoptisis; batuk darah serta sakit antara dua bahu.  Keseluruhan rasa 
          panas membakar. Batuknya kering, seolah-olah daripada asap belerang; 
           
          selepas minum. 
          
          Jantung. 
          Berdebar-debar, sakit, sukar bernafas, hendak pitam. Jantung orang yang 
          menghisap rokok dan mengunyah tembakau cepat meragam atau meradang. 
           
          Denyutan nadi lebih cepat di sebelah pagi. [Sulph.] Jantung 
          mengembang. Sianosis; kulit menjadi biru. Lemak bertambah kurang. 
          Angina pektoris serta sakit di leher dan belakang kepala. 
          
          Belakang. 
          Lemah dalam tulang belakang (belikat). Kedua bahu bertaut ke dalam. Sakit dan 
          membakar di belakang. [Oxal. Ac.] 
          
          Ekstremiti. 
          Menggeletar, merenggut-renggut, kejang, lemah, berat, tidak selesa.  
          Simpul biawak: kejang dalam labu betis. Kaki membesar. Skiatika; saraf pangkal paha sakit. 
          Panas membakar. Radang urat saraf periferal. Daging memburuk 
          disebabkan oleh kencing manis. Ulser di tumit [Cepa; Lamium] 
          Kedua belah betis lumpuh serta atrofi, menjadi lisut. 
          
          Kulit. 
          Rasa gatal, membakar, membengkak; edema, letusan ruam, 
          berbintik-bintik merah, 
          kering, kesat, bersisik; melarat 
          sejuk dan menggaru-garu. Pustul yang malignan. Borok ulser serta 
          discaj busuk. Penyakit antraks; jangkitan penyakit disebabkan oleh 
          kuman yang berasal dari lembu. Luka-luka beracun. Urtikaria, serta 
          membakar dan tidak selesa. Geligata. 
           Psoriasis. 
			Scirrhus. Tubuh 
          merasa sejuk seperti air batu. Kulit atau lapisan bawah kulit mengeras. 
          Radang yang menyebabkan daging memburuk, gangren. 
          
          Tidur. 
          Terganggu, bimbang, gelisah. Mesti meninggikan lapik (bantal) kepala.  
          Tiba-tiba sesak nafas semasa tidur. Tidur dengan meninggikan tangan di 
          atas kepala. Mimpi-mimpinya penuh dengan kekhuatiran dan ketakutan. 
          Mengantuk, tidur berpanjangan. 
          
          Demam. 
          Suhu badan tinggi. Demam
          
           berkala disertai kehilangan tenaga, 
          adinamia. Demam septik; keracunan darah. Demam 
           
          berselang 
          sekejap-sekejap. 
          
           Paroksisme terbantut, serta kelihatan sangat 
          letih. 
          
           Demam jerami. 
			Berpeluh sejuk. Demam kepialu, tidak 
          pulih dengan cepat; kerapkali
          
           selepas Rhus tox. Teramat letih. 
          Meracau, melarat selepas tengah malam. Resah gelisah. Sangat panas 
          kira-kira jam 3 pagi. Sordes; berkerupinbg di mulut dan gigi.
           
           
          
          Modaliti.
          
          
          Melarat bila cuaca sejuk, selepas tengah malam; daripada sejuk, 
          minuman sejuk atau makanan sejuk. Angin pantai. Sebelah kanan. Lega 
          dengan panas, apabila kepala ditinggikan ; minuman panas. 
          
          Hubungan. 
          
			Bandingkan:  
			Iod.; Phosph.; China; Verat. alb.; Carbo; 
          Kali phos.  
			
			Komplemen: 
			 Rhus.; Carbo; Phos.; Thuja; Secale. 
			Antidot kepada keracunan plumbum 
          
          Antidot:  
           
          Opium; Carbo; China; Hepar; Nux. 
          
          Dos. 
          Potensi 3 hingga ke potensi 30. Potensi tinggi kerap menghasilkan 
          kesan yang baik. Potensi rendah untuk penyakit gastik, intestin dan 
          buah pinggang; potensi tinggi untuk neuralgia, penyakit nervous dan 
          kulit. Tetapi, jika gejala penyakit hanya pada permukaan, beri potensi 
			rendah, 2x - 3x (trit.), ulangi dos secara bijak. 
          
			   
			
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			  |